Ahad, 6 November 2011

Ucapan Hari Raya Idul Adha 2011: Ramai Yang Tak Balik Kampung

Even hari raya haji ada jugak orang yang search ucapan salam perantau, godek godek Nuff tadi ada beberapa carian ucapan salam perantau singgah kat blog abubagidotkom..

Merantau tak merantau, tapi kebiasaanya kalau time raya haji ni tak ramai yang balik kampung kan, kat KL ni pun ramai je orang kat tesco beli tomato dan makanan ruji yang lain.. tak tahu sekarang ni kalau musim cuti universiti.. emm sabtu ahad isnin, tiga hari kompom la korang balik kampung kan! korang kan anak manja.. giteeew! gedik gedik santai..

Lagi yang berkerjaya pulak memandai nak sambungkan sekali dengan cuti tahunan yang betimbun tak habis lagi.. suka la korang..ciss!

Dulu masa study jarang sangat aku balik kampung time raya haji, biasanya raya kat kolej atau rumah kakak sepupu yang duduk dekat dengan universiti.. aku tak balik sebab aku tak manja macam korang..auww.. (padahal jeles sebab korang duduk dekat boleh balik hahaha..)

Hari ni Hari Raya Idul Adha 2011, aku ingin mengambil kesempatan nak mengucapkan selamat hari raya.. maaf zahir dan batin.. batin ya kalau ada.. kat korang, maafkan aku tau, sebab aku pun maafkan korang jugak.. kosong kosong bergu campuran...

Yang pasti raya haji peti ais kompom penuh dengan daging lembu, anak beranak pegi dapatkan daging lembu kat masjid masjid atau rukun tetangga berdekatan, ada korban.. banyak makan daging, tengkuk sakit, kepala pening pening sebab darah tinggi.. kah kah kah.. beringat tau..

Disunatkan mengenakan pakaian yang cantek cantek.. pegi solat sunat idul adha dan berkunjung kunjungan sanak saudara rakan dan taulan..


Ini adalah buras, salah satu makanan tradisional masyrakat bugis, tiap kali raya samaada raya haji atau raya puasa makanan ni mesti ada.. aku suka makan dengan ayam masak lengkuas, yang dalam gambar tu aku tak tahu apa macam serunding je aku tengok.. ntah, lama dah pic ni aku cedok daripada google..

Semalam talifon, mak aku cakap dia nak buatkan aku buras kalau aku balik sabah nanti 15 haribulan ni.. oyeh!!

Babab.net