Antara blog yang bukan menjadi pilihan aku..
Blog politik
Aku memang sangat tak berminat blog bercakap pasal politik.. sebab kalau cakap pasal politik ia mesti akan berbaur hasutan dan kutuk mengutuk.. menegakkan agenda masing masing, bercakap besar dan aku rasa kalau aku baca otak aku seperti di racun.. sama ada blog penyokong kerajaan kah pembangkang kah dua dua aku tak minat..uh!
Blog money orientation
Masuk jak blog tu terus dia tawarkan untuk beli buku panduan menjana pendapatan atau jamu jamu kesihatan bagai... serius terus aku pangkah. Kalau dia bagi tahu tips ka, atau tutorial tak pe la jugak.. ni kena nasihat suruh beli product pulak.. tak nak la aku. aku ni jenis yang agak kurang percaya selagi aku tak tengok sendiri benda tu. kalau main cakap cakap jak selalunya aku tidak mudah untuk di yakinkan.. walaupun kadang kadang tu tergerak jugak nak beli kan hahahaha..
Blog emo emo/ kutuk kutuk/ maki maki
Aku cukup tak suka blog yang asyik mengutuk, maki maki orang jak.. memberi nasihat tapi membandingkan orang itu dengan orang ini.. bajet dia tu la paling hebat..aku yang tak stress pun jadi stress sebab baca entry dia.. ah! memang aku tak suka.. check check hampir semua entry dia macam tu.. assalamualaikum jak la hehehe.. sebenarnya ada jak orang yang suka baca entry entry macam tu.. tapi bagi aku tidak..
Hari ini hari Jumaat.. selamat beramal..^^