Jumaat, 25 November 2011

Benarkah Blog Peribadi Kurang Mendapat Sambutan?

Yeah!! page rank (PR) kini kembali kepada yang dulu, Alexa jugak sudah mula meningkat tak sangka pulak cepat dia naik.. err cepat kah? hahaha.. 27 entries daripada ashgive.blogspot.com selepas tukar domain Sep. lalu, menyebabkan aku terpaksa merangkak daripada awal semula.. bolehla untuk blog cikai cikai macam ni.. lagipun blog tak hebat mana, memang padan la dengan kedudukan.. "riak padahal orang lain lagi superb" (monolog dalaman)..

Sebenarnya orang kita ni adalah antara rakyat yang ter paling addicted dengan internet, Malaysia berada dikedudukan top top ya sila maklum.. rasanya rakyat dia mati kalau tak dapat online sehari hahahaha.. internet bagaikan makanan ruji di negara ini..

Sebab itu laman laman sosial seperti facebook dan twitter sangat mendapat sambutan dalam negara kita.. blog pun sama, semakin hari semakin banyak blog yang wujud, ia bagaikan fenomena.. dan pada masa yang sama sudah tentu semakin ramaila si penggila trafik dan PR hahahaha.. tak de la, maksudnya persaingan kedudukan web page dalam google semakin sengit..

Selalunya blog peribadi kurang mendapat tempat dalam google dan masyarakat tempatan er tempatan.. walaupun sudah ramai yang menyerlah tapi jika dibandingkan dengan blog yang bertemakan artis/ hiburan, politik dan info-news serta cerita cerita pelik tapi benar even kadang kadang mengarut, blog jenis ini lah yang lebih cepat mendapat sambutan.. dengan syarat gigih itu harus ada la..

Sebab tu juga nenek aku pesan, jangan cerita yang personal sangat dalam blog, light light sudah la.. kang orang termuntah katanya, kalau boleh buat blog yang berinformasi lagi bagus.. tapi aku jawab kat nenek aku.. "ndak pa la bah nek.. blog orang suka hati orang la bah mau buat apa.. macam diary untuk di baca jak bah tu hehehe".. (dialog rekaan semata)..

So, adakah benar blog peribadi kurang mendapat sambutan?? emmm...

Blog bagaikan sejambak bunga.. tak de kaitan.. mengada hahaha..

Babab.net