Khamis, 26 Januari 2012

Raya Cina Di Time Square Dan Mid Valley Aje (Tak Balik Kampung Jumpa Sanak Saudara Pun)

Cop!! korang buat apa cuti CNY dua tiga empat lima enam hari ni.. apa?! duduk kat rumah aje?! tak remaja la korang ni hahaha.. pegila kuar jalan jalan ka, masuk hutan ka, window shopping ka.. window je ya  tengok daripada jendela, jangan beli kalau tak perlu.. membazir even stock clearance pun jangan beli.. kah kah kah..

Gua pulak baru sahaja semalam semalam hangout dengan kawan gua yang dah lebih setahun tak jumpa.. setahun..err jap kira kira lebih kurang la kot.. ya la kan, semua dah busy dengan kerjaya masing masing (alasan gua) hehehe.. so, kitaorang lepaking kat Berjaya Times Square merayau sampai tutup kedai semua..

Padahal memang dah tutup pun kitaorang sampai sebab nak tengok midnight movie Underwaterwold..

 Berjaya Times Square, view pada waktu malam dengan tanglung bukan original.. kurang manusia..

Ugly candid picture, padan muka hahaha.. Dr Faisal dan Dr Hairudin..

Dr Hairudin bersama Dr Abu dan Dr Riko... eh! tak kitaorang dua bukan doktor haha..

Juga pegi Mid Valley dan Garden.. Chinese New Year, tentu saja Garden dengan tema CNYnya.. merah, kau mampu!! hahaha..

 Gua keding dengan kawan gua taf.. takut..

Kawan gua dan kawan gua.. berangan..

Ini gua dengan kamera kawan gua.. pun berangan jugak!!

Antara view lawa yang korang boleh tengok sekarang di The Garden Mall.. 

Ok, komen gua pasal movie Underworld Awakening 2012.. cerita dia macam simple sangat la, tak best serupa tiga Underworld yang sebelum ini.. serius..

Dan gua jugak baru tahu perkataan "Jadah" tu boleh digunakan dalam Bahasa Melayu Piawai (dapat diterima sebagai yang rasmi atau yang sah).. dalam translate filem Underwaterworld tu ada dialog "Apakah Jadah itu?" telah digunapakai.. disebut oleh bapa si David time bunyi Lycan yang besar tu datang mengganas ke tempat Vampires..

Sebelum ni main sebut je kan.. ingtkan bahasa campur rojak.. lemah!! no-wonder aku hampir gagal bahasa melayu time SPM dahulu kala hahaha..

Babab.net