Punca utama adalah disebabkan bekalan air terhad daripada Loji Rawatan Air Sungai Langat dan Sungai Semenyih.. sekarang ni pun loji rawatan tersebut sedang beroprasi pada tahap yang maksimum, tapi masih tak cukup jugak sebab penggunaan air semakin meningkat sebab cuaca panas dan nak dekat dengan raya cina..
Tapi yang pasti sejak beberapa hari ni kat opis ada je masalah air yang berlaku, gua kurang pasti sama ada itu ada kaitan dengan masalah yang disebutkan kat atas atau masalah teknikal kat tempat kerja, pam rosak ke apa kah, mana la tahu kan..
Kalau gangguan air berlaku kat opis mungkin korang dapat bayangkan masalah masalah lain yang akan timbul antaranya nak solat pun susah, minum air nestle dan alicafe tekan tekan pun tak dapat, selain masalah nak beristinjak..
Dengan itu dinasihatkan check la dulu air tu ya sebelum melampiaskan nafsu serakah dalam toilet, ada ke tak de air.. kang dah berak semua masa nak cebok.. fak!! tak de air.. apa nak buat..hahaha...
Nasib baik la Islam tu mudah, kalau dah tak de air terdesak sangat dah kencing terpaksa la guna tisu yang disediakan.. kalau tak nak, cebok guna air yang ada dalam tangki flush je la.. untung kalau tangki tu tak tinggi, kalau tinggi masalah bagi orang hobbit macam gua ni haha.. tapi sesuci mana air dalam tangki flash tu kalau dah second, third, forth user.. guna tisu je la ya..
Kalau yang perempuan gua tak tahu solusi apa yang paling sesuai tuk korang, luar lingkungan pemikiran gua keh keh.. sebab setahu gua perempuan ni lah yang paling kuat guna air kalau bab bab urusan dalam tandas mahupun di bilik mandi hehe..
Suykur la kat flat bajet apartment tingkat lapan tempat gua tinggal ni tak de lagi masalah air.. kalau tak, mengambing la gua tak mandi pegi kerja, seperti zaman silam beberapa kali tak mandi pegi kuliah disebabkan tak de air kat kolej..
So, nasihat gua jangan la nak membazir sangat dengan air.. kurangkan la aktiviti yang mewajibkan korang mengambil hadas besar haha.. basuh keta basuh motor jangan nak royal sangat.. ok, i go amigoss..