Cuma nak high light, aku akan menghabiskan cuti tahunan aku kat Sabah bermula esok 15 haribulan sampaila 4 haribulan Disember.. kelas tak aku hahahaha.. dekat tiga minggu beb.. mahu tak haven mengangkang kat rumah..
Aku dapat rasakan akan adanya kesan sampingan mengangkang di kampung halaman nanti, antaranya ialah:
Aku jadi hitang..
Lahad Datu panas beb, panas macam kat KL ni.. tapi kalau kat sini aku duduk rumah, kerja rumah kerja rumah makan makan makan.. selalu duduk aircond, jadi tak de la hitam sangat.. kalau kat LD mesti aku akan merayau rayau.. dah hitam nanti memang beminggu juak la kesan tanning tu baru nak hilang.. tak pe, tak macho la kalau putih putih ni.. hitang baru la jantan..
Malas dah aku nak fikir kesan sampingan yang lain.. tapi yang aku tahu nanti aku dah tak sekerap ini berblogging dah.. maklum la, internet berokbeng aku ni tak kuat kat sana, berok duduk KL.. tak biasa duduk kampung hahaha..
Satu lagi, aku harap mak aku nanti tak bosan tengok muka yang selalu bajet comel ni kat rumah.. makan tidor makan tidor je kerja, macam biawak..kah kah kah..
Cuma pesanan aku kat korang..
Jangan la sentap kalau aku lama tak buat kunjungan balas.. jangan la aku diremove daripada bloglist korang.. jangan la aku tidak di kawan pulak.. dan jangan la aku di dusta..
Balik sini nanti aku akan..
Oh! aku tak nak janjikan apa apa kat korang.. kang aku kena tagih, aku tak dapat bagi mati la aku.. hahaha.. Cuma kalau sempat aku akan tangkap gambar banyak banyak bagi kat korang tengok view Lahad Datu yang emmm.. cantek la kot, rasanya.. dalam hati korang mesti cakap "gambar nak buat hape, bagi gelang mutiara la kalau berani".. ok aku tak berani hahahaha..
Ok la aku nak sambung packing barang ni (sambung ok!).. takut ada yang tertinggal.. ulang alik sabah semenanjung ni berat jugak sebenarnya, terutamanya yang dah bekerja.. dari sini nak balik sabah kena ada ole ole.. daripada sabah nak balik sini pun ole ole jugak.. hahahaha...