Khamis, 16 Februari 2012

Kenapa Perlu Remove Friends List Dalam Facebook

Sejak kebelakangan ni macam dah ramai orang dah start mengambil kira tentang privacy masing masing dalam laman sosial.. merimove friends list dalam facebook dah selalu orang cakap cakap.. perasan tak korang? perasan tak?.. ke aku je yang buat buat perasan hahahaha

Sebab orang Malaysia ni kuat sangat main facebook.. friends list beribu ribu, ada yang siap buat acc baru pulak tu, sebab acc yang satu lagi dah terlampau banyak sangat friends.. wah! bunyi macam jeles pulak aku orang lain ramai kawan aku pulak tak ramai kawan.. tak ok tak..

Mari sini aku nak racun otak korang.. nak bagi idea jahat kat korang.. hahaha

Kenapa perlu remove friends list?
Annoying la ramai sangat kawan.. suka suka hati je tag sana tag sini, ntah hape je diorang tag, kadang tu invite game tanam tanam bunga dan macam macam lagi la, notification pun jadi ntah pape..

Dalam time line.. menyemak, kenal pun tak, buat apa sebok nak tahu kan.. status pun bukannya berilmiah sangat pun.. kat home balek balek upload gambar yang annoying.. macam ni korang nak letak dalam friends list?.. tak payah la.. buat semak aje..

Siapa yang patut kena remove?
Selain orang yang aku sebut kat atas.. ala senang aje.. kalau korang rasa perlu ke dia tahu dalam semua benda yang korang buat, perlu ke dia tahu pasal status atau gambar korang.. kalau korang rasa ia sebagai kawan, tak pe la dia tahu so tak yah remove la.. biar je dalam list korang.. 

Macam tu jugak sebaliknnya, kalau korang rasa buat apa aku nak tahu pasal dia ni.. tak penting, tak kenal langsung.. so apa lagi tekan la unfriend..

Kadang ada je orang langsung korang tak kenal.. ntah bangla ke orang jamaika ke hape tetiba dalam friends list, gembira sangat ada orang add mengkali.. tekan je approve semua kan.. tak tengok pun siapa, kawan blog pun bukan kawan lama pun bukan.. eik?! pelik siapa ni.. apa lagi, jalankan tugas tanpa ragu ragu remove terus hahaha.. 

Baru la nampak exclusive tak ramai kawan, boleh tak aku cakap macam tu hahaha..
Public figure sangat sampai ketahap retis.. padahal orang biasa biasa je pun.. kalau betul betul retis atau sedia fofular tak pe la jugak kan.. mungkin boleh la cakap " oh! dia ni memang popular.. no wonder dia banyak friends".. tapi kalau takat so so.. mesti orang cakap "ala dia ni mesti gigih add orang" hahahaha..

Dan tahu tak korang?!.. sebenarnya ada ramai orang yang suka curi gambar orang then bincang kat laman sosial lain.. atau bbm.. hati hati.. hehehehehe

Btw, kalau korang terasa dengan entry aku ni aku nak mintak maaf awal awal.. aku ni bukannya bagus sangat pun.. ada je ramai orang yang aku add.. dan ada ramai jugak yang aku dah buang..

So, adil la.. kalau korang rasa aku ni bukan siapa siapa.. korang remove daripada friends list korang aku tak kisah.. negara demokrasi kan.. suka hati buat pilihan.. ok selamat bersosial.. 

Babab.net