Permandangan indah Gunung Kinabalu di Daerah Kundasang..sumber
Untuk pengetahuan korang, bahasa melayu sabah boleh dibahagikan kepada dua jenis logat/ slang/ accent..
1. Bahasa KK atau slang KK - bahasa dipengaruhi oleh suku kaum Kadazan Dusun, Bajau KB(Kota Belud), Murut dan bahasa dari negara jiran Brunei
2. Bahasa Pantai Timur atau merujuk kepada slang Tawau (Sandakan, Lahad Datu dan Tawau) - bahasa yang banyak dipengaruhi suku kaum Suluk, Bajau, Bugis dan negara jiran seperti Filipina dan Indonesia
Untuk kali ini, aku cuma ingin menerangkankan sedikit dan memberi contoh ayat untuk bahasa KK sahaja.. free free kang aku akan terangkan bahasa/ logat Tawau pulak ok..
Penggunaan perkataan bah
Bah di dalam bahas Melayu Piawai bermaksud banjir besar (flood).
Tetapi di dalam bahasa sabah ia membawa maksud kepada ayat penegasan, ataupun juga digunakan sebagai kata mesra.
Penggunaah perkataan bah boleh berada di mana mana ayat.. ia boleh berada di hadapan, di tengah ataupun di belakang ayat
Contoh ayat ringkas:
hadapan - Bah mau tebirak sudah sia ni.. (aku dah nak terberak ni..)
tengah - Kenapa bah kau berubah.. (kenapa awak berubah..)
belakang - Kawan kau tu tambirang bah.. (kawan awak tu sombong..)
Walaubagaimanapun perkataan bah juga boleh berdiri dengan sendiri tanpa dibantu dengan perkataan lain. Ia digunaakan untuk merujuk kepada jaminan atau pengakuan..
Contah perbualan di bawah:
Orang A: Jom kita jalan jalan di KK nanti pukul 5 patang.. (jom, kita lepak kat KK (kota kinabalu) pukul 5 petang)
Orang B: bah.. (ok..)
ah!! bebelit belit dah aku terangkan.. aku pun dah naik pening hahahaha..
Kat bawah ni adalah contoh beberapa perkataan Sabah yang lain dan selalu digunakan dalam pertuturan harian masyarakat sabah..
bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
limpang - baring
ampus - lelah, asma
bantut - pondan/ mak nyah
ngam - sesuai , muat
pancut - pancit
limpas - lepas(masa), atau lintas (seberang)
lugai-lugai - tak tentu arah
ndak/inda - tidak
Antara blogger Sabah yang selalu singgah dalam blog aku ni ialah:
wunny (eik!! sesat..hahaha..)
Bha buli ka kurang tinguk itu penerangan aku diatas.. kalau ada salah kamu urang kasi tau aku ya.. bulih bah kan.. hehehe