Ini adalah entry bergambar, saja aku nak menunjuk nunjuk kat korang gambar kitaorang masa Berhari Raya + Pot Luck di rumah rakan sekerja Cik Umi kat Banting Selangor Ahad baru baru ni... Aktivity utama ialah bakar hidupan laut dan ayam daging di bawah pokok mempelam.. dengan rahmat tuhan cuaca pada hari tu sangatlah baik dan aktiviti berjalan lancar.. layankan sajoh gambar kat bawah ni, seperti biasa ia ditangkap menggunakan pukat tunda.. peruntukan nak beli DSLR tak dapat lagi daripada kerajaan pusat..
Biarlah di awal gambar ini aku nak bagi tahu korang bahawa akulah yang nyalakan api pada hari tu..haha (sebenarnya aku tak buat apa pun saja usha usah arang tu supaya nampak sikit aku adalah orang yang berguna keh keh)
Yaaaa Cik Mazu posing maut gitew.. dibawah pokok mempelam, kelas kau Mazu..hehehe celah kangkang aku dah panas tapi aku gigih je sebab nak begambar..yaiii!..
Rezeki untuk di lahap.. yang baju merah tu En Fadir gagah dengan hasil tangkapan dari pasar, baju kotak kotak tu En Faathir tukang bakar..dan aku yaaaaa...tukang makan hahahaha
Cik Umi tenga memotong pelam yang baru sahaja dipetik di tepi rumahnya.. banyak seh bua dia, mak ayah Umi soh bawak balik banyak banyak.. yang dua orang ni pulak seperti biasa poto gedik..hahaha
Ini la dia bomoh siam yang baru sampai daripada Selatan Thailand.. dia sangat aktif dilembah klang, sesiapa yang tak nak gemuk boleh rujuk kepada bomoh ni.. dia boleh cari pendamping tuk korang, even kuat makan tapi badan tak gemuk.. mau!!
Tengoktu gigihnya En Sharul nyalakan api sambil ditertawakan oleh En Zul sebab dia diselubungi asap tebal.. ambek kau sapa suruh suka kencing di jalan!! ye ke macam tu hahahha..
Terbaik dari ladang.. muka exotic sambil makan pelam dan membuat gerakan erotic.. yang paling kuat makan tuuu..tuuu dia tudung merah..keh keh..mara Mazu kat akau nanti.. larikkk!!!..
En Hafiz dan En Faathir membakar hidupan laut sambil yang lain bergelak ketawa.. astaga.. ini kerja korang.. curi tulang tapi kuat makan..
Indahnya suasana di hari raya.. bergambar beramai ramai selepas memakan beberapa bijik pisang Abu.. sebelas orang sebenarnya tapi kido dan adek dia lewat sampai..
Tengokla.. sampai malam tak ingat nak balik.. gila dorang ni depan kamera.. fotoholic (ada er perkataan fotoholic..memandai) tak menahan even dah gelap yang penting posing..
Oh sebelum terlupa nak ucapkan terima kasih kepada tuan rumah Cik Umi, Emak dan Ayah dia kerana sudi menerima kehadiran kitaorang yang perangai pelik pelik ni, dan menjadikan rumah kalian sebagai port luck untuk main bakar bakar ayam udang dan ikan jaket..