Sabtu, 12 November 2011

Rumah Sewa Di Puchong

Apehal pemerkosaan dalam kurungan..kah kah..
Bagi pelajar University, orang bujang atau pasangan yang baru berkahwin masih fresh lagi, perihal rumah sewa adalah sesuatu yang sangat sinonim bagi mereka.. contoh orang bujang macam aku la...hehehe.. aspek keselamatan dan keselesaan akan menjadi keutamaan selain daripada jarak ke tempat belejar atau tempat kerja..

Bagaimanakah ciri ciri rumah sewa yang selamat? selalunya orang akan melihat kawasan, tengok area kat mana kurang penjahat.. kawasan yang kurang berlaku kecurian/ pecah rumah, kawasan polis selalu buat rondaan dan dll.. kalau rumah flat elakkan memilih rumah tingkat paling atas atau paling bawah sekali, sebab kalau paling atas kadang pencuri boleh masuk daripada siling rumah, kalau tingkat bawah pulak kadang penjahat boleh ngintai rakam pastu upload dalam youtube, lain.. penjahat jugak boleh buka tingkap tuk pecah masuk dalam rumah melakukan pemerkosaan dan sebagainya.. kalau rumah teres cari kawasan yang berpagar, ada pak guard/ mak guard.. banyak lagi aspek aspek lain, harap reader boleh bagi pendapat sikit.. malas la teeeuw!! haha..

Contoh rumah sewa yang selesa, dengan tv yang tidak berfungsi, tak de peti ais dan dapur.. selesa la kot bagi orang bujang sebab banyak aktiviti dilakukan di luar rumah.. bilik dia tak bagi gambar, berselarak macam sarang tikus katanya..(gambar diambil sejurus tuan rumah membuat lawatan mengejut, harus dia dah kemas kemas semua)
  
Rumah yang selesa pulak macam mana? mestila ada sofa ye dak! boleh goyang goyang kaki.. fully furnished paling best, tapi selalunya harga sewa mahal la, semi pun ok jugak tapi tengok la apa yang dia bagi.. kadang kadang semi furnished pun katil degan kipas meja je.. yang hado!! haha.. basically, kalau nak yang selesa harga sewa lebih mahal.. kalau yang berkereta pulak, keselamatan dan kewujudan parking lot adalah sesuatu perkara yang amat di ambil kira..

Macam mana nak cari rumah sewa? kalau kat internet ni orang selalu tengok kat mudah.my la, cepat dan jimat masa, memang mudah.. kalau kat Shah Alam sebab kat situ ada UiTM, Unisel dan kolej kolej berhampiran, selalu adalah iklan iklan kat station bus, kat kedai kedai dinding bangunan.. 7 E jugak adalah salah satu tempat nak check iklan rumah sewa.. dalam kedai tu ada softboard, selalu ada je iklan kat situ..

ps: yang duduk kat rumah parents/ sendiri.. diam diam sudah :P

Babab.net