Sabtu, 1 Oktober 2011

Enjoy The Royal Treatment With Magnum Free

Tengok iklan Magnum nuffnang dalam blog ni pun aku seperti merasai kehidupan diraja, royal, golden mewah dan eksklusif berpanjangan.. sigh!! hahaha..

Semalam bos baru dipartment kitaorng dah masuk.. dan dia bagi kitaorang aiskrim Magnum Almond free.. dan seperti yang di khabarkan rasanya memang emmm.. dan aku suka.. dan aku nak lagi kalau ada.. dan.. dan..

Aiskrim Magnum daripada chocolate Belgian dilancarkan awal bulan sembilan hari tu.. tidak dinafikan even harga dia agak mahal sedikit, RM 3.90 sebijik tapi ia berbaloi bagi aku.. coklat retak yang lebih tebal didatangkan dengan tiga varian iaitu Magnum Classic, Magnum Almond dan Magnum Truffle membangkit selera untuk "merasai pengalaman diraja".. over tak ayat aku, pengalaman diraja!? hahaha.. Enjoy the Royal Treatment..

Boleh didapati di merata rata tempat kedai, mall/ KB mall yang ada peti ais Walls dalam malaysia ni.. pegi la beli.. sedap dowh haha, multipacks mini Magnum pun ada jugak, tak silap aku harga dia RM 9+, isi dia tak ingat berapa ..

Aku punyala terpesona dengan container lori Magnum yang lalu lalang kat atas jalan raya tu, tengok macam peti harta karun je bergerak.. tak tahan, hari tu aku ajak member pegi berMagnum.. tapi tak done sebab setengah jam kitaorng tunggu kaunter kat tesco puchong masa diorang tengah tukar shift.. malas kitaorng terus bla.. malang sebab peti ais dia tu berkunci.. takut kena curi la tu..

hanya tinggal batang kayu Magnum, ais dia aku dah kerjakan, esok esok nak pegi beli..

Untuk maklumat lanjut sila klik iklan Magnum jika korang nampak terbang terbang dalam blog ini..:P

Babab.net