Walaupun aku ni berasal daripada Sabah tapi ini adalah kali pertama aku masuk pusat bandar Sandakan dan pegi kawasan kawasan yang menarik di sekitarnya.. pernah sekali pun sampai kat hospital Duchess of Kent sebab terlibat dengan kemalangan dan satu lagi sebab penerbangan daripada Sabah nak gi KL.. tu je, tak pegi mana mana pun..
Apa yang menarik kat Sandakan? mungkin korang dah pernah tengok dalam tv.. sebenarnya ada banyak tempat tempat yang menarik.. kalau nak bejalan seharian memang tak sempat.. daripada pusat membelibelah, tempat makan, tempat bersejarah, taman dan pusat pusat pemuliharaan haiwan macam macam ada..
Semalam aku pegi Sandakan, kalau korang baca entry aku yang semalam semalam aku dah bagi tahu (perlu ke nak bagi tahu?)hahaha.. tujuan utama nak menghadiri majlis kahwin, tapi dah alang alang, terus je la pegi bandar, Sepilok dan Labuk Bay.. memang tak sempat nak pegi semua tempat sebab kitaorang balik hari..
Bandar dia pun tak dapat nak explore semua, kitaorang just singgah kat Wisma Sandakan lalu kat Sunday Market, membelih belah kat Sandakan Kain Cantek dan Genting Mall, pastu singgah rehat kat Harbour Garden minum minum dan makan ais kacang.. sedap yam yam.. kena gerak cepat sebab ada beberapa tempat lagi nak pegi..
Kalau bab makan jangan cakap la...
Agak kecewa masa singgah kat Sepilok.. tak dapat nak jumpa orangutan kat situ sebab diorang dah masuk kedalam hutan semula.. kalau nak pegi Sepilok timing dia kena betul sebenarnya, sebab orangutan tu kena bagi makan (orangutan feeding time) pada setiap pukul 10 pagi dan pukul 3 petang, masa nak tengok diorang pun lebih kurang dalam 40 minit je, time diorang makan tu la.. pastu diorang masuk semula ke dalam hutan.. so sad, kitaorang sampai dah pukul 4, memang tak dapat la nak tengok..
Tapi kalau nak sangat korang boleh pegi, sewa penginapan kat Sepilok Jungle Resort.. boleh jalan jalan masuk di sekitar hutan sepilok dan banyak aktiviti lain..visit sepilokforestedge.com
Walaupun tak sempat nak masuk Sepilok tapi kitaorang sempat pegi Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary.. juga antara tenpat yang best kat Sandakan.. kat situ boleh tengok monyet broboscis atau nama tempatan dia monyet bangkatan.. ala monyet yang hidung dia panjang tu bah..hehehe..
Nak masuk Malaysian resident kena bayar rm15 sorang tuk dewasa, rm 5 tuk kanak kanak dan untuk standard digital camera rm 10 sebijik.. yang non resident rate dia lain..
Tengok la monyet monyet tu.. comel dan lucu muka dia hehe.. yang ni confirm tak de kat semenanjung rasanya.. kat pulau Borneo je ada.. dalam gambar kat atas tu ialah feeding time diorang, datang berduyun duyun daripada hutan paya bakau.. ada jantan dan betina (dapat bezakan sebab nampak tetek dan kote dia), ada yang mengandung (sebab nampak perut dia buncit) dan ada jugak yang menggendong anak dia haha.. memeng best la tengok bintang ni.. tengok hidong diorang, klik gambar utuk kejelasan yang nyata.. (time ni la tak puas hati dengan lens kamera sigh!!)..
Selain proboscis monkey@ monyet bangkatan@ monyet panjang hidung ada lagi satu jenis monyet yang colour hitam..ish! lupa nak tanyak orang kat situ yang ni jenis monyet apa.. tapi cak korang tengok, comel kan? hehehe.. monyet ni tak takut, dia datang dekat dengan kitaorang, sebab tu aku dapat tangkap gambar yang terang sikit.. alolololo.. dia suka makan kacang panjang..
Dan yang ini adalah aktiviti bird watching.. ni apa nama jenis burung ni? burung kakak tua ek? ka burang enggang? hahaha.. satu jenis burung je la ya.. kalau nak full package korang boleh menginap di Nipah Resort boleh follow banyak aktiviti macam night walk (fireflies), river cruise, bird watching at paya bakau, jungle tracking (low land forest) dan banyak lagi..
Apa apa pun seronok bejalan semalam.. konvoi, tiga kereta kul 9 malam baru sampai rumah.. memang puas hati la.. korang yang duduk kat semenanjung tu bila lagi nak datang sabah.. mari la sini.. bagus bah!! :)