Jumaat, 14 Disember 2012

Tibai Buah Buahan Di Felda Sungai Koyan Raub Pahang

Malas betul nak update entry on time.. selalunya tiga empat lima hari atau berbulan selepas hari kejadian baru nak tulis dalam blog, tak boleh nak jadi wartawan, lampi hahaha.. malas nok, nak buat macam mane.. ni pun kira ok la, berupdate la jugak sikit sikit..

Nak kabo aku daripada makan durian lagi..keh keh.. tak settle settle dengan durian, ye la orang ajak pagi kampung, ada pokok buah buahan kat belakang rumah.. ambo on jerr.. lagi pun ambo memang suka makan buah buahan tempatan hehehe.. ye tempatan..

Ini Gambar pinggan kat R&R Genting Sempah.. singgah sarapan kat sana, masih banyak kabus time tu.. sebab gerak awal daripada Puchong, yerr awal lah sangat.. oh aku baru perasan aku sorang je yang tak terbalikkan sudu dah garfu.. kelas sangat uolzz..hahaha..

Ini lah dia kitaorang kat Felda Sungai Koyan Raub Pahang.. hari tu Felda jugak, tapi kat Felda Kota Kelanggi Jerantut Pahang.. pegi makan durian jugak..fuh!! kemain aku pegi makan durian jauh jauh..

Yang menghadirkan diri, patik hang kebun.. Alia yang gemok, Markumi dan En.Sham.. ni sebenarnya kitaorang pegi rumah kakak kepada En. Sham, Kak Ida.. dia yang ajak datang pegi sana, sebab banyak sangat durian, manggis dan rambutan.. tak de siapa nak makan.. eh! tau tau je kan Kak Ida kitaorang ni pellahap buah buahan..

Aku sampai sampai tak baca bismillah terus pegi panjat pokok manggis yerr.. nasib baik la tak de banyak serangga kat atas pokok tuh.. gigih aku jatuhkan sebesen buah manggis.. pencapaian yang sangat bagus selepas beberapa tahun tak panjat pokok buah..

Umi dan Alia pulak jolok buah manggis daripada bawah dan kutip buah yang aku jatuhkan.. En. Sham pulak kutip buah durian yang dah gugur.. begitulah kitaorang saling membanting tulang dan tolong menolong antara satu sama lain seperti orang desa yang bermasyarakat dan hidup harmoni (wah gitu ayat aku) hahaha..

Terus makan bawah pokok yerr.. yang gambar kat atas ni stock bawak balik Puchong.. tu pun sebab tak larat dah nak makan.. banyak sangak kot..

Kak Ida baik sangat, dah la baik pandai masak pulak tu.. sedap ikan Patin masak tempoyak dia, Alia makan satu jam tanpa henti, jumpa lagi pekasam emmm..memang makanan dia la.. tu dia jugak yang first duduk kat situ..

Kitaorang makan kat luar, bentang tikar.. macam berkelah..nyaman sungguh, suasana kampung sangat.. best laaaa.. nyesal makan banyak sangat durian, dapat makan sikit je nasi, sedap Kak Ida masak..

Huha huha kitaorang pun bersiap nak balik, kena balik awal sebab esok pula nak kerja.. bonet belakang keta En. Sham penuh sumbat dengan durian rambutan dan manggis.. bauh harum sambil ber camwhore..

Bosan dalam keta, aku sempat tidur dua kali, kenyang sangat mengkali.. lepastu bangun terus buat kerja kerja seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas.. aku pakai sapu tangan kat kepala inspired by turban Alia hahahaha..

Sempat  gambar signboard besar Bentong yang ada kat tepi jalan.. sila noted aku dah sampai Bentong.. ni je la kerja aku.. dah namanye berjalan jalan kan, so aku pun snep snep je lah..

Ini pulak kat area Pekan Bentong.. daripada atas kereta sempat gambar Masjid Bentong, gerai buah buahan segar dan kedai jual kabinet dapur, tv dan lantai lamina grrrr... cuma sedih tak sempat singgah nyanyi lagu Aizat kat Sungai Lui..

Apa apa pun thanks kat En. Sham.. bawak kitaorang jenjalan makan durian kat Felda Sungai Koyan.. thanks jugak kepada Kak Ida yang very nice and friendly kat kitaorang.. seronok sangat weekend tu.. sampai masa kita jumpa lagi..

13 ulasan:

  1. buah manggis x rosak ke kalau main jatuhkan mcm tu...biasanya kalau jatuh bedebuk mesti susah nak bukak kulit die..sebab keras...huhuhu...

    BalasPadam
  2. ooo..tak tahu la pulak.. tapi time yg kitaorang makan ok je..

    BalasPadam
  3. lenkali, ko pass sikit bah pigi Shah Alam abu.. :p..

    BalasPadam
  4. chanteknye scenery bentong....teringin plak nak p shoot kat sna...

    BalasPadam
  5. mcm best plak kerja mu ni kan bu..jalan2, makan2 buah..patutla awet muda :P

    Jemput join http://www.suterakasihyann.com/2012/12/pencarian-blog-untuk-autopublish-di.html (^_^)

    BalasPadam
  6. time weekend ja bejalan kuat hahaha

    BalasPadam
  7. alaaa.
    dah dekat dah dengan rumah chemay tuu.
    kenapa la tak singgah.
    hihi
    >.<

    BalasPadam
  8. bila nak pergi lagi?
    ikot! ikot!

    *my sis dok area sana tapi takde dusun.. :(

    BalasPadam
  9. aku pon baru balik dari makan buah manggis kat kelantan.hahaha

    BalasPadam
  10. Dapat lepak dalam kampung yang ada dusun buah memang tbaik. Hari tu kemaruk buah tempatan punya pasal, keluar semata pergi beli kat Kip mart. penuh bonet n seat belakang 3 kawan tu si durian, manggis dgn rambut atan ahaha.

    BalasPadam