Eik sekarang dah bulan oktober la... 13 haribulan baru nak sedar dush dush!! ok! its too much mengada..
Cakap pasal oktober ni, aku ada satu Tragedi Oktober yang memang aku tak boleh lupa la, asal dengar lagu awie tragedi oktober aku mesti teringat, ni semua pasal minat aku yang suka panjat pokok macam monyet masa kecik kecik dulu..
Masa tu aku sekolah rendah darjah lima lagi, kira masih suci lagi la.. aku dan sepupu pegi panjat pokok rambutan kat dusun pakcik aku.. disebabkan kepakaran memanjat yang aku miliki.. aku berjaya menjatuhkan banyak buah rambutan.. tapi yang satu tangkai ni betul betul buat spoil..
Aku tahu rambutan tu memang duduk kat hujung dahan.. sebab aku rasa aku ni hebat, aku nak jugak jatuhkan buah rambutan tu.. aku siap buat kiraan satu dua tiga, serius tak tipu.. pada masa yang sama jugak dalam kiraan yang ke tiga aku dengar bunyi ranting patah.. prek!! aku jatuh dengan ranting pokok rambutan tu sekali, daun dengan buah dia yang aku nak capai tu.. malang sebab tangan sebelah kanan aku ni yang sampai kat tanah dahulu.. masa tu jugak aku rasa macam aduhhh!! siku sebelah kanan aku ni sakit gila babi..
Ketika kejadian aku tak nangis dan tak cakap apa apa pun kat sepupu aku (bukti aku seorang yang gagah).. aku senyap je dan terus balik rumah, tinggalkan diorang dengan rambutan rambutan tu.. masa otw balik tak de orang nampak barulah aku nagis sambil berjalan hahahaha (bukti aku seorang yang pemalu) lawak jugak aku rasa..
Mak aku tak hantar aku pegi kelinik atau hospital.. dia bawak aku pegi berubat kampung pulak dammm.. tahu tahu je la kalau berubat kampung ni..
Beberapa minggu aku tak pegi sekolah sepanjang tu jugak aku berurut kampung, setiap kali tangan aku ni kena buat treatment aku mesti menangis hahahaha (tangan patah kena urut bai, siapa tahan)... cuti sakit duduk kat rumah je mengangkang.. fuh!. masa tu jugak aku risau kalau kalau tangan kanan aku ni tak balance dengan tangan kiri.. aku mesti akan mengalalami kemurungan yang berpanjangan sampai sekarang haha.. sib baik ok..
Selepas kejadian tragedi oktober tu.. aku dah tak seberapa nak panjat pokok dah.. kalau sebelum tu.. pokok taugeh pun aku boleh panjat tau.. dada merah bergesel dengan batang pokok pun aku tak kesah.. mak aku? haruslah mara hahahaha..
Begitulah alkisahnya, sekian.. thanks untuk yang baca... waccca!! gua karate sapa tak baca hahahahaha..