Di Sabah sada satu zoo yang aku rasa paling besar la kot kat Sabah dan menyimpan pelbagai jenis haiwan. Zoo ini terletak Lok Kawi dan mengambil masa dalam 30 minit daripada bandar Kota Kinabalu. Ini adalah tempat pilihan yang sesuai untuk aktiviti keluarga berjalan jalan di Kota Kinabalu.
Aku datang zoo ni sebab nak bawak Ayra jalan jalan tengok haiwan. Aku tau dia mesti suka, selalu tengok kat YouTube je, so aku bawak la dia tengok haiwan haiwan ni secara real.
Snep dulu sebelum masuk.
Untuk masuk ke sini kena bayar RM10 sorang..kanak kanak RM5..tapi Ayra free la sebab masih dibawa 5 tahun. Pelancong luar kalau tak silap dewasa dalam RM20 dan kanak kanak RM10.
Budak sebesar Ayra tengok haiwan memang diorang akan seronok..tapi time ni dia more excited dengan penjual aiskrim kat depan kitaorang.
Dalam zoo ni memang banyak haiwan haiwan dia, ada pelbagai jenis burung, monyet, harimau, gajah, orang utan dan banyak lagi.
Aku tak pernah ke Zoo Negara atau Zoo Melaka, mungkin haiwan haiwan kat sini tidak sebanyak zoo zoo besar yang lain tapi apa yang aku tengok haiwan haiwan kat sini sihat sihat belaka. Semua gemuk gemuk dan cukup makan. Tak de macam sesetengah zoo salalu je kita dengar orang komplen haiwan kurus dan tak sihat.
Gajah, sopan je gajah dia..sihat sihat semua.
Apa aktiviti yang kita boleh buat kat dalam zoo ni? Biasalah food feeding, bergambar gambar dan ajar anak mari kenali haiwan dengan buat bunyi dia sekali haha.
Selain itu dalam zoo diorang akan ada buat persembahan haiwan, ada la masa masa dia tertentu. Kalau kebetulan time tu korang ada kan dalam zoo beruntung la. Macam dalam gambar bawah ni.
Ada keldai.. Ayra seronok dia tau hose je.
Luas tak luas kawasan ni aku pun tak pasti sangat..tapi apa yang aku tau dalam ni ada aktiviti berbasikal, ada kereta kecik macam kat padang golf tu. Rasanya memang luas la kot sebab ada kawasan belah belah atas lagi kitaorang tak pegi, tak larat weyy dengan Ayra nak kena tolak, dengan pakai jeans lagi.
Apa apa pun sesiapa ada anak kecil yang baru nak mengenal haiwan memang sesuai la dengan kawasan ni. Diorang pun mesti akan rasa seronok sebab kebiasaanya diorang tengok dalam tv atau hp je..tengok real mesti feeling diorang lebih excited.
Numpang promo ya Admin^^
BalasPadamingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^