Jumaat, 4 Mac 2011

Gam uhu atasi rambut gugur..huhuhu..


gam uhu yang sangat pemes

aku pelik la..dua hari je bilik aku tak sapu, pastu banyak dah rambut yang aku jumpa jatuh berguguran atas lantai..tak de la banyak sangat..tapi kira banyak la jugak..hehe..

tiba tiba teringat pulak kes bekas naib canselor universiti terengganu (umt) saman yun nam hair care, ape ntah..tapi yang aku tau tribunal tuntutan pengguna malaysia soh yun nam bayar rm14900 tuk pensyarah tuh..kira menang kes la..
tapi bukan ini sebenarnya yang aku nak cakap...dan apa pulak kaitan diantara gam uhu dengan rambut gugur. sebenarnya TIDAK ADA apa apa kaitan, aku cuma bergurau..ngeee!!

nih aku nak bagi kongsi dengan korang tips untuk mengatasi keguguran rambut,..dah start risau ni..kang ntah pasal2 ada padang jarak padang tengkukur kat atas kepala uish!

pic ni tak de kena mengena dgn entri ni ok..saje nak letak tengok cam ne rupa pompuan kalau botak..:P

first, kita kena tau jugak faktor2 sebab munasabah apasal rambut kita ni berkeguguran ke bumi..antaranya ialah disebabkan faktor usia semakin meningkat, genetik yang diwarisi daripada orng tua, datuk nenek moyang , perubahan hormon dalam badan, pengambilan ubat ubatan, kekurangan nutrisi dan yang pompuan tu boleh disebabkan oleh putus haid dan yang baru lepas bersalin..nak tau detail, korang rajin2 la godek internet ya..

aku ni memang pemalas orangnya, masa buat entry ni ingatkan nak bagi penerangan panjang lebar..tapi disebabkan kemalasan menjelma secara tiba2, so aku just highlight je ok..kat bawah ni bukan methodoly, tapi ini ialah beberapa cara atau kaedah yang mungkin boleh digunapakai untuk merawat dan mengatasi keguguran rambut:

1. korang ambik bawang merah yang ada dalam dapur tu, pastu korang belah dua, sambil2 korang tengok drama sinetron tv korang tenyeh tenyehkan la bawang tu atas kepala..biar rasa wangi siket..

2. korang boleh jugak ambek buah keras, korang bakar hingga betuka color kuning pastu tumbuk sampai hancur then campur dengan minyak kepala kelapa. pastu sapu kat kelapa kepala bia 30minit then basuh ngn air bersih..

3. lagi korang boleh ambik daun inai, tumbuk hingga halus, campo dgn air asam jawa pastu tuang kat atas kepala, bia dulu stenga jam pastu barsihkan..

4. guna minyak kelapa darah pun boleh jugak...tah mana nak dapat, tapi kalau korang ada korang blh ambek satu sudu korang minum pastu satu sudu lagi korang gosok gosok atas kepala korng..

5. untuk rawatan dalaman pulak..ceeh!! dah macam pakar dah aku ni..ngeee.. rawatan dalam korang kena banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi dan protin. pastu makan jugak makanan yang ada omega 3 cam ikan solomon ke apentah, atau telor omega..

6. dan yang last..apa2 pun yang kita buat untuk orang islam kena dimulakan dengan bismillah..dan lagi best kalau disertakan dengan selawat sekali..insyallah kuranglah rambut yang gugur itu..

gaya rambut botak yang terkini..huhu cam best je kan..

try la, bagus kaedah tradisional ni..jangan terlalu banyak gunakan bahan kimikal, bahaya wey.. ok!! selamat MENCOBA..!!

ps: gam gajah pun banyak jual kat kedai

Babab.net