Entry ini adalah sequel daripada entry yang ini dan yang ini.. kan ada cakap nak tulis pasal Rainforest Discovery Centre (RDC).. ha ini la dia, sedikit gambar tuk paparan korang.. RDC ni dekat dengan hutan sepilok kat sandakan.. siapa yang minat dengan alam flora, hutan dan haiwan rimba, ini la tempat dia..
Ia adalah satu kawasan hutan semulajadi.. pastu diorang buat macam jambatan daripada besi atau disebut sebagai canopy walkway yang menyusur masuk kedalam hutan.. jambatan dia agak panjang dan tinggi sebab dia dibina khas tu pelawat melihat pokok pokok hutan dan haiwan haiwan seperti jenis burung, monyet, orangutan, serangga dan banyak lagi la..
Macam dalam gambar atas tu.. siap ada beberapa menara, kalau ada DSLR yang boleh zoom tangkap gambar gambar yang lawa buat join pertadingan hahaha.. kalau ada binocular pun best jugak.. boleh tengok haiwan dan pokok pokok dengan jelas..
Sebenarnya kawasan ni amat dijaga dengan rapi untuk memastikan keasliannya terpelihara, dekat dengan kawasan ni ada beberapa station kajian dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).. tapi yang gambar kat atas tu adalah bangunan pelawat... nak dapatkan info boleh la pegi kat opis tu..
Walaupun hutan tapi kat sini ada banyak kemudahan.. selain canopy walkway, visitor building, cafe dan toilet, di sini jugak ada kemudahan paddle boats.. seronok kan.. tapi paddle boats ni buka cuma sabtu ahad dan public holiday sahaja.. bayaran 5 ringgit tuk 15 minit.. mengayuh masuk ke tengah tengah kolam besar tu.. tak de buaya, jangan risau..
Ini adalah antara view daripada atas menara tu.. kat menara ada disediakan poster besar tuk pelawat mengecam jenis jenis pokok dan nama saintifik dia.. dia dah tunjuk nama dan real pic, cuma cari je mana satu pokok dia, pakai teropong senang la.. ala ala macam Dora The Explorer gitewwww..hahahaha..
Ini pula cousin si Dora The Explorer.. si Go Diego Go hahahaha.. best tau kat atas menara tu.. boleh tengok seluas luas alam hutan hujan tropika.. boleh muhasabah diri menginsafi kejadian ciptaan tuhan.. alam semulajadi yang sangat berharga dan perlu di pelihara.. tak ke gitu kawan kawan.. mode imam muda tiba tiba hadir ya..hehehe..
Dan antara yang sangat penting bagi aku.. ada cafe, kalau dah penat menyusuri hutan boleh la singgah basahkan tekak atau lunch sekali.. makanan agak mahal, sedap ke tak aku kurang pasti sebab masa tu kitaorang tak makan pun, minum soft drink je.. kola tin kecik tu rm 3 sebiji ok..
Time ni tak ramai orang, pelancong pun dua tiga orang je.. mungkin diorang masih kat dalam hutan kot, gigih kitaorang nak explore semua.. jauh kot, sampai malam pun tak habis hahaha.. tak rugi apa pun sebab masuk free ok.. btw, tajuk entry ni macam propaganda la.. hahahahahaha..