Ok mari cari dalam kamus.. dict.rewaz.org
Cita-cita
Harapan, hasrat, keinginan (yang kuat)
Ayat: seakan-akan digerakkan oleh cita-cita hendak bertemu dengan anak bininya; cita-citanya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak;
Ayat: seakan-akan digerakkan oleh cita-cita hendak bertemu dengan anak bininya; cita-citanya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak;
Azam
1. Kemahuan (keinginan, cita-cita, dan sebagainya) yang sangat kuat, tujuan (yang sesungguhnya)
Ayat: dengan melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan azam nya hendak menambah penghasilan sawah;
Ayat: dengan melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan azam nya hendak menambah penghasilan sawah;
2. Teramat mulia
Isimal azam nama yang teramat mulia (nama Allah).
Isimal azam nama yang teramat mulia (nama Allah).
Selalunya cita cita ni kita cuma sebut time sekolah je.. macam aku dah besar panjang ni (besar dan panjang kah?!) kalau orang tanya tang cita cita aku terus gelak.. aku dah tak tahu apa cita cita aku sebenarnya, mungkin aku akan jawab.. "cita cita aku ialah aku ingin berjaya dalam hidup" hahahaha.. eh gelak, betul la kan.. siapa yang tak nak berjaya...
Sepatunya la kan, cita cita disebut dengan lebih spesifik.. contoh nak jadi ahli perniagaan import export, nak jadi bomba, peguam, doktor, angkasawan, penternak udang rimau.. macam tu kan? tapi kalau dah usia sekarang ni aku cakap nak jadi doktor mesti orang gelakkan aku hahaha.. aku dah tersasar jauh tuk jadi doktor.. doktor tumbuhan boleh lagi la kot hahaha
Sejak kecil lagi cita cita aku tak konsisten sebenarnya, mula mula masuk sekolah rendah dulu aku cakap dengan cikgu sekolah memang pun aku nak jadi doktor.. ntah tak pasal pasal aku tukar cita cita aku nak jadi polis, mungkin sebab aku tak cukup cerdik kot kat sekolah hahaha..
Pastu aku fikir fikir susah jugak jadi polis ni, nanti gadoh pulak dengan mahasiswa.. so aku tukar nak jadi ahli sains.. paling last aku ingat aku cakap aku nak jadi guru.. mendidik anak bangsa katanya.. dan sekarang lain pulak jadinya dah terjun dalam bidang quality pulak.. tup tap tup tap sekarang ni aku bercita cita ingin menjadi seorang artis yang terkenal, nak kena gosip hari hari hahahahaha..
Untuk adik adik, kalau korang nak capai cita cita korang ofcos korang kena belajar kuat kuat, masuk kelas yang cerdik kat sekolah menengah, barula peluang bertambah cerah.. yang paling penting masa korang decide nak ambek kos apa masa nak masuk universiti.. kalau dah agak agak tersasar pandai pandaila korang adjust.. tapi yang terpaling penting result SPM mestila superb, barula boleh demand.. jangan jadi macam aku, gelap pandangan mataku, kompius hahaha..
kalau cita cita korang tercapai nak jadi perdana menteri nanti opis korang kat sini la.. wah!! good luck.. sila tadbir urus negara dengan baik ya, perangi rasuah..