Ahad, 7 Ogos 2011

Membeli Tudung di Muaz Textile

Fakta:
Hampir 70% readers blog ini adalah wanita muslim yang bertudung..
Raya dah nak dekat.. oyeh!!
Baru pun 7 hari puasa.. aku dah countdown raya hahaha..

Semalam aku dah beli tudung.. terimah kasih kat korang yang bagi guideline.. awning, tudung sarong, dan material kain yang baik.. beli various tudung soh diorang pilih, itu yang terbaik.. keh keh keh.. semalam nyaris aku beli satu kodi, murah tapi tak banyak variasi, color jak berbeza, takut diorang tak suka pulak.. terima kasih kat korang, sekarang aku dah tak pening dah..

Ini first wave punya shopping tau.. next weekend ada lagi hahaha.. alaaa shopping raya biasa la, lagi pun dah lama tak balik, why not belikan oleh oleh lebih sikit.. suka la spend money tuk family dan anak anak bua.. rasa titik peluh ni berbaloi sangat.. miss them a lot...sob sob..

Seorang gadis bertudung hitam menuju ke Muaz Textile.. nak beli tudung la tu!! hehe

Alang alang aku cerita pasal beli tudung ni, meh sini aku bagi tahu kat korang.. kalau nak beli tudung yang murah korang boleh pegi kat Muaz Textile.. aku bukannya nak bagi publicity kat kedai tu, tapi serius nak kogsi kat korang.. sebelum tu kredit kat Shamsuddin Amin sebab bagi tahu tempat ni..

Aku borong banyak banyak semalam macam nak jadi saudagar tudung dah.. bak balik Sabah jual haha.. kira kira memang boleh untung banyak aku.. boleh makup sampai RM 5 ringgit lebih.. sebab harga dia serius murah, kalau beli berkodi kodi lagila.. boleh buat business ni hahaha..

Kat mana Muaz Textile tu?
Kedai dia berhampiran dengan Semua House kalau tak silap aku.. dia kira dah hujung hujung barisan gerai kat jalan TAR.. agak susah jugak nak jumpa sebab dia ala ala masuk dalam gua bawah tanah.. tapi dia letak banner besar, so tak de masalah.. boleh jumpa punya.. kalau ragu ragu sila gunakan google map ya, atau GPS Papa Go..hahaha...

 Nampa tak longgokan kain seblah banner Muaz kat atas, semalam diorang longgok samping sampin kat situ, aku terlanggar jatuh besepah.. aku bla macam tu jak hahahaha tak sengaja ok!!

Cuba bayangkan gigih tak aku selak longgokan tudung tu.. haha tapi aku ambek bakul just grab mana yang aku rasa ok.. senang.. mula mula aku segan jugak, tapi aku tengok ramai jugak lelaki kat dalam tu.. so aku pun emmm.. lagipun aku mendapat sokongan moral daripada makcik makcik kat dalam tu, tanya banyak aku beli.. aku jawab nak bawak balik Sabah.. yeaahh!!

Harga dia murah banding korang beli kat deretan gerai ramadhan kat jalan TAR.. kalau kat gerai gerai diorang jual dalam RM 15.. tapi kat Muaz Textile RM 9.80 jak.. quality kain exactly sama.. banyak jenis tudung dan harga boleh jadi pilihan.. baju melayu pun ada jual kat situ, harga borong seh.. no wander kalau nak bayar kena bebaris panjang, oh! samping sampin pun aku beli kat situ semalam, matching dengan baju raya aku la kot keh keh keh.. baju raya aku kat Sabah dah siap oyeh!!  

Pondan tak pondan.. cerita pasal tudung.. hahahahahaha...
Nak tengok tudung apa yang aku beli semalam? eeh! tak paya la. kang korang cakap buruk.. aku tak reti nak pilih..haha..
oh ya, cuba baca dua blog ni, diorang pun ada cerita pasal Muaz Textiles

Gambar kat atas tu pun aku ambek kat blog diorang, harap diorang tak marah hehehe
Segan la nak tangkap gambar..

Ok itu sahaja, selamat beramal, selamat bershopping..hiasi peribadi.. jangan membazir tahu.. :D

Babab.net