Jika korang perasan aku telahpun bertukar kepada domain sendiri..oyehh!! kaya sudah mengkali dengan duit nuffnang haha.. Bunyi Kotak Kosong BKK pun dah tinggal kenangan.. tukar pegi ashgive.com, barula bunyi macam amarika sikit keh keh..
Chat dengan Cik Liza (ye ke Cik?..yeye je aku) tanya semua benda yang aku nak tahu pasal domain ni, tabah jugak dia melayan aku even solan aku tu macam bodoh hahaha.. dia bagi guideline A-Z macam mana nak beli.. aku just follow je..
Hujung hujung dia keluarkan Invoice sebelim aku buat pembayaran melalui CIMBCLIKS..
Murah je, boleh dimiliki oleh semua orang.. RM 31.60 setahun.. setahun ya diulang taip setahun, bayaran RM 3.00 hengit dikenakan sekali sahaja sebagai charge tuk diorang tukarkan domain tu, kita just tunggu, kejap je diorang buat.. total RM34.60..
Kenapa nak beli domain?.. oh, aku pun tak tahu kenapa hahahaha.. aku tak fikir panjang pun sebenarnya, tapi apa yang aku tahu domain sendiri ni bagus.. nak aku hurai jugak ke? cuba korang search, belambak blog yang bagi reasons bestnya memiliki domain sediri.. antaranya cuba korang klik ni hatibatu.com dan kat sini budakbotak.com
Bagi aku pulak, aku suka sebab ia nampak lagi cool dan bergaya hahaha.. ya la aku ni.. dengan domain baru ni tak de apa yang berubah, aku blogging seperti biasa, feel domain ni tak dapat lagi.. gitu gitu je.. kegigihan tak bertambah pun.. biasa je.. tapi sedih googel tak detect lagi, kalau Bunyi Kotak Kosong pulak dia detect dengan jayanya..
Setakat ni aku tak terfikir lagi nak beli hosting baru.. tak silap aku hosting ni lagi mahal daripada domain.. biarla kekal dengan hosting blogspot ni..
Dulu aku tak tau jadah apa tu hosting dan domain dan aku tak tahu nak bezakan dua menatang ni.. nak share kepada mungkin yang tak tahu lagi.. sebenarnya website ni umpama seperti umang umang, blog dengan domain dia ni adalah binatang umang umang dan cengkerang dia adalah umpama seperti Hosting tempat dia menapak.. dia boleh tukar tukar cengkerang kan.. so sama la macam domain ni. eh! apa aku cakap ni? betul ke? korang fikir la sendiri hahaha..
Sebelum tu mungkin ada yang tertanya tanya, kenapa pilih nama ashgive.com? cuban tengok dalam invoice kat atas tu.. sebenarnya ash give adalah nama aku, cuma aku amarikakan dia supaya bunyi dia lagi sedap.. abu bagi.. yeahh!!