Hari ni adalah hari terakhir aku kat Puchong, esok 26 haribulan Insyaallah aku akan berada di kampung halaman.. hari yang amat aku tunggu tunggu.. perasaan sebagai perantau yang harus mencari rezeki membela nasib 'kita' bersama.. sungguh syahdu sekali.. nasib la aku balik kampung tahun ni.. so boleh la nyanyi ho ho ho balik kampung hati girang.. sesuai kan dengan lagu allahyarham Sudirman?.. hehehe lagu pebret aku kalau dekat dekat nak raya sebagai perantau...
Last year raya aku tak balik.. tak silap, aku hanya balik Sabah pada hari raya ke 14.. memang masa tu feel raya dah habis.. aku balik just untuk mengubat rindu dengan family, sedih gila kan?.. aku tak tipu masa tu aku nangis dengar lagu Dari Jauh Kupohon Maaf.. arghhh!!! sedih.. sebab tu raya ni aku tekad nak balik, beli tiket awal awal, kumpul cuti banyak banyak..hehehe.. dan bulan sebelas nanti ni aku akan balik kampung sekali lagi Oyehhh!!.. tiket dah beli siap siap.. hembek kau!! hahahaha..
rindunya suasana kampung hehehe.. sebenarnya kampung aku tak de la macam ni
Minggu depan KL dah start lengang.. hujung minggu ni orang ramai dah mula balik kampung, ke utara selatan timur dan barat, dan masa raya nanti kat KLCC tahu tahu jak la, mesti ramai foreigner kan hehehehe.. tapi yang pastinya ramai yang balik ke kampung ingin berkumpul bersama keluarga meraihkan hari kemengan melawan nafsu di bulan ramadan.. bersalam salaman, bermaaf maafan antara satu sama lain.. syoknya raya.. ayat aku beterabuh...ah lantak la..keh keh keh..
Kepada sesiapa yang balik kampung tu pastikan rumah anda berada dalam keadaan selamat sebelum ditinggalkan, berkunci, api air dipadamkan hidupkan mana yang patut sahaja, dan bagi tahu jiran yang tak balik kampung jika perlu.. sesiapa yang drive tu berhati hati ketika memandu, patuhi peraturan jalan raya.. saya mendoakan kita semua selamat sampai ke kampung halaman untuk bertemu ibu bapa dan keluarga tercinta.. ok..