Aku tergerak untuk bercakap sedikit tentang pengalaman kerja dan gaji.. jika anda di beri peluang mana yang menjadi pilihan anda? samada gaji yang tinggi ataupun pengalaman kerja yang bagus.. situasi berlaku pada usia yang masi muda bujang dan jika dilihat anda sepatutnya boleh pergi lebih jauh..
Dulu masa mula mula aku terjun dalam dunia pekerjaan setalah berfikir untuk tidak meneruskan profession sebagai pelajar aku beranggapan bahawa gaji yang besar bukanlah menjadi keutamaan bagi aku.. apa yang berada dalam fikiran aku ialah aku tak ingin menjadi seorang yang jobless, duduk kat rumah mendengar soalan pakcik2, makcik2 dan sepupu2 aku bertanyakan "bila ko nak kerja?".. arghhh sakitnya telinga aku pada masa tu..
"tak pe la kerja apa pun boleh.. yang penting pengalaman.." itu adalah perinsip awal aku.. dan ianya kekal sehingga beberapa ketika.. aku yakin ramai dikalangan fresh graduan juga berfikiran seperti ini dan kita juga telah diberitahu supaya tidak memilih kerja.. ya kan..
Ketahui la korang bahawa sebenarnya setelah korang bekerja korang akan mula berfikir tentang sama ada gaji yang berbaloi dengan tenaga yang diberikan.. korang akan mula berkira tentang gaji yang korang dapat adalah sedikit dan tidak setimpal dengan apa yang korang berikan kepada majikan, bukannya tidak bersyukur tapi ini adalah hakikat kehidupan apabila kos hidup semakin meningkat.. pernah tak dengar tentang kakitangan awam atau suasta minta supaya gaji diorang di naikkan?.. pernah kan..
Tambah tambah lagi kalau korang mempunyai komitmen.. ada kereta nak bayar setiap bulan, pinjaman pendidikan, rumah, untuk parent lagi.. nak saving lagi untuk future, ini untung kalau ada balance setelah tolah tolak semua.. wahh..
Mungkin pada masa tu korang tak fikir dah pasal pengalaman.. sebagai orang bujang usia pun masih muda lagi, tak kesah dah sama ada background study related tak dengan kerja yang korang buat, yang penting gaji masyuk, kerja lebih masa even kalau fikir fikir ia sepatutnya bukan level study korang yang penting ialah dapat gaji banyak..
Tup tap tup tap in case ada masalah di tempat kerja, nak cari tempat kerja ditempat lain.. dan pada masa ni la korang akan berfikir "kalau interview nanti apa aku nak cerita tetang pengalaman kerja aku?".. apa yang paling bermain dalam fikiran korang "sampai bila aku berada di tahap ini, apa akan berlaku empat lima tahun akan datang?" see..
Apa motif entry aku ni sebenranya hehe.. korang fikirla sendi ya.. tu pun kalau korang baca semua, sebab ramai dikalangan reader blog ni adalah student.. mungkin malas nak ambil tahu pasal benda benda macam ni lagi.. atau bakal guru yang memang jelas tak nak ambek port pasal kerja lain selain mendidik anak bangsa.. selalu mendapat pembelaan kerajaan, ya dak?.. hehehe..