Dulu masa aku study diploma kat UiTM Menggatal KK.. ramai dikalangan rakan sekelas aku termasuk aku sendiri yang berperangai tak senonoh, terutama sekali lelaki.. antaranya ialah suka kentut merata rata samada di dalam kelas ataupun tenga buat amalai di ladang.. bagi kitorang kentut adalah sesuatu yang menyeronokkan, dan ia perlu dikongsi bersama walaupaun berada di hadapan perempuan kelasmate kitorang yang lain..
Tapi setelah aku melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam, perangai tak senonoh itu tidak lagi terbawa bawa.. mungkin disebabkan perempuan kelasmate baru yang aku tak kenal sangat, kurangnya rakan sekentut yang melanjutkan pelajaran bersama sama dengan aku dan azam baru aku pada ketika itu untuk menjadi lebih matang..
Bagi aku, dari sudut pandangan yang lain kentut sebenarnya mempunya banyak kebaikan.. di sini aku ingin kongsikan kepada korang beberapa menfaat daripada kentut..
Merilekskan badan.
Aku dapat rasakan sebaik sahaja aku melepaskan kentut badan aku akan terasa lebih rileks.. yea kan? korang pun sama jugak kan.. cuba anda bayangkan anda mengemut selama tiga minit, selesa tak korang rasa? tak selesa kan.. jangan kemut, lepaskan sahaja.. dengan itu badan korang akan menjadi lebih rileks..
Memeriahkan suasana
Jika korang duduk ramai ramai dalam keadaan suram tak de topik untuk dibualkan.. salah satu kaedah yang cepat untuk memeriahkan suasana ialah dengan kentut.. percaya la korang, keadaan akan bertukar menjadi meriah, ceria dengan gelak dan tawa.. hahahaha.. try la korang..
Mengkambing hitamkan orang lain
Jika korang merasa tidak berpuas hati dengan seseorang.. sebenarnya korang boleh mengenakan orang itu dengan kentut.. tetapi harus dingat, pastikan dahulu korang adalah seorang yang bijak berlakon inesen sebaik sahaja melepaskan kentut.. dapat tak yang aku cuba sampaikan di sini? dapat kan..hehehehehe..
Melapangkan suasana
Ramai orang, sesak, sempit dan anda merasa kurang selesa.. kentutlah untuk mendapat keselesaan yang anda inginkan.. pastikan kentut anda adalah kuat dan berbau busuk..
Wangian aroma semula jadi
Kalau korang lupa pakai perfume ketika pegi ke kelas atau ke tempat kerja.. bolehla korang kentut untuk medapatkan wangian semula jadi yang percuma.. perfume beraroma kentut..
Sekian, nak kentut ni..^^