Ahad, 12 Jun 2011

Kebaikan menangis

Siapa kat sini yang suka menangis.. aku tak suka menangis, lama gila dah aku tak menangis.. tak silap aku last time aku menangis masa dekat raya puasa hari tu.. sedih dowh sebab aku tak balik kampung, masa tu aku betul betul homesick, dengar lagu raya terus becucuran air mata aku hahahahaha... ingat balik kelakar jugak aku rasa.. mengong...

Kalau korang nak tahu menangis sebenarnya mempunyai banyak kebaikan.. aku sarankan supaya korang selalulah mengis sebab ia memberi menfaat yang baik kepada mata dan perasaan anda.. antara faedah menangis ialah...

Membantu penglihatan
Sebenarnya  mata kita mudah terhidrasi oleh pergerakan udara di sekeliling kita.. air mata dapat mengurangkan hidarsi, megelakkan mata menjadi kering seterusnya membantu mencerahkan lagi mata korang.. takyah minum inershine dah.. 

Membunuh bakteria
Air mata dapat berfungsi sebagai pembunuh bakteria, macam antibac jugak la.. tak perlu Eyemo, korang cuma perlu menangis jak.. air mata mengandungi lisozom yang dapat membunuh 90-95% bakteria jahat..

Mengubah mood 
Apa yang korang rasa selepas menangis? tambah nak meroyan atau makin ok?... makin ok kan.. mood sediah dah kurang kan.. so, itu la dia.. mengis dapat mengubah mood anda daripada tak ok kepada mood yang lebih bagus..  ini disebabkan selepas menangis sistem hati, otak dan jantung kita akan menjadi lancar..

aku rasa sedih pulak tengok gambar ni...

Mengurangkan stress
Semasa kita menangis sebenarnya air mata mengeluarkan sejenis hormon stress yang terdapat dalam badan.. hormon tersebut dipanggil endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.. selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi etc..

Jadi apa di tunggu lagi.. menangis la korang sepuas hati, biar sampai mata kau buta macam mata Kasim Selamat..keh keh keh...

Babab.net