Selasa, 22 November 2011
Kejayaan Malaysia Dan Pengajaran Setelah Apa Yang Mereka Telah Lakukan
First of all aku pun nak ucap tahniah kepada team Malaysia Harimau Muda kerana berjaya merangkul emas perlawanan bola sepak sukan SEA 26 malam tadi.. memang syok la, even kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti tapi kejayaan ini sangat bermakna kerana ia berlaku di depan ribuan penyokong Indonesia itu sendiri selaku tuan rumah..
Tidak perlula aku nak mengulas tentang game semalam sebab merata rata sumber korang boleh dapat.. newspapers hari ne je pun semua kat tajuk utama, internet blog pun sama, twitter dan facebook apatah lagi.. banyak komen komen positif dan sokongan yang kita boleh baca.. well done, saybas.. aku bangga jadi anak Malaysia..
Mungkin inila yang harus dibayar oleh rakyat Indonesia setelah apa yang mereka lakukan terhadap kita.. walaupun bukan mewakili keseluruhan tindakan daripada rakyat Indo tapi apa yang mereka telah lakukan itu benar benar menguris hati kita..
Doa orang yang teraniya pasti dimakbulkan Allah.. itula hakikat perlu kita sedari.. tergamak mereka mempersendakan lagu Negaraku, membakar Jalur Gemilang, cacian di media massa dan internet serta ancaman keselamatan terhadap pasukan negara sehingga perlu dilindungi menggunakan kereta perisai barracuda..
Banyak pengajaran yang kita boleh perolehi daripada apa yang berlaku.. sebagai negara serumpun kita seharusnya hidup bersatu padu, tidak lagi primitif dikongkong dengan isu isu lama yang hampir memecahbelahkan dua negara yang mempunyai banyak persamaan darisegi bahasa, budaya, kepercayaan dan peradaban..
Dididik dengan sifat hormat menghormati/ menghormati tetamu sudah pasti telah menjadi resepi ketamadunan antara rakyat dua negara serumpun.. sifat ini sinonim dengan negara Indonesia-Malaysia sehingga ia dikenali umum daripada segenap pelusuk dunia..
Di masa yang mendatang, di harap kita semua lebih sensitif menolak perihal yang boleh merosakkan hubungan baik di antara dua negara yang sedia terjalin.. lebih banyak perkara penting yang boleh dilakukan bersama untuk memajukan negara.. bukan sahaja sukan, tapi ekonomi, kemanusiaan, keselamatan serantau dan isu isu global..
Ingat sahabatku, Israel laknatullah dan sekutunya akan sentiasa melihat peluang yang ada untuk menghancurkan sesiapa yang mereka anggap sebagai musuh.. lihatlah apa yang berlaku di asia barat.. jangan kita pula menjadi mangsa seterusnya.. fikir fikirkanla.. salam ukhwah..
Langgan:
Catatan (Atom)