Dulu dulu aku tinggal kat kampung, kat Tawau.. berpuasa dibulan ramadhan sebagai budak kampung memang berbeza dengan budak bandar.. kalau cakap pasal sungai, main tarzan tarzan dan panjat pokok memang aku hebat.. itu aku mengaku.. hahaha.. walaupun tenga berpuasa aktiviti macam ni tidak ditinggalkan, mandi sungai? fuh bulan puasa makin kerap.. berendam sampai ke petang hahaha..
Duduk dalam sungai bukanya barang sekejap.. mahunya sampai tiga empat jam, sejam sebelum buka puasa baru balik kat rumah.. aku dan sepupu aku akan menjadikan mandi sungai sebagai hobi setiap menjelangnya bulan ramadhan.. jahil tak jahil.. hahaha..
Tahu tak sebab apa? kalau tenga berpuasa seronok tau mandi sungai ni.. sejuk je badan, dahaga pun tak terasa sangat.. sambil menyelam, berkuak lentang atau berenang berirama ada la tu air yang masuk dalam mulut.. hahaha.. ini la dia yang dikatakan menyelam sambil minum air..
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan kat sungai, lumba renang boleh, main kejar kejar boleh.. main tarzan tarzan loncat dalam sungai pun boleh jugak.. walaupun puasa tapi kitaorang tak rasa penat langsung.. aku pun tak tahu, pelik tak? padahal dah kenyang minum air sungai hahahaha..
Adik adik jangan tiru tau aktiviti kat atas.. sah sah puasa kitaorang masa tu batal..
Untuk pengetahuan korang sungai kitaorang tu bersih tau (ye la tu bersih hehe), jernih je air dia.. itu dua puluh tahun yang lalu la.. sekarang ni tak tahu la pulak.. sebab aku dah tak duduk kat Tawau dah.. lagipun mandi sungai tidak lagi menjadi hobi aku..
gambar hiasan budak kampung