Isnin, 29 April 2013

Setiap Orang Adalah Pemimpin

Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggunjawab dengan apa yang dipimpinnya (Riwayat al-Bukhari).

Sabtu, 27 April 2013

Shopping Di Kenanga Wholesale City, Jalan Kenanga Kuala Lumpur

Mungkin ramai yang dah pernah dengar nama Tempat Jalan Kenanga.. ia adakah salah satu tempat syurga memberi belah barang terutamanya kain baju, seluar bagai secara borong.. tempat yang tidak asing lagi bagi orang orang yang terlibat dengan perniagaan kain baju segala macam..

Entry kali ni bagi tahu korang bagai mana nak ke Kenanga Wholesale City, Jalan Kenanga Kuala Lumpur.. senang je..korang tekan google maps cari direction pasti jumpa punya.. tapi jagan tak tahu area tu memang pack gila dengan kenderaan, susah nak cari parking.. kat lot lot kedai luar KWC area bawah pun parking berlapis lapis..unless korang masuk ke bangunan Kenanga Wholesale City, kat area dalam tu banyak parking.. tapi tengok hari jugak la, kalau weekend..mungkin korang boleh agak..

Kalau tak borong banyak sangat atau datang ramai ramai satu family tak de baby, mungkin public transport boleh menjadi pilihan korang..

Dengan menaiki Monerial atau LRT korang turun kat station Hang Tuah.. daripada situ korang kuar kat laluan sebelah kiri.. jangan ikut arah sebelah kanan pulak tu nak ke Time Squire..

Turun tangga cari signboard tulis Kenanga Wholesale City, ikut je.. memang kena berjalan kaki sikit la.. tak pe la tuk kesihatan haha.. pastu korang dah boleh jumpa banyak kedai kedai yang jual secara borong.. kat sini korang dah boleh start borong barang dah.. macam macam ada..

Kebanyakan kedai kedai kat sini tak layan sangat orang yang tak beli borong.. ada certain kedai tu dah siap siap tampal kat pintu "Wholesale Only"..

Terus je jalan kaki kat tepi tepi kedai sampai hujung korang akan jumpa satu bangunan besar warna kelabu.. ha yang tu la dia Kenanga Wholesale City.. kat dalam bangunan tu lagi banyak kedai jual barang secara borong..

Kat dalam Kenanga Wholesale City ni banyak dah kedai yang boleh beli secara retail.. harga yang di tawarkan pun kira not bad, banyak yang murah murah banding korang beli kat uptown..Tapi kalau korang beli secara borong lagi murah.. boleh dapat separuh harga..


Antara suasana di dalam KWC ni..kalau weekend jangan cakap la..memang ramai gila..aku perasan ramai orang sabah yang datang sini..dengar logat diorang bercakap..memang datang borong laaa...

Pesen pesen sangat up to date.. daripada pesen korea korea ke timur tengah sampai ke pesen amarika.. style.. kalau nak cakap pakaian perempuan memang banyak gila, boleh naik juling mata perempuan kaki shopping kalau datang kat sini..


Kalau lapar sangat penat berjalan pusing satu bangunan boleh lah rehat rehat.. ada banyak kedai makan, aku selalunya makan kat Old Town je.. kalau nak solat pegi tingkat 16..tinggi kat atas sana tinggi gila, gayat tengok bawah.. boleh nampak pemandangan area Kuala Lumpur, nak tahu details pasal lot lot kedai dan kemudahan dalam KWC, pegi je website Kenanga Wholesale City..

PS: Ini entry beberapa bulan yang lepas, lama diperam dalam Draft..baru nak post kali ni dekat dekat nak pilihanraya hahaha..padahal tak de kaitan degan politik pun.. ada beberapa lagi entry dalam draft, ikut tahap kerajinan..kalau ada rajin lebih sikit baru la kena publish hahaha..

Tag: kedai di Jalan Kenanga Kuala Lumpur, Beli Borong Pakaian di Jalan Kenanga, jalan ke Kenanga Wholesale City, Borong baju di jalan kenanga, shopping di Kenanga Wholesale City, lokasi Kenanga Wholesale City, dimana Kenanga Wholesale City, jalan jalan di jalan kenanga, baju murah di jalan kenanga, baju beli borong di Kenanga Wholesale City, baju wanita, tudung, blouse

Isnin, 1 April 2013

Suku Tahun Pertama: Selamat Maju Jaya..eh!!

Cepat je masa berlalu kan..tup tup masuk bulan April dah.. tak sedar betul, macam baru je beberapa minggu lepas kita menyambut tahun baru.. kejap lagi bulan puasa pulak..ce korang kira.. rasanya dah tak sampai seratus hari dah kot bulan Ramadhan akan menemui kita.. InshaAllah jika dipanjangkan umur kita akan berpuasa lagi oyehh!.. eh macam dah nak raya pulaks hahaha..

Apa perubahan aku suku tahun pertama ni? Ada satu benda penting dalam kerjaya aku yang berubah..aku kini berada di bahagian operation.. sebelum ni aku duduk di bahagian management.. hari tu bidang kerja aku ada kaitan dengan study aku masa kat uni..agriculture, sekarang ni lari jauh tersasar dah bidang warehousing...

Kalau korang perasan sebelum ni aku banyak berjalan kan..sekarang ni da tak de dah.. hari tu aku banyak pegi farm, buat audit good agricultural practises (GAP)..aku berjalan daripada selatan sampai ke Cameron Highlands dan banyak tempat lagi, kebanyakannya adalah sebab urusan kerja..cuma sambil sambil je aku singgah kat beberapa tempat setelah urusan kerja selesai..

Dan sekarang aku di bahagian operation ni kerja kat satu tempat je la, tak jalan jalan pegi mana.. kerja masa tak menentu, kadang aku masuk kerja malam, kadang aku masuk siang..tambah tambah lagi aku yang baru nak study segala jadah pasal operation ni.. biological cycle body aku pun rasa macam lain lain dah..kejap lagi sakit urat badan ahahaha.

Harapan kita semua, semoga April dan bulan bulan mendatang ni akan membawa sinar baru kepada kita semua..ewah!! Sinar kecerahan.. (closing out gila haha..)

Gambar kat bawah ni adalah sebahagian daripada staff operation bahagian receiving...always busy with their own things...