Isnin, 28 Jun 2021

Cara Daftar E Census - Banci Online Menggunakan Handphone

Seperti yang korang semua sedia makum pada tahun ini kerjaan daripada Jabatan Perangkaan akan membuat banci. Bancai kali ini adalah banci yang keenam sejak Malaysia di tubuhkan dan ianya sangat penting untuk mengumpul data-data dan maklumat populasi penduduk di Malaysia bagi memudahkan kerajaan membuat keputusan yang berkenaan dengan penduduk atau rakyat Malaysia. 

Sebab itu banci adalah sangat penting dan setiap penduduk di Malayisa wajib memberikan kerjasama menyalurkan menyalurkan maklumat yang tepat kepada pembanci.

Jika sebelum ini membanci dilakukan oleh individu yang dilantik oleh Jabatan Perangkaan untuk pergi membuat bancian dari rumah ke rumah. Mereka pergi ke setiap pelusuk dalam negara dan menyusuri laluan yang bermacam-macam untuk menjalankan tugas mereka. Tetapi pada kali ini kerajaan telah memperkenalkan system baru yang lebih mudah, jimat, selamat dan mengurangkan risiko boleh dijangkiti covid19.

Bermuka 7hb Julai eCensus boleh dilakukan dengan hanya mengunakan handphone sahaja. 


Aset Keselamat Malaysian Di Lahad Datu - Jangan Pelik Situasi Ini.


Hi gaiss assalamualaikum.. terdapat satu ungkapan atau gurauan yang biasa aku dengar di daerah Lahad Datu "Lahad Datu adalah salah satu tempat yang paling selamat di Malaysia" hahaha.

Seperti yang korang tahu sebut sahaja Lahad Datu mesti korang kat luar sana teringat kes percerobohan pengganas di Kg Tanduoo di Felda Sahabat. Peristiwa hitam yang sangat sinonim dengan daerah ini.


Selapas kes di Kg Tanduo, terdapat lagi siri pencolekan pengganas dari Philippine di perairan pantai Timur Sabah. Disebabkan itu kerajaan Malaysia sentiasa pemperkukuhkan lagi keselamatan di kawasan ini. Kerajaan juga menubuhkan ESCOM yang dikhususkan menjaga perairan pantai Timur Sabah dari diganggu gugat oleh pencoroboh dan pengganas daripada luar.


Maka tidak hairan la jika aset aset keselamatan kerajaan dan pasukan askar berlegar legar di bandar atau kawasan kawasan tertenti di daerah ini. Ia bagi memastikan keselamatan penduduk dan amnya kepada Negari Sabah kita yang tercinta ini.

Bagi korang yang first time datang ke Lahad Datu, jagan pelik dan hairan. Ada berada di zon selamat haha.

Jumaat, 25 Jun 2021

Air Terjun Langanan, Poring Ranau Sabah

Hi gaiss.. Assalamualaikum, apa khabar korang. Semoga sihat-sihat hendaknya. Selamat Hari Merdeka Malaysia yang ke 63. 

Hari ni aku nak story sikit pengalaman aku bersama empat orang member satu tempat kerja pergi hiking di Air Terjun Langanan Poring, Ranau Sabah. Air terjun dia lawa weyy..dengar-dengar dia adalah air terjun paling tinggi di Sabah. Untuk tahu lebih boleh la terus membaca entry ini ok.

Air terjun paling tinggi aku pernah nanpak.

Sebenarnya ini adalah trip suka-suka dan tanpa well plan. Seminggu sebelum gerak semua kitaorang membuat keputusan "jom pegi". Plan dia ialah sorang member provide kereta dia jenis MPV minyak tong-tong, berkumpul di kilang Ecooils, gerak pukul 3am pagi buta daripada Lahad Datu ke Poring Ranau.

Kawasan bersih dan tenang..sebab pkp haha.

Orang orang hensem dan kacak.

Hutan Ranau nyaman.

Gambar idol paling lawa.

So dipendekan cerita kita orang sampai dalam lebih kurang pukul 8.10 pagi. Sampai-sampai je terus pagi daftar, lepastu dengar briefing sikit dari staff Poring then kami start hiking. Tak de buat warming up gaiss..start macam tu je.

Khamis, 24 Jun 2021

Makanan Laut Di Sabah Murah - EcoFresh Cold Storage

Hi gaiss assalamualaikum..seperti yang korang tahu Wilayah Sabah adalah surga bagi penggemar makanan laut. Jika dibandingkan degan tempat tempat lain di semenanjung korang boleh mendapatkan makanan laut pada harga yang sangat murah di sini. Dah la murah, segar dan terdapat banyak pilihan pulak tu.

Seperti di Lahad Datu, tempat dimana naiknya nelayan memasarkan hasil tangkapan mereka. Maka tidak hairan lah jika korang datang ke sini korang akan melihat banyak gerai gerai jualan ikan segar di tepi tepi jalan.


Dan hari ini saya bawakan kepada korang terdapat satu kedai yang menjual makanan laut dan barangan segar yang baru dibuka di Bandar I Peak Lahad Datu. Kedudukan kedai ini sebaris dengan Agro Bank. Nama kedai tersebut ialah EcoFresh Cold Storang.

Apa yang ada di sini? Sepert yang korang lihat dalam gambar, terdapat banyak ikan ikan segar dijual pada harga yang sangat berpatutan. Banyak pilihan daripada jenis kerang udang sotong ketam ikan dan banyak lagi. Terdapat juga jenis ikan yang disejuk bekukan dan boleh disimpan lama atau dibawa ke perjelanan yang jauh.

Lobster gaiss..aummm.

Wauu ikan apa ni, besar besar gaiss.

Apa yang menarinya lagi, di sini terdapat banyak parking lot yang berhampiran. Korang boleh paking depan kiri kanan dan belakang kedai haha. Environment dalam kedai pun selesa. Korang boleh bersopping barang barang segar dengan seronoknya.

Ikan jenis kerapu banyak jenis.

Ikan frozen boleh tahan lama bawak travel juah juah pun boleh.

Kalau orang nak beli benda benda lain pun ada jugak gaiss.. sayur dan bahan bahan masakan pun ada. 

Sotong dia segar besar dan nampak menyelerakan.

Terdapat juga daging ayam dan daging yang lain.

So apa korang tunggu lagi, jika korang malas ke pasar untuk bersesak sesak atau ditipu oleh peniaga yang tidak jujur, mungkin EcoFresh Cold Storang ini boleh menjadi pilihan korang. 

Sekarang ni masih lagi PKP, jaga jarak patuhi SOP dan stay safe. Ok baye..

Rabu, 23 Jun 2021

Crystal Hill Hotel - Hotel Seram Di Kundasang Sabah.

Hi assalamualaikum, hari ni aku nak cerita sikit pengalaman aku isteri dan anak  ketika hendak menginap di satu hotel yang berada di Kundasang Sabah.

Alkisahnya macam ni, sebelum covid 19 dan segala jenis PKP aku bercadang untuk bercuti dan jalan jalan di Kundasang. Memang agak lama juga kami tidak bercuti dan kami membuat keputusan untuk ke Kundasang.

Muka patung panda yang tak seberapa nak panda, mata dia pun nampak seram.

Seperti biasa jika bercuti aku akan melakukan tempahan hotel melalui Agoda. Disebabkan gambar view yang cantik dan harga hotel yang murah..tampa berfikir panjang aku terus booking Crystal Hotel.

Dipendekkan cerita perjalan kami ke Kundasang bermula. Awal awal aku dah rasa something. Jalan menuju ke hotel ni dah la terok, bukit dia pacak tinggi mencanak dan tak berturap. Sampai sampai je kat kat receptionist dia pun pelik, tak teratur dan sunyi gila. Daftar kat bawah dan hotel dia kat atas lagi. Kena naik kereta pulak untuk ke bilik hotel.

Kat atas suasana makin sunyi dengan pokok pine hampir menutupi area kawasan hotel. Seram weyy..tak dengar apa apa kecuali bunyi pokok ditiup angin.

Kemudian kitaorang angkat bag bag baju dan bakul anak aku. Masuk je dalam bilik aku dan isteri saling berpandangan. Seram dia lain macam. Dinding dan perabut lama dan nampak macam lama sangat tak diduduki orang. Siling dia tak semua tertutup, tingkap kotor dan kipas siling berbunyi masa berputar.

Semua keadaan bilik tu macam tak kena...dah la air tandas dia tak kuat. Nak berak kencing pun rasa tak selesa.

View yang lawa daripada receptionist Crystal Hotel

Aku dan isteri duduk atas katil lusuh tak bersuara, degan anak kecil lagi sorang. Aku terus call (guna hand phone sendiri sebab bilik tak de phone) receptionist mintak nak check out. Aku bagi tau dia hotel dan bilik korang seram, kami tak bolah nak duduk keadaan macam ni hahaha.

Duit memang burned la..aku tak kesah dah pasal duit. Yang penting tak nak duduk hotel seram. Macam macam aku bayangkan keadaan waktu malam duduk kat bilik seseram itu.
Apa yang aku buat, aku cari lah kat Agoda hotel hotel yang masi kosong. Mujurlah dapat hotel kat tepi jalan besar. View tak seberapa lawa pun ok la. Janji rasa keseraman itu dah tak da haha

Pengajaran dia..korang fikir la sendiri hahaha.

Bergambar kat area Taman Kinabalu

Selasa, 22 Jun 2021

Blog Dapat Letak Iklan Google AdSense


Setelah bertahun tahun blog ini terbengkalai beberapa bulan lepas aku try recover balik. Baiki apa yang patut selepas aku terminated domain yang lama. Then aku try post beberapa entry baru.

Nampaknya macam sayang aku nak delete blog ni. Then aku decide untuk teruskan blog ini dengan apa adanya.

Selepas tu aku try check google adsense and gatal tangan apply. Tapi malangnya permohonan aku ditolak. Aku try lagi dan baiki apa yang patut, buang entry-entry yang tak disukai google. Selepastu aku apply semula adsense. Tapi malangnya permohonan aku masih lagi ditolak oleh google. 

Kiranya aku dah putus asa dan malas nak fikir dah. So aku ignore je la blog ni dan tak update apa-apa. Disebabkan sakit hati aku malas nak ambik tahu dah. 

Ntah kenapa dua hari lepas aku gatal tangan buka blog aku dan konon konon try apply adsense lagi. Lepstu biar je la sebab nak tunggu googl approve pun makan hari jugak. 

Dan tadi aku check, alhamdulillah google AdSense untuk blog aku telah diluluskan. Aku betul betul tak sangka. Syukur sangat.

Lepas ni aku kena rajin sikit la kot update blog hahaha. Update info tempat tempat yang best. Yang aku rasa boleh memberi menfaat kepada pembaca. 

So pengajaran yang aku boleh dapat kat sini ialah never give up ewahh haha. Btw tq singgah baca blog aku. Bye.