Entry ni agak lewat kena post.. disebabkan aku nak share jugak kat korang so aku post je la.. Khamis baru baru ni aku temankan kazen aku pegi Sandakan.. sebab nak hantar pakcik dan makcik aku (mak bapak kazen aku) pegi airport.. diorang nak pegi semenanjung lawat cucu, anak dan menantu diorang kat sana..
Balik daripada airport tinggal la aku dan kazen aku tu.. so sebelum balik LD kitaorang pegi berjimba jimba dulu ke tempat tempat yang best kat Sandakan yang tak sempat aku pegi masa trip ke sana seperti yang aku ceritakan dalam entry ini..
Kitaorang telah pegi ke empat tempat iaitu Rumah Agnes Keith, Rainforest Discovery Centre, Mini Zoo Sandakan dan di Kinabatangan masa otw balik kat Muzium Agop Batu Tulug, semua tempat ni best dan mempunyai keunikan masing masing.. tapi untuk kali ini aku cuma nak cerita pasal Agnes Keith House je la, entry macam biasala bergambar.. yang lain aku sambung nanti kat Puchong.. esok aku dah nak balik KL arghhh damn damn dammmmmn...
Ini la dia Rumah Agnes Keith yang terletak kat tepi bandar Sandakan.. siapa Agnes Keith ni? dia adalah isteri kepada seorang Konservator Hutan iaitu Henry.. Henry berada kat Sabah sejak 1925 kemudian berkahwin dengan Agnes Newton Keith dan membawanya (Agnes) ke Sabah pada 1934..
Rumah kayu "Newlands" dibina semula pada 1946-1947 dan merupakan rumah kayu pertama kat Sandakan ni dibina selepas Perang Dunia Kedua disebabkan tapak asalnya musnah masa peperangan.. cuba korang bandingkan dalam gambar lama kat atas dengan gambar baru kat bawah yang ada budak tenga berak tu.. tak banyak beza sebenarnya...
Rumah ni terletak di atas bukit.. aku dapat bayangkan memang family si Agnes dapat melihat bandar Sandakan daripada rumah dia ni yang menghadap ke Laut Sulu, cuma dia dah dilindungi oleh pokok pokok besar.. seperti yang diungkapkan oleh Agnes "adalah menjadi impiannya untuk menetap disebuah rumah yang terletak di kemuncak bukit".. Agnes, Henry dan anak diorang George meninggalkan Sabah pada 1952 dan tidak kembali lagi..
Rumah ni telah dijadikan muzium pada 2001 dan diselenggarakan oleh Jabatan Muzium Sabah.. kalau nak masuk kena bayar rm 2 tuk rakyat Malaysia, kalau orang asing kena rm 15, sapa suruh nilai matawang tinggi sangat hahaha.. dalam dia ada banyak detail pasal rumah ni sejarah, barang antik dan gambar gambar lama.. sorry, macam biasa tak boleh tangkap gambar dalam muzium..
Memang awesome la, aku pun teruja bila berada kat dalam.. banyak yang bermain dalam kepala hotak aku.. ada artikel tu cerita pasal kronologi penghuni rumah ni.. selapas keluarga Agnes ia didiami oleh Konservator Hutan yang lain, pegawai perhutanan dan pekerja sukarelawan daripada luar negara.. ia pernah terbiar didiami oleh penagih dadah dan tak terurus sehingga hampir musnah oleh serangan anai anai sebelum diselamatkan oleh Jabatan Musium..
Baca punya baca aku jadi seram selapas dapat tahu rumah ni juga dikenali sebagai rumah berhantu.. disebabkan terdapat orang mati kat situ, penagih penagih tu la tak silap aku.. dah la masa tu kami dua orang je kat dalam.. sunyi pulak tu, banyak bilik bilik dan gambar gambar lama..
Apa yang membuatkan Agnes terkenal ialah disebabkan buku hasil karyanya.. buku pertamanya "Land Below the Wind" membuatkan dia terkenal pada pada 1939 dan buku ini telah memahsyurkan Sabah sehingga ke hari ini.. buku itu ditulis secara jelas dan penuh jenaka menceritakan mengenai kehidupan terutama di kalangan masyarakat tempatan semasa pemerintahan British..
Selepas tu dua lagi buku hasil tulisannya menyusul bertajuk "Three Came Home" 1946 dan "White Man Returns" pada tahun 1951.. kedua dua buku tu ditulis dia atas rumah ini..
Para penduduk tempatan sehingga ke hari ini mengganggap Agnes sebagai "Duta" kepada Negeri Sabah yang juga dikenali sebagai "Negeri di Bawah Bayu" melalui hasil karya bukunya.. buku buku dia masih lagi dibaca di seluruh pelusuk dunia..
Oh dekat dengan Agnes Keith House ni ada restoran pulak.. nama dia English Tea House and Restaurant.. tengok memang english style la.. harga pun macam english jugak hahahaha
ps: sumber diolah daripada pembacaan dalam muzium, pemerhatian disekitarnya dan brochure yang kakitangan muzium bagi kat kitaorang serta di setiap gambar ada lagu..