Sabtu, 6 Ogos 2011

Tudung Apa Nak Beli Sebagai Oleh Oleh

Ok hari ni hari Sabtu.. aku bercadang nak pegi jalan TAR.. aku nak beli oleh oleh nak bawak balik Sabah.. ingat lagi tak entry aku yang ini..

Nampaknya ada beberapa orang yang bagi cadangan soh aku beli tudung untuk sanak saudara di kampung, cadangan itu aku terima.. tapi ada jugak yang soh aku bawak balik bakal menantu tuk mak aku.. hehe.. tak de lagi dowh.. nantila, awal lagi...

Tang tudung tu problem bagi aku.. aku tak tahu jenis tudung apa yang nak beli.. pesen apa yang terbaru? jenis tudung macam mana yang paling galem? apa yang pemes amos sekarang.. aku tengok kat internet ni bejenis jenis ada.. daripada yang melingkar daripada kepala ke leher, ada yang dikepit nampak kejinjangan leher atau bonggolan kat kepala..ah! apakah..

Pastu yang gantung batu bata kat hujung kain tudung pun ada gak, yang ni mesti berat kalau bawak naik flight.. dah la KG yang aku beli pun tak banyak sangat.. matila.. 

Aku rasa aku nak beli yang simple simple jak la.. diorang cakap tudung 'masok'.. apa tu? yang main 'pluck in' jak mengkali hahaha.. yang macam dalam sinetron tu kott, Ibu Arini.. ok ok aku tengok ramai kat sini orang pakai..

Tapi tudung yang macam cik epal pakai tu pun lawa jugak.. oh pening aku.. lantak la diorang..
Kalau oleh oleh tuk lelaki senang diurus haha..

Pesen tudung macam StarWars dah aku tengok.. lawa jugak ni ^^

Babab.net