Sabtu, 29 September 2012

Semua House Jalan TAR: Murah, Tempat Membeli Barang Majlis Kahwin, Kenduri Aqiqah dll.

Sekadar berkongsi kepada readers.. sesiapa yang ingin membeli barangan pengantin/ kenduri kahwin, kenduri aqiqah atau apa apa majlis mai sini aku nak bagi tahu (mulut becok).. terutamnya yang duduk kat Lembah Klang.. nama tempat dia ialah Semua House, Jalan TAR..

Kat sini ada dua buah kedai.. selama aku duduk semenanjung ni aku dah beberapa kali datang sini.. sebab kena suruh beli bunga telur dengan goodies bag bak balik Sabah time aku nak balik bercuti kat kampung.. so terpaksa la..tolong sedara mara.. tempat ni pun aku tau daripada kazen aku..

Pelbagai jenis doorgifted, cenderahati tuk majlis majlis kenduri 

Bunga telor banyak jenis, ikut bajet korang nak bali jenis yang mana satu

Bunga bunga pelastik pun ada

Satu sebab harga dia murah.. kedua ialah sebab kat sini ada banyak pilihan, disebabkan aku tak reti memilih so selalunya aku akan tangkap gambar dan send kat sedara suku sakat aku kat kampung sebelum decide nak bali.. aku cuma tukang beli je la dan tukang bak balik..

Tak tahu cam mana nak gi Semua House..  pegi je Jalan Masjid India, daripada pintu masuk Bazar Jalan Masjid India tu terus je.. kat hujung sana ada satu bangunan tulis Semua House..kat dalam ada banyak kedai kedai kain, baju semua.. tapi barangan majlis perkahwinan ada kat tingkat bawah.. turun satu aras.. nama kedai dia Yen Riben dan Sinmin..

Kedai Yen Riben, Semua House Jalan TAR  

Kedai Sinmin, Semua House Jalan TAR

 Daripada luar bangunan Semua House, sumber gambar

Peta Jalan Masjid India.. daripada bazar depan Masjid India jalan terus sampai jumpa bangunan macam dalam gambar kat atas, sumber gambar google map 

Aku pung pang pung pang ni macam je kedai aku kan hahaha..
Btw, yang duduk jauh nak aku tolong boleh gak aku uruskan, boleh kautim harga.. ewah!!

Rabu, 26 September 2012

Annual Diner Tema Pop Color Di Cyberview Resort & SPA, Syberjaya

Ok malam ni merajinkan diri nak update entry baru dengan kadar yang paling laju.. habis dah survey kerja kat jobstreet daripada semalam semalam lagi, so masa untuk update entry pulak..

Seperti yang dijanjikan lebih banyak gambar akan ditepek.. sedia maklum aku ini gila popular jugak orangnya, maka dengan itu sudah pastilah gambar aku yang paling banyak..

Marilah kita layan gambar annual diner kitaorang kat Cyberview Resort & SPA, Syberjaya 21bh baru baru ni.. walaupun ramai yang tak pakai baju tak ikut tema tapi semuanya nampak meriah.. tengoklah gambar aku dan kawan kawan melaram keh keh keh..


Seberanya aku tak sampai hati nak buat entry What Were There Thinking.. kang aku kutuk kutuk ada yang menangis tak nak kawan dengan aku dah.. pastu aku yang kena sendiri kat opis haha.. tak ape semua statements level 2..

 emmmm boleh tahan.. 

 baju pink mak hayam besar!!

 ewah pempuan suka main rapat rapat pipi hehe..

No komen no komen hahaha.. Hani yang bergambar kepala dia always senget tu gaun dia panjang meleret macam ekor.. annoying selalu kena pijak..

 Wah satu Malaysia la.. jangan pelik ada banyak belon, ini bukan majlis hari jadi ya..tema dia color pop, bukan jugak mercun pop pop.. sepatutnya kena pakai yang color pop jugak la.. striking striking.. tapi macam biasa, kalo tak nak pakai nak buat macam mana.. takkan nak paksa pula kan..

Alahai senyum menawan.. ada aura boleh buat aku senyum gak tengok gambar ni.. sweeet sangat diorang dua ni.. ehemmm puji lebih kat mazu.. kot kot dia nak bawak nasi impit gi opis hehehe.. sedapnya makan dengan kuah kacang yam yam..

Tuuu diaaaa gaya makan paling legend.. pegang sudu supa pegang berus gigi... almaklum la, tak biasa pegang sudu yang berat berat dan gedabak.. makan pakai tangan je selalu hehe..

Pestime diner ni aku tak makan banyak.. selalu makan kenyang sampai nak terbaring macam ular sawa.. tapi kali ni aku makan sikiiiit je.. first, sebab aku busy nak tangkap gambar orang lain, photographer super amatur.. second, sebab takut nanti perut aku terjojor dalam baju ala ala korea aku tu dengan skinny jeans yang memang sempit macam sarung nangka hahaha..

Pakcik ni selalu buli aku, macam nak sepak je dia laju laju.. biar dia tau aku lagi kuat daripada dia hahaha.. tengok orang dapat hadiah lucky draw makanan sedap sedap, tak pelu masak pun.. is sakit hati betul aku.. at least galaxy tab two pun jadi la..

The worst thing happened ialah aku kena buat show kat depan haha.. sumpah aku tak plan pun nak buat gangnam style kat depan tu, tak sedar apa yang aku telah lakukan.. diorang on lagu gangnam style, aku terus otomatik bersufle dan begangnam  kat depan orang ramai hahaha..

Cerita dia macam ni, enam orang lelaki dan enam orang perempuan dipilih sebagai calon best dress.. aku memang tak sangka la pulak aku salah sorang mangsa dia.. kitaorang kena buat show sikit sikit.. sama ada cat walk, dance ke apa kah.. aku sampai loncat ke bawah bejoget macam orang gila kah kah kah.. ngaku sendiri macam orang gila..

Yang kat tengah tu diva uolzzz... dan yang kat tepi dua orang tu dancer kepada member kitaorang yang skert dia ada ekor panjang kat gambar first tu, petandingan karaoke.. dia nyanyi malam pesta muda mudi, ni yang tukar baju kebaya spek mata bulat.. supportive dan spoting, padahal suka suka je pun..

Memang tak lengkap la entry aku ni kalau tak de makanan.. so ini dia makanan yang aku nak tunjuk, desert yang aku tak tahu la pulak nama dia apa.. lupa nak tengok dalam menu sebab syok sangat tengok persembahan bulu bulu kat atas stage..

Ahad, 16 September 2012

Baju Tema Annual Dinner Pop Colour

Aku ni tengah pening pening kepala ni.. konon je la pening nak fikir baju apa nak pakai time annual diner company tempat kerja aku nanti..emm diorang nak buat kat cyberjaya katanyerrr.. fofular la tu.. dengan tema pop colour..pop colour ni ikut fashion sama je dengan colour block..

So korang tahu tak pop colour tu macam mana, yang perempuan tahu la kot agaknnya sebab match and wear ni perempuan memang pakar.. ni yang aku jumpa masa menggoogle..

Ni Hana Tajima.. baju dia pakai ni kira pop colour jugak la kan, tapi ini versi muslimah punya.. colour colour striking..

Versi blouse dan baju tak cukup kain lebih kurang macam ni la.. kalau kat internet macam ni yang paling banyak dia tunjuk.. 

Tang lelaki memang payah sikit.. kalau beli baju pun mungkin sekali je boleh pakai, jadah apa nak pakai seluar colour striking di kehidupan seharian.. baju jaket colour terang terang.. macam clown fish pun ada hahaha.. 

Kalau nak berpesen pesen ni kena berani.. kalau tak berani kena booo orang lain tak payah la cuba try pakai.. sebab tu korang tengok cuma orang yang kompiden level dia tinggi je yang dress-up macam ni.. tapi kalau takat nak pakai annual diner tu boleh la kot.. ikut tema..


Kalau aku kacak macam diorang ni mungkin kompiden jak aku pakai baju ni pegi opis hahaha.. tapi tak sesuai dengan industry pulak.. ni orang kerja artis artis magazine hiburan hiburan boleh la.. 

Tengok kau mampu macam ni, dengan seluar pendek bagai hahaha, kasut warna ijau.. tengok grand harga dia pun grand.. tak mampu nooookk!!

So rasanya aku nak gi uptown shah alam je nanti cari baju dan seluar yang ada tema tema pop colour/ colour block.. kalau boleh nak yang tak striking sangat, boleh pakai hari hari lain.. kalau malas sangat pakai je la Baju Melayu.. seluar colour lain baju colour lain..sampin satu colour lain pulak hahaha..

Baca Entry:
Annual Diner Tema Color Pop Di Syberview Resort & SPA, Syberjaya
Susahnya Nak Dapat Lucky Draw Hadiah Superb

Tag: fashion baju annual dinner, fashion pop colour, summer colour block, baju pelik pelik, pop ye ye.. 

Jumaat, 14 September 2012

Senaman Berjalan Kaki Untuk Kesihatan

Dah lama tak buat entry entry kesihatan dalam blog ni.. jangankan nak buat sihat sihat, blog pun dah jaran bukak.. harap korag tak meroyan le yerr menanti kemunculan aku kat blog korang hahaha.. retis enough..

Ok mari kita cakap pasal kesihatan, lets start walking for exercises..disebut dalam bahasa penjajah, bahasa tanah air "mari mula berjalan untuk bersenam"..errr.. macam tu la.. ramai yang tak sedar sebenarnya berjalan adalah satu senaman yang bagus untuk kesihatan 

Selain itu ia juga dapat membantu anda mengurangkan stress dan jika diamalkan dengan pernafasan perut yang aktif dan betul pada setiap langkah kelebihannya adalah lebih banyak berbanding senaman yang lain.. emmm bagus kan.. ini tak asyik nak merungut je, sakit kaki la..penat la hahaha..

Btw, bacaan seterunya menerangkan tips tips senaman berjalan kaki yang betul dan mungkin perlu diambil tahu..

Set expectation korang.
Berjalan degan jarak yang panjang pada kadar yang perlahan pun tak pe..biar sampai peluh membasahi ketiak korang.. tapi digalakkan berjalan tidak kurang daripada 3 kali sehari.. berjalan setiap hari pada jarak lebih daripada satu batu is too much..

Cari tempat yang selamat dan bagus untuk berjalan
Pada kebiasaanya kita main belasah je kan.. berjalan sebab ada tujuan, nak pegi rumah jiran sebelah ke..shopping shopping ke.. apa apa pun pastikan ia bukan kawasan yang merbahaya, tak banyak batu batu, parit besar atau halangan yang boleh membahayakan kesihatan.. kang terpeleot kaki susah pulak.. cadangan tempat yang sesuai ialah di kawasan taman rekriasi, padang atau di sekitar kawasan perumahan atau kolej korang..

Pilih tempat yang easy first walk
Sejauh mana pun korang berjalan, pastikan korang akan mampu berpatah balik.. jangan sampai sesat.. kang jalan jalan kat tepi hutan terus hilang.. berjalan di track bulat yang sederhana sejauh setengah kilomiter pon boley..

Jangan beri tumpuan sangat berapa jauh korang nak jalan
Berapa laju dan berapa jauh korang bejalan adalah perkara kedua.. yang penting berjalan dengan hati yang tenang, suka suki.. hayunkan tangan dan berjalan dengan posture yang betul..berjalan dengan tegak, jangan nak bongkok bongkok udang bagai, bahu kebelakang dan berjalan dengan penuh kemajuan wah!! gitu haha..

Setkan masa
Bila mula mula berjalan, decide berapa lama korang nak berjalan.. pastikan korang mampu, jangan paksa diri..jangan risau tentang jarak yang pendek dan masa yang sangat singkat..just keep moving sehingga target korang tercapai.. lima minit pada setiap hari minggu pertama adalah permulaan yang baik, ia akan ditingkatkan dari seminggu ke seminggu..katanyerrr...

Ok itu je la tips tips kesihatan untuk kali ni.. buat entry untuk motivasi diri konon, nak kurangkan muffin top yang ada kat perut ni hahaha.. 

Tapi serius, berjalan adalah senaman yang sangat bagus..orang dulu dulu tak banyak penyakit pun, hidup sihat cergas bagai, banyak berjalan sebab tak de transport mengkali, selain mengamalkan pemekanan yang sihat..

Tapi ramai yang suka berjalan jalan di shopping mall.. boleh cuci cuci mata katanyerr hahahaha..

Isnin, 3 September 2012

Missed Flight: Pengalaman Aku Tertinggal Kapal Terbang di Airport

Ni aku nak cerita pengalaman aku.. harap boleh jadi pengajaran kat siapa siapa yang nak naik flight.. lagi lagi yang first time.. tak tahu nak buat macam mana dan macam mana.. tapi entry ni panjang bejela.. kalau nak baca jugak, teruskan hehehe..

Walaupun dah banyak kali naik kapal terbang, benda macam ni pun boleh berlaku, menyesal.. tapi nak buat macam mana, benda nak jadi.. maka jadi la dia huhu.. mungkin rakan dalam twitter of fb dah tahu, yerr la.. laju je kan update kat sana time tu.. 

Sebenarnya masa aku nak ke Sabah balik beraya 16 Aug. baru baru baru ni aku telah tertinggal kapal.. orang putih cakap missed flight la.. pertama kali dalam hidup aku, mahu tak kelangkabut aku dibuatnyer..

Macam mana boleh tertinggal flight? eemm ni la antara soalan dalam twitter aku dapat hari tu.. masa tu aku dah down, malas nak cakap apa.. sebab memang salah aku pun.. nak salahkan AirAsia tak boleh jugak.. aku yang relax relax sembang dengan member aku lama sangat sampai tak sedar jam..

Macam ni, flight aku tu sebenarnya pukul 7.15am.. aku mintak tolong member aku hantar aku kat airport dalam pukul 4.30 kitaorang gerak pegi LCCT.. sampai dalam pukul 5.20am macam tu.. dekat je, kejap je sampai ikut jalan belakang LDP.. terus ke Purajaya semua tu.. so, kira mamang sampai awal la kat airport.. 

Sampai sampai je aku terus check in.. musim perayaan jangan cakap la, ramai gila orang, nak drop baggage bebaris panjang gila.. line betindan, sesak, troli pun susah nak tolak.. yang pasti masa tu sahur pun aku terlepas hahaha.. AirAsia memang dah SMS musim perayaan ni kena pegi airport 3 jam awal sebelum penerbangan..

Aku dah web check in siap siap.. tinggal nak drop barang je la.. aku beli weight dalam 20 kilo.. ingat mula mula barang aku over weight, rupanya tak jugak.. so ok, semua dah siap, tinggal boarding je lagi..  

Siap je aku terus pegi kat toilet sebab perut aku meragam.. pegi berak la hahaha (ok ini pun nak cerita ka) ye la naye aku nanti nak berak dalam kapal kan.. gila hahaha.. keluar daripada toilet aku lepak lepak lagi dengan member aku, duduk dekat pintu masuk depan McD menyembang, ha kat sini la mula mula kejadian berlaku..

Sepatutnya aku tak menyembang lagi.. aku kena terus masuk boarding time tu.. huha huha sembang. tengok orang pakai baju merah lalu lalang sampai tak sedar pukul berapa.. zup!! aku tengok jam dah pukul 6.55am, tengok boarding pas gate close pukul 6.55am.. terus dalam kepala aku flight aku pukul 7.15am, aku sepatutnya kena ada dalam boarding area, aku terus panic, bergegar, jantung dupdap kengkabut.. aku terus angkat barang aku yang carry hand, salam dan tak sempat nak cakap apa dengan member aku dan terus lari masuk boarding.. 

Kat barisan yang nak check keselamatan tu aku potong q je.. ada sorang brother tu sempat marah dan tegur aku.. aku dengan muka kengkabut cakap aku dah hampir tertinggal flight ni.. terus dia cakap ok ok..

Aku masuk boarding area, tengok gate 9 tempat sepatutnya aku keluar pegi ke kapal terbang.. tengok kat sana dah tak de orang.. gate pun dah close, orang yang collect ticket kat situ pun dah tak de.. dahhh aku memang dah missed flight.. tengok kat gate sebelah ada orang tengah baris nak keluar gate.. tanya "flight ke Sandakan gate memang dah tutup ke?" dia cakap "ya dah tutup".. aku terus fitttt.. aku cakap "boleh tak I nak keluar je, nah ni tiket I, tolong la tolong la".. aku merayu hahaha.. "can not, ni flight nak pegi Langkawi".. aku tanya "abistu macam mana, I rasa kapal tak terbang lagi ni, sempat ni".. dia cakap "tak boleh., you pegi kat luar kaunter 65 atau 66".. aku cakap, "so I memang dah tertinggal kapal la ni".. dia cakap "yaa".. "barang barang I macam mana?" dia cakap lagi "pegi kat kaunter 66".. hamboi belagak..

Lepas tu aku lari kat kaunter 66.. jauh tu nak lari, aku berharap diorang boleh guna woki toki soh kapal tu tunggu aku hahahaha.. tapi aku tahu memang dah tak de harapan.. sampai je aku cakap kat kaunter, "I tertinggal kapal".. dia ambik tiket aku dan double check, dia cakap "ya.. kapal dah berlepas".. aku terus tanya abistu macam mana? boleh tak tolong check next flight.. dia cek cek, pastu dia cakap "tak de seat kosong untuk next flight pukul 1.30pm dan pukul 5.30pm" tak silap aku.. "flight ke Sandakan full sampai 18hb pagi.. ada kosong petang".. tanya harga berapa.. dia cakap RM1050 tak ingat aku.. emmm masa tu aku tak fikir apa, aku cakap aku nak beli jugak, tak kesah aku nak balik beraya ni.. 

Tapi aku sempat gak tanya ada tak flight yang awal sikit ke Tawau ke? KK ke?.. sebab gila rugi masa la aku nak lepak kat Puchong lagi sampai 18hb kan.. dia cakap "flight ke Tawau dan KK semua dah full sampai 19hb"..pfttt.. lepas tu dia cakap lagi, "macam ni, you pegi ambek baggage you dulu kat kaunter Lost and Found kat balai ketibaan.. lepas tu Standby kat sini..selalunya ada je orang yang tertinggal flight jugak, lagi pun you sorang je setakat ni yang missed flight ke Sandakan, so ada chan untuk next flight".. tanya "so berapa yang I kena bayar?" dia check check dalam RM800.. oh murah sikit, lagi pun boleh balik awal banding 18hb tu.. so aku nekad gigih nak Standby tunggu flight pukul 1.30pm.. kalau tak de kosong tunggu flight 5.30pm pulak.. kalau tak de lagi, malas dah aku, beli je la tiket 18hb tu..

Pasal barang aku pulak, sebab aku dah drop baggage.. so semua barang aku dah diorang masukkan dalam bagasi.. semuanya ada empat items, tiga kotak dan satu luggage bag.. polisi AirAsia kalau kita tak naik kapal sepatutnya barang kita pun tak naik sama, even kita dah check in pun.. ni semua syarikat penerbangan pun sama rasanya.. so masa pegi kat kaunter Lost and Found kat arrival diorang pulangkan kat aku tiga items je.. yang luggage bag aku tu hilang.. kat sini aku lagi tambah panic.. dah la dalam bag tu semua baju raya yang aku nak bagi mak anak buah aku semua.. beratus ratus jugak vale bag tu dengan barang barang yang ada kat dalam dia..

Tengok bag dan barang barang aku, penuh dengan sticker security checked, sebab ulang alik keluar masuk daripada area drop baggage ke kaunter Lost and Found kat balai ketibaan..

Orang kat kaunter tu cakap "mungkin bag you dah fly sekali dengan kapal yang pagi ke Sandakan".. aku cakap "lerr so cam mana ni, kalau bag tu pegi Sandakan tak pe la jugak, kalau pegi mana mana atau orang ambik tu yang payah tu".. dia cakap "tak pe you isi borang aduan ni, bagi tahu ciri ciri bag tu, warna, berat semua bla bla bla..".. ok aku pun tunggu flight yang pegi ke Sandakan tu sampai kat sana, ikut jaduan dia sampai dalam pukul 10.45am.. lepas tu aku pegi kat kaunter Lost and Found semua.. dia bagi tahu aku macam ni "you punya bag tak de sampai kat Sandakan, so maybe dia masih ada kat airport LCCT ni" lerr aku makin pening dibuatnyer.. "habistu kat mana bag aku tu hold sekrang".. dia jawab "ikut prosidur, bag atau barang yang masuk ke bagasi terlepas penerbangan, ia akan di hantar semula ke destinasi yang sepatutnya dia pegi ikut next flight, so kalau you dapat tiket yang standby tuk next flight 1.30pm, bag tu akan fly sekali nanti, apa apa kes bag tu akan dipulangkan kat sini jugak.. but kalau hilang AirAsia akan bayar.. dalam RM40 sekilo".. so aku tawakkal je yang aku dapat tiket next flight dan barang aku tu akan selamat dan tak hilang.

Kat kaunter 66, aku standby tuk dapatkan tiket next flight 1.30pm.. kat situ rupanya ada ramai gila orang yang tertinggal kapal, ingat kan aku sorang je.. biasala dengan budak Sabah dan Sarawak cepat mesra .. borak borak dengan diorang make friends gelak gelak kongsi cerita haha.. memang kelakar la.. macam macam.. ada makcik tu daripada semalam lagi duk kat airport tak dapat tiket nak fly ke Miri.. ada tiga orang nak fly ke Kuching pun tertinggal kapal masa kat boarding, terpaksa beli tiket baru sebab nak balik cepat.. ada yang baru join kitaorang 'team tertinggal kapal'.. ada orang Philippine satu family missed flight sebab masalah lain panjang masa nak drop baggage.. fuh macam macam kes..

Ni la antara gang gang tertinggal kapal terbang sama macam aku, orang Sabah dan Sarawak.. kelakar berkongsi cerita, cas henpon guna laptop diorang.. tu makcik yang tudung biru tu kasihan tapi pandai buat lawak.. btw, aku tak kenal pun nama nama diroang ni semua.. selamba je kitaorang borak macam dah kenal lama, siap bekutuk kutuk lagi haha.. 

Tapi yang pasti pukul 12.30pm aku dah berjaya dapatkan tiket baru, masuk kan tiga kotak aku kat bagasi semula.. aku bayar dalam RM750 macam tu.. terpaksa la, nak buat macam mana.. tu pun kira okay la, dapat terbang awal.. kasihan makcik yang dah duduk semalaman kat airport tu.. ntah apa la nasib dia, dah la dia sorang sorang, kawan dengan sorang budak baru yang teringgal kapal nak pegi Tawau.. makcik tu cakap kalau tak de sangat tiket, dia tak jadi la balik beraya kat kampung.. sedih pulak aku dengar dia cakap..

Untuk pengetahuan korang disebab kan musim perayaan memang ramai orang yang missed flight.. menurut cerita 'team teringgal kapal' aku kat airport yang aku tak tahu nama nama diorang tu, ada satu flight penerbangan yang nak pegi ke KK 16 orang tertinggal sekaligus.. gila!! diorang cakap airasia tukar gate masa kat boarding, lepastu announcement diorang tak dengar sangat sebab semua spiker kat dalam buat final call sana final call sini.. mengelirukan katanya.. emmm no wonder, sebab airport pun sesak gila..

See ramai kan yang teringgal kapal.. yang ada kat sini semua ni ada problem penerbangan, yang pempuan baju merah duduk tu menangis kuat call mak dia.. missed flight pegi Kota Kinabalu.. baru join group kitaorang standby hahaha..

Semua orang yang teringgal kapal tu kena daftar nama kalau nak standby, ikut nama siapa paling atas keutamaan akan diberikan kalau ada seat yang kosong.. kalau aku yang nak ke Sandakan ni kompom kompom la nama aku sorang je yang ada.. so memang senang la aku dapat tiket baru.. 

So 12.30pm dapat je aku tiket baru terus aku berlari ke boarding, aku lambai lambai je kat member 'team teringgal kapal' aku yang masih tak dapat tiket baru hahaha.. kat boarding area aku betul betul peratikan gate, takut gila tertinggal kapal lagi haha..

So sampai kat Sandakan aku tunggu barang barang aku.. syukur semua barang termasuk luggage bag aku tu selamat di jumpai.. fuh! sampai aku lupa nak bagi tahu airport yang aku dah jumpa bag aku.. orang kat kauner Lost and Found kat LCCT pun sampai call tanya bag tu jumpa ke tak hahaha..

Yang penting aku dapat seat kosong paling belakang hohoho..

Apa apa pun ini adalah antara pengalaman aku yang tidak dapat di lupakan, missed flight buat aku nak pingsan tak balik beraya hahaha.. Eh! panjang gila entry ni.. sori sebab aku taib ikut gaya aku bercerita mulut.. korang kalau tak baca tak pe.. aku faham, cuma berkonsi pengalaman jerr.. dan jugak catatan diariku..phiuuuw!!