Khamis, 21 Jun 2012

Restoran Nasi Lemak Ayam Golek Batu Gajah

Rasa macam sebulan dah aku tak online blog kan.. kott.. aku bukannya busy mana pun sebenarnya, cuma aku tak de mode, buka lappy aku movies marathon.. lately rasa macam nak mencarut je depan seseorang.. emm.. malas lah nak cakap.. kang kecoh.. walaupun blog ayam ayam, ada je orang yang tidak disangka rupanya baca jugak blog ini.. respon "oooo korang mengata sipolan ya".. "dah pegi sana pegi situ kan".. "wah kemain lagi".. so, kena berhati hati.. budak opis tu bukannya boleh dipercya sangat hahaha.. 

Entry paling senang dan termalas ialah tepek gambar dan story sikit, tak payah nak fikir banyak banyak.. foods and travels lah mungkin paling sesuai dengan konsep blog aku ni kan.. agaknya la kott.. walaupun tak foods and travels sangat kan.. di sekitar kawan je pun..

Ok la, memperkenalkan selamat datang ke Restoran Nasi Lemak Ayam Golek Tomyam Batu Gajah Perak keh keh keh.. sori gambar agak gelap macam nak buat filem seram.. "a picture worth a thousand of words".. tu picture.. kalau pictures? lagi la ber thousand thousand island kan.. ok layan..

Restoran ni terletak dekat dengan simpang empat ada trafik light menuju ke Pekan Batu Gajah..  betul betul kat depan Kampung Pisang kalau tak silap aku.. nampak daripada tepi jalan restoran ni sangat menarik, kampong style..

Ini adalah antara ruang makan yang disediakan.. ada meja besar tuk family atau makan ramai ramai.. ada meja kecik kecik tuk detim dan ada pondok pondok.. kitaorang try makan atas pondok usang, rasa unik tiga jantan main pondok pondok hahaha...

Oh kretip jugak member aku tangkap gambar.. ohsem, tapi ohsem lagi model yang ada dalam gambar tu hahaha (boleh tak kalau tak masuk bakul dalam setiap entry).. btw, macam ni la pondok dia, mcam rumah panjang pulak aku tengok dalam gambar..

Wah macam ada hantu.. aku tengah pilih menu apa nak makan.. brother tu baru je siap bersihkan meja dalam pondok.. dia cakap batu gajah ada banyak tempat makan yang sedap sedap..

Kitaorang semua order nasi lemak ayam golek.. serius memang sedap ayam dia.. baru digolek, panas panas lagi.. sambal dia pedas, aku tak larat nak makan banyak.. ayam manis manis madu giteww.. wau!! jom pi batu gajah sekarang hahaha.. ada banyak menu pilihan lain, macam biasa la goreng goreng, tomyam, seafoods dan banyak lagi..

Makan atas meja yang rendah, duduk besila.. perut terjojor macam aku ni, kalau dah full house harap maklum je la ya..berlipat lah muffin top aku hahaha..

Antara suasana di dalam restoran.. klasik nasional kan, lighting, perhiasan dan arrangement di dalam restoran sangat unik.. beza dengan kebanyakan restoran restoran kat KL.. bagi aku kalau nak memilih tempat makan, suasana adalah antara perkara yang aku pertimbangkan..

Antara keunikan restoran ini jugak ialah kat bumbung dia terdapat banyak payung kertas (paper umbrellas) bergantung.. see.. lawa kan..

Pintu masuk dan keluar restoran..

So, siapa siapa yang nak mencuba nasi lemak ayam golek Batu Gajah sila la bertandang ke negeri yang banyak bukit bukit batu macam dalam katun dragon ball.. apa lagi Perak la.. hehehe..

Nah Alamat..
Lot 2303 CT, Jalan Tg Tualang,
Simpang Kg Pisang,
31000 Batu Gajah Perak.
nasilemakayamgolek@hotmail.com
019-4283534




Tag: tempat makan yang best di batu gajah perak, nasi lemak kampung, restoran ala ala kampung, setoran pondok, melantak di negeri perak..

29 ulasan:

  1. cantiknya dia wat tempat makan macam tu. kreatif. kalo gi makan mesti xmau balik. hehehe.. :)

    BalasPadam
  2. bgus duduk la dalam pondok main kawin kawin hahahaha :P

    BalasPadam
  3. hikhik..main kawin2 ats pondok ngn cik na..(^_^)

    BalasPadam
  4. ce belanje aku pulak abu. ni asik tunjuk je gambar. rase nak sekeh ko pon ada

    BalasPadam
  5. Nak tanye . Mee udang kat perak kat mane yang sedap ^__^

    BalasPadam
  6. Fatin..Kuala sepetang la ce google "warung mak teh mee banjir udang" atau "mee udang warung mak jah" :)

    BalasPadam
  7. cis.benar benar menarik ni abu
    perlu teraiii

    BalasPadam
  8. perghhhhh.. ang dah boleh kalahkan JJCM tau!!

    BalasPadam
  9. gua pernah makan kat sini. pehh. styleee!

    BalasPadam
  10. klasik betul la..ni mesti masa pegi melantak durian tu kan

    BalasPadam
  11. pergh...gmpak giler restoran die..balik ipoh nnt nak g batu gajah r lepak sni....huhuhu

    BalasPadam
  12. perghhh, mmg nampak ciri2 tradisional nya.... pasti menyelerakan

    BalasPadam
  13. mmg style la restoren gini...
    mmg rmai org dtg la..
    ayam golek tu perghhhhh lapaq2

    BalasPadam
  14. boleh la ajak dating kat sana. HAHA. boleh main pondok2 eratkan kasih sayang sambil kenyang perut suka hati.

    BalasPadam
  15. wah.. nampak ekslusif tempat nih..

    BalasPadam
  16. ahahaha.....azie dah try makan cini dah....bley la tahan....tepi jalan kann....

    BalasPadam
  17. akak rs engkau lagi sesuai jd pengacara jalan-jalan cari makan hihi

    ms kat ganu haritu akak ada singgah gak restoran yg suasana camni tp sayang dah penuh jd kitaorang blah je mkn kt restoran x best hihi


    somi akak kalau nmpk nasi lemak ayam golek ni mesti seronok sgt

    BalasPadam
  18. samelah aku

    blog picisan je

    pantang aku taip ape mesti ex-bos aku tau

    cam %^&*$

    saje die nak cari bahan ngata aku. pftt

    nnt aku nak paksa encik aku pi makan kat sini ;p

    mcm best jek

    BalasPadam
  19. eh eh kat kampung pisang?

    tempat zomba ngan kak limah tu weh..haha

    BalasPadam
  20. waaa, masuk bakul angkat sendiri. wkwkwkwkwk

    but seriously, you've made me feel tantalize!! dan entry kali ni juga tampak seperti rancangan TV Jalan-jalan Cari Makan hiks. Abu tidak salah memilih lokasi restoran. :D

    BalasPadam
  21. susana best ni!!

    patut la aku pon rasa macam lama tak mlawat blog abu ni. missing in action rupanya.

    BalasPadam
  22. perghh.. sensasi.... ni berapa bayar iklan promosi kat blog femes ni? haha. kemain panjang nama restoran. nasib baik gambar nasik sangat mengghairahkan :)

    BalasPadam
  23. ok, payung kertas tu buat aku mcm teringin ringin la nak menyinggah. tp kalo kau yg belanja macam lagik sedap agaknye ye?

    BalasPadam
  24. oohhhh sambil makan nasi lemak sambil dok santai tempat kedai tu mmg unik dan cantikkkkk.....

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy paintless dent removal

    BalasPadam