Sebenarnya aku nak cakap pasal semalam aku bersama dengan rakan sekerja telah mendaki Bukit Broga.. alaa.. siapa je yang tak tahu Bukit Broga ni, kalau yang duduk kat area Lembah Klang mungkin bukit ini sudah tidak asing lagi bagi mereka.. lebih kurang sejam perjalanan daripada KL, terletak dekat Semenyih, kaki bukit menghadap ladang sawit dan Rabbit Farm menjadikan ia tumpuan kepada warga kota untuk main panjat panjat bukit..
Setiap hujung minggu hampir beratus kot orang yang panjat bukit ni.. agaknya la kot, sebab first time aku naik ni aku tengok ramai gila orang, gigih nak menawan puncak bukit..
Boleh dikatakan agak mencabar jugak la Bukit Broga ni, terutamanya yang tak sekuat aku kah kah kah.. tapi ok je, aku tengok orang gemok pun boleh naik apa, siap ada yang pakai seluar jeans dan pakai selipar jepun ja.. ala paling kuat pun jatuh begolek ke bawah, tak pegi mana pun..hahaha..
Bagi aku pulak Bukit Broga ni kacang aje.. sedangkan Gunung Kinabalu pun aku dah tawan ini kan pulak setakat Bukit Broga ni.. perghh!! belagak betol aku ni hahahahaha... ok mari layan gambar gambar kitaorang...
Kitaorang bermula agak lewat, dah sembilan lebih baru nak mendaki.. orang lain dah ramai yang turun.. untung sahaja cuaca masa tu ok, banyak awan nano.. so tak de la panas sangat..
Ramai ramai kat tepi bukit kadang tengok macam Planet of The Apes pun ada jugak..kah kah kah..
Perasan tak korang kat atas pokok tu ada banyak kasut bergantung.. macam dalam movie Drive Sex, sweet sangat main humban humban kasut sangkut atas pokok.. errr.. sweet la sangat kan.. ntah ntah sedia bawak kasut daripada rumah.. motiff.. hahaha...
Rasanya lagi best kalau datang awal pagi sebelum terbit matahari atau petang sebelum terbenam matahari.. naik turun bukit gelap nanti ada yang masuk gaung hehehe.. mana mana la, yang penting kat sini memang best ber DSLR..
Lepas berhenti bergambar gembar semua, pendakian di teruskan menuju ke puncak..
Meluangkan masa agak lama, rehat panjat pokok dan tulis nama atas signboard.. penat seh.. sebenarnya aku termutah masa sampai kat sini.. mana taknya berlari, sampai kat atas pening terus muntah..
Ok hampir setengah jam lebih kat sini kitaorang pun mula menuruni bukit dalam keadaan cahaya matahari yang terik..
Hujung minggu, bagi warga kota sesiapa yang ingin menghabiskan masa setengah hari bersama keluarga atau rakan rakan dengan aktiviti lasak mungkin di Bukit Broga la menjadi pilihan korang.. bagus, boleh mengeratkan silaturrahim, sebab kerjasama, teamwork diperlukan untuk sama sama menawan puncak bukit.. ceh ceh ceh.. bermotivasi pulak aku sini..