Khamis, 3 November 2011

Makan Seafood Di Tanjung Harapan

Klasik tak tajuk entry aku kali ni hahaha... memang tak menahan..
Meluangkan masa bersama rakan sehingga pukul 11 malam kat tanjung harapan sungguh seronok, lagi best.. makan seafood sampai tak ingat ada penyakit gout.. eh! sapa ada gout.. eh bukan aku hahahaha.. aku bedal semua jenis hidupan laut, kecuali sponge bob la.. dan aku sihat alhamdulillah...

Dan harus tak tahu nama nama hidupan laut, kecuali aku boleh membezakan mana udang, mana ketam, mana sotong mana jenis kerang.. nama nama ikan aku tak tahu sangat, perlu bertanya kepada si penjual.. yang mana satu siakap dan yang mana satu kerapu, ke kerabu.. kalau ikan jerung atau ikan jaket aku tahu la kot..

Ketibaan di tanjung harapan agak lewat sebab ada tu orang meeting sampai pukul 9 malam.. boleh dapat anugerah pekerja terbaik utuk tahun ini..yeah!!..

Gambar gambar kat bawah ni awesome, cekedot!! eh! comolot!.. check it out!!...


 Ni mana satu ikan siakap mana satu ikan..emmm... satu lagi ikan apa ek?! satu tu mata dia merah je.. lama sangat menyelam dalam air mengkali..

Ya pilih mari pilih.. jangan ambek banyak sangat sebab orang belanja.. agak agak ok hahahahaha.. seronok sangat ke belek belek sotong, gelak kuat nampak..

 Ketam, nampak sedap kan.. tapi rasa dia agak kureng sedikit banding dengan ikan tiga rasa dan ikan masak masam manis.. next time tak nak order ketam dah..

Aku dan Hani yang memakai kostum X-men itu.. ada sayap kat bahu baju, nak terbang pegi mana ntah, pelik beno baju dia pegi kerja hari ni kah kah.. call fashion police!!

 Gila serius aku... time makan pun kacak.. perasan again hahahaha.. sila muntah

 Tak boleh blah rupa orang dah kenyang.. macam tak nak begambar dah, masa awal awal kemain lagi.. btw, thanks En. Fadir sebab belanja, banyak kali dah belanja makan.. terima kasih daun keladi, lain kali belanja la lagi dan lagi kah kah kah... :P

Babab.net