Siapa yang tak suka kalau dibagi duit free.. duit halal boleh pakai beli baju, beli buku, beli kasut, beli laptop, henpon dan beli macam macam benda termasuk boleh pakai sara hidup dan kos pembelajaran selama tiga empat tahun.. siapa yang tak nak? aku pun nak dowh..
Mungkin itu la yang diperjuangkan oleh team Adam Adli semalam kat KL.. berarak daripada masjid jamik menuju ke sogo ke hape.. aku pun tak tahu sangat, sebab aku just baca apa blog dan facebook yang user kongsikan.. aku faham, mungkin mereka bermaksud hapuskan PTPTN tu dan tukar kepada bentuk yang lain seperti biasiswa, pendek kata bukan sebagai pinjaman, bagi free free je duit tu kat student termasuk yuran pengajian free kat IPT.. wah bagus la kalau macam tu, aku sokong..
Ok fine, aku hanya akan sokong jika aku ni bersikap selfish.. tapi sebelum korang judge aku sila letak ke tepih dahulu fahaman politik korang.. sebab aku tak suka berpolitik, kalau undi aku undi, mana yang aku tengok bagus itu yang aku pilih di kawasan aku, aku sangat tidak bersetuju dengan sikap sesetengah kedua dua belah pihak ahli politik yang suka memfitnah, mencaci tah pape.. pengikut pulak taksub sangat, macam tak de kerja lain sehingga sanggup berpecah belah sesama bangsa sendiri disebabkan politik..jelek!! sumber info pun banyak tipu tipu.. sampai kita sendiri pun tak tahu mana lagi nak dapatkan sumber yang boleh dipercayaai.. aku/ kitaorang sebagai anak muda yang katanya sebagai pewaris bangsa pun sangat kecewa dengan apa yang belaku.. ehhh!! macam da lari tajuk pulak dah entry ni..
Menggikut pandangan kuno aku, secara logik la kan.. apa yang akan berlaku kalau PTPTN tu free. semua orang tak perlu bayar balik, cuba bayangkan berapa ramai students kat Malaysia ni.. setiap tahun calon students SPM berapa, plus STPM plus lagi matrikulasi, sekali masuk IPT dan kena tanggung selama tiga empat tahun, cuba bayangkan.. mampu ke kerajaan nak tanggung semua tu, katakan 15-30 ribu sorang, memang la duit kerajaan banyak infect aku pun berpendapat begitu tapi kalau dah tiap tahun bertambah ramai students, cam mana nak tanggung semua..
Ok rasanya boleh kot.. tapi mungkin kadar tax akan dinaikkan la, segala jenis tax termasuk makan kat KFC dan McD bagai akan dinaikkan.. korang rasa adil tak macam tu?.. tentu pastu lagi ramai yang bising.. lain lagi mungkin syarat syarat untuk mendapatkan 'duit free' tu akan diketatkan.. dan makin ramai la lagi orang yang kempunan nak masuk IPT..
Rasanya aku sendiri dan ramai lagi termasuk students yang masih merenggek nak dapatkan degree kat universiti tu hanya akan bersetuju dengan Adam Adli tu kalau diorang boleh yakinkan kitaorang yang pendapatan negara tidak akan terjejas kalau PTPTN tu dihapuskan.. buat proposal, mana nak dapat duit dengan tidak membebankan orang lain.. dan tunjuk kat semua orang.. barulah ramai yang yakin dan menyokong tindakan diorang ni..
Sebenarnya aku adalah antara graduan yang berjaya mendapatkan diploma dan degree.. kalau aku tak dapat PTPTN rasanya aku duduk kat ladang mengait buat sawit.. tak pun aku sekarang duduk kat kampung bertani tanam jagung.. sib baik ada ptptn dapat la jugak aku habiskan study walaupun dengan pointer yang tak seberapa.. but now aku berjaya mendapat kerja yang dikira ok laaa.. mampu beli keta sendiri, beli rumah sendiri, ada motor errr.. tapi kahwin je lagi belom hahaha.. so, perlu lah aku mengucapkan terima kasih kepada ptptn..
Memang pun ptptn ni menolong, tapi korang akan rasa sendiri betapa diorang ni cekik darah kalau korang dah mula bayar dan tengok statement akaun korang.. korang akan rasa macam tak boleh bla bila korang tengok interest yang diorang kenakan.. mana diorang dapatkan dana tuk masukkan dalam ptptn dan bagi kat students, bukankah itu duit daripada rakyat, betulkan aku kalau aku silap.. nape nak cekik rakyat..
Rasanya ini lah yang sepatutnya Adam Adli tu boleh perjuangkan.. mintak ptptn kurangkan interest pinjaman, bukan hapuskan ptptn.. ade ke patut tiap bulan interest rm32, sebagai cas perkhidmatan katanya.. tu satu pinjaman, cuba banyangkan aku ni yang ada dua pinjaman, diploma dan degree dah rm64 sebulan.. cuba bayangkan kalau 100 orang, dah rm6400.. cuba bayangkan ada 20000 orang dah rm1280000.. berapa ramai staff PTPTN? cuba bahagi rm2000.. dah 640 orang staff degree diorang boleh gajikan... tu baru 20000 orang.. agak agak berapa ramai peminjam ptptn ni kat Malaysia daripada tahun yang dulu dulu sampai sekarang.. huhuhu..
Tu aku agak agak je la secara logik.. tapi kita yang manganggap ptptn tu duit rakyat dan mereka cuma menguruskannya merasa itu sangat sangatlah tidak patut.. gaji kitaorang berapa je beb, contoh kalau bersih rm1800, cuba tolak kos sara hidup korang sekarang, makan, rumah, keta, tuk makayah, saving, insurance dan lain lain.. tak cukup beb, serius.. yang masih belajar korang tahu la nanti kalau dah kerja..
Setelah aku survey survey tanya kawan kat opis, kawan lama masa kat universiti, tanya sepupu sepupu aku, berapa diorang bayar ptptn tiap bulan.. diorang jawab bayar ikut yang mampu.. kadang 100 kadang 50.. tak pernah lagi aku dengar yang bayar 200.. see, rupanya bukan aku sorang je yang macam tu.. ada ramai lagi kat luar sana, yang merasa terbeban dangan ptptn.. tanya lagi korang isi Ujrah tak?.. diorang jawab Tak.. sebab Ujrah akan ikat dengan kadar tertentu yang korang kena bayar tetiap bulan.. memang beban, sebab tu aku bayar pun takat tak nak nama kena blacklist je.. fikir fikir kalau orang macam aku ni takat bayar 100 je sebulan setalah ditolak interest yang dikatakan cas perkhidmatan tu rm64 maksudnya aku cuma bayar rm36 sebulan je la kan huhuhu..
Mesti ada yang cakap "dulu pinjam kemain lagi tak hingat, sekarang nak bayar kemain lagi liat".. kitaorang bayar ok, bukan tak bayar langsung, cuma sakit hati apabila diorang kenakan interest yang macam tu.. sakit ko tau.. dah macam bank dah nak kaut keuntungan sangat, tak pun macam along berlesen.. nampak figure sakit hati sangat sampai ada yang dah tak nak bayar, biarla kena blacklist tak boleh pegi oversea, peduli hape katanya haha..
So, secara kesimpulannya aku tak bersetuju kalau ptptn ni dimansuhkan, tahu adik adik anak cucu cicit yang lain pun nak pakai jugak duit tu.. tapi tolongla kurangkan interest tu.. sampai ke tua bangka pun tak boleh nak habis bayar..
ps: jika blog ini ( http://paparanku.blogspot.com/2012/04/kita-mampu-hapuskan-ptptn.html ) menyebut fakta dan angka yang betul tentang sebenarnya kerajaan mampu nak hapuskan ptptn.. aku lagi suka hahahaha..
mcm xlogik nak mansuh kan.
BalasPadammampu keeee?kahkah.
tp kurang kan interest,ye.100 % sokong.atau..buat kos2 itu dgn jumlah
lebih murah.xlah nak belajau pun rasa
beban..aku ni br dip..tp dah 72k.
nokharomm
bagi free ? hahahahaha
BalasPadamduit ptptn pon ramai buat joli , ni kan nak bagi free ? untunglahhh kan sape yang dapat free tu nanti .
kurangkan interest la , kan ? hurmmm
nanti nak masuk degree ingt nk buat ptptn tp haiiihhh -.-
kurangkannnn interesttt!! dorang nih tahu nak hidup sennag jeee!!
BalasPadambg aku, xlogik la mansuhkan ptptn. kau ingat kerajaan ni kaya sgt ke nak bg kat pelajar beribu satu sem? nak masuk toilet pun kena bayar. biasalah tu.
BalasPadamaku bukan nak kata apa, tapi sebelum masa pembangkang menang kt selangor kononnya nak bagi rm 1000 utk sesiapa yg layak ke universiti. tapi bile dh menang? ada dorang tunaikan janji? takkan boleh. sebab kat malaysia ni ramai yg masuk u.
maybe boleh usulkan pasal kurangkan lagi interest ptptn. mungkinkah?
hehe sorry. aku bukan bias dengan mana2 pihak. just mengeluarkan pandangan dr apa yg aku tau.
serius lah ah. aku nda suka ba yang politik2 ni. tapi sekarang macam bakal melibatkan aku pulak kan. sebabnya aku ni bakal2 mau sambung diploma. mestilah mau guna belanja yang banyak. duit makan lah , buku lah.
BalasPadammau harapkan biasiswa memang nda lah kan. tapi seriously , kalau tu PTPTN di mansuhkan apa aku mau makan nanti time belajar.
kurangkan interest , yes! aku sokong. kurangkanlah interest tu.
kurangkan interest tu memang bagus, tapi itu bukan alasan untuk tak bayar hutang. Ada bagi alasan interest tinggi sebagai alasan tak nak bayar hutang ptptn langsung. masa terima n joli duit ptptn tu memang dah tau interest dia mmg mcm tu... tapi rileks je bedal duit tu. bila suh bayar balik baru la ungkit itu ini :-)
BalasPadamyang dulu macamana?yang sekarang macamana? not fair la lagu ni... tapi hutang tetap hutang
BalasPadamhaa bagos. nasib takde entri bergambar
BalasPadamaku setuju kut pt dihapuskan hewhew :P
BalasPadamjadikan sebagai biasiswa.. semua anak2 gembira hak2. kejam x aku? err
betul.
BalasPadamsetuju sangat weh.
even wa yang belom lagi ckop 8belas neh pung rasa mcm gile tak logik kalau nak mansuhkan ptptn.
then plus student2 yg berarak tak tentu psl nak moogk psl ptptn.
amboii pinjam sedap. bayau tanak.
kalau cm gittew mana pulak nak cekup semula bg pinjaman kat lepasan spm stpm and so on.
ce gtau wa sket mana satu negara kat duunia neh yang bagi penddikan free 100% ?
fikir jugak lah dkt student2 lain.
protes bagai tanak bayau hutang lettew.
k finee.
panjang plak.
setuju "letak ke tepih dahulu fahaman politik korang.. sebab aku tak suka berpolitik, kalau undi aku undi, mana yang aku tengok bagus itu yang aku pilih di kawasan aku.." sebab aku begitu jua...kikiki
BalasPadamPTPTN dimansuhkan??? tidak la....mana nak dapat duit nak rolling balik bagi adik2 / anak2 bakal melanjutkan pelajaran lepas ni kalau PINJAMAN FREE??? logiknya penerangan diatas dah mendukung komen ini... :D
kalo krgkan interest tu logik la jgk kan..tp kalo hapuskan tu..adoh..agak2la jgk..apapun, hope smuanya berfikir secara bijak, bkn ikut emosi..
BalasPadamAku totally agree kalau ptptn dimansuhkan dan pembelajaran percuma...kalau nk explanation, terlalu panjang la plak...hahaha...kena buat post baru untuk bagitau secara details...
BalasPadamptptn free? mimpi laaa..tu la blaja leklok...dh kj byr balik! x kj pon...byr selow2...xpe..janji byr
BalasPadamBagi aku ptptn tu harus wujud utk bantu yg x mampu...n jumlah lg harus dikurangkan!
ptptn bukan brdasarkan politik tp mmg utk rakyat..dan sy x faham knp wujud puak2 yg brfkiran mcm ni..obses dgn parti...kalo xnak xyah amek.kan?hehe
BalasPadambg puak2 yg nak mansuh tu, sebelum berhujah,sila teliti akibat n langkah2 pembaharuan tu dulu..
aku suka statement ko bro.
BalasPadampls la kan, ptptn tu mmg kena telus la ckit. kalo MARA boleh ada sistem yang bagus, knapa ptptn takle? apa susah sgt ke nk implement satu sistem pinjaman yang ok. ni ujrah la ape bagai. complex dowh penerangan tu. blaja programming pun lagi senang nak paham. aku takbuat pun ujrah tu. serabut je. HAHAHA.
sokong hapuskan interest.. mende tu yg menyusahkan. aku rasa mcm x logik je kalo nk tanggung semua org blaja. rmi org yg pandai2 skrg ni.
BalasPadamerm..interest tu tak ptot ade pon kot.. btw ak kecewa dgn politik yg ada skrg..i hate politik..srius..huhu..
BalasPadamagak2 la nak mansuhkan ptptn ni..semua nak free..hidup nak senang je...cuba la fikir logik sikit..adehh...desperate sgt ke nak menang politik sampai terfikir nak mansuhkan ptptn ni...adehh...
BalasPadamtak tahu la apa yg "MEREKA" ni fikir...nak tadbir kerajaan tapi...tadbir negeri pun masing kelam-kabut...huru-hara...janji je tahu..tapi tak boleh nak tunaikan..ingat org nak percaya da ke? huhuhuhu~
ptptn tu mmbntu jga. sbb tu ade sspn. klau thu nk bljr smpn duit dlu sikit.
BalasPadamlg tak msuk akal utk dimnsuhkan bila dh guna duit ptptn utk enjoy baru nak kata ptptn tak relevan.
ulasan ko terbaik bro...
BalasPadamhuuu blh nak mansuhkan pastu harga minyak baik, xda subsidi lgsg utk brg runcit..pastu siapa y mengeluh...kita juga kan..hee
BalasPadamapa pn kena bfikir dgn rasional..:)
tuelah. emy pon tak setuju kalau nak mansuhkan. mana anak cucu kite nak tanggung yuran pengajian yang puluh2 ribu tue...dan sngt setuju kalau ptptn kurangkan interest die.kan? ehh mcm samelah pendapat kite! haha
BalasPadamkalau nk pembelajaran free bermakna mak pak kita yg bekerja akan dikenakan kadar cukai yg tinggi
BalasPadambab kurangkan interest tu akak setuju kot dgn pendapat ko..
time akak amik degree dulu alhamdulillah ada biasiswa JPA
akak rs kan PTPTn boleh buat pengecualian pembayaran juga utk pelajar yg pointernya meletop..ada x dlm perjanjian mcm tu?
bila sudah berhutang, wajib kite membayarnye.
BalasPadamsaye pun salah seorang peminjam ptptn & saye sedang berusaha untuk membayarnya sedikit demi sedikit. itu tanggungjawab saye
dill.
tak hapus pun x pe..tp jgn amik bunga2 tu...kalo pinjam 21k, bayar banyak tu jugak la...huhu...
BalasPadammacam mara....dulu pinjam 16k...tp sebab pointer ok, 10% jer kena bayar...so, dlm 16** jer kena bayar..alhamdulillah...sangat berpuas hati...
'FREE EDUCATION' xsesuai dengan mentaliti masyarakat SEKARANG,lebih2 lagi anak2 malayu...
BalasPadamKalau dlu govt nk support mmg mampu tp dgn keadaan ekonomi skrg mmg tak mmpu.. Tp kalau ikutkan bnyk konspirasi yg kite tatau dlm arena politik ni..
BalasPadamKerajaan mbenarkan kroni2 melabur sejumlah wang mcecah trilion utk sesuatu.. Utk projek dan mcm2 lg.. Tp duit tu boleh dihapuskan.. Misal kata average minimun 1 bilion setiap kroni.. Darab dgn 50 org kroni.. Ish.. Mcm tak logik lak 1 bilion.. Kompem kalau projek mega main ratusan bilion..
Lg stu duit mnyk kt ngara kita.. Royalti petronas tatau mana lesap sedangkan jumlah royalti petronas boleh tanggung sume kos pembelajaran students kat mlysia.. Duit tu hilang mcmtu je.. Misteri kan..
Peliknya mlysia negara pengeluar minyak mjual harga mnyk dgn kadar tdk berpatutan di negara sendiri.. Berbanding dgn negara2 mnyk lain spti brunei - 52sen seliter.. So konklusinya, mlysia patut jual mnyk dgn range harga mcm kat brunei.. Even kalau convert duit brunei to duit mlysia pun harga mnyk mlysia lg mahal..
Mbandingkan harga mnyk mlysia dgn harga mnyk di thai, singapore, vietnam, myanmar adlh perbandingan yg tidak kongruen yakni tidak sejajar disebbkan negara2 di atas bkn negara pengeluar mnyk.. Rasionak mrk jual mnyk dgn kadar yg tnggi..
Mmc PTPTN gakla.. Yes, mansuhkan blh rudumkan ekonomi negara.. But how about cronies debt sume tu? Knp senang2 mansuhkan utk satu individu bersamaan dgn pinjamaan beribu2 pelajar..
Bukan sepenuhnya percuma student nk.. Memadai dgn bayaran kelas, projek sume tu.. Kalau bg pree sume kat students ni mmg jahanam gak.. Sbb duit ptptn tu pon budak buat joli.. Siap ade beli kete lg..
Jd kne bijak utk tntukan wahana duit tu ke mana.. Salurkan pada tmpt yg betul.. Lantik badan2 berkenaan utk uruskan n kreditkan jumlah wang terus ke pentadbiran U.. Jd telus kat situ..
Student belajar je.. Duit mkn, sume tu sendiri2la.. Bkn sume harapkan kerajaan..
Segelintir pmimpin ade khidupan yg mewah2 sdgkan student cuma makan megi, roti ngan air watercooler je sbb nk jimat cermat..
Kite terasuh ngan laws ngara kite ekceli.. Laws malaysia sgt cntik.. Tersusun.. Tp bnyk yg tak dipraktikan..
Kte kne tau apa erti kedaulatan undang n keluhuran perlembagaan dlm erti kata sebenar.. Bukan jz tertulis kat kertas sbgai ideologi bangsa..
Mgkn PTPTN harus dimansuhkan.. Tp bukan secara terus menerus.. Kewangan ngara kita goyah.. Diramalkan tahun 2019 mlysia akan muflis menangung 100% hutang dgn negara luar.. Average sorg rakyat mlysia bhutang dlm 30k seorang.. Utk ptptn aje dah mcecah trilion.. Tambah lagi matawang euro yg menurun.. Sgt affected sbb pusat sume kat situ.. We are in a stage of peril..
Novelist Liyana jugak la yg datang buat karangan dalam rungan komen, penuh dgn info yg gua sendiri pun tak terfikir hahahaha..
BalasPadamneed to read more arghhh...
Isu hangat minggu ni kan? tapi tu la interest tu tinggi sangat...kesian kat peminjam...huhhuhuhuhu
BalasPadamabu , i agree with you. mrepek je nak hapuskan ptptn la apa kejadah la. meruntuhkan ekonomi Malaysia.makin "bijak" pemikiran mahasiswa sekarang.
BalasPadamduit PTPTN ni ramai je org buat joli. pfttt
BalasPadamlepas tu sibuk suruh2 mansuhkan blabla, tak sedar diri kalau dah gna tak reti nak byr.pfttt
mmg la best kalo free, tp kene juga pikir baik buruk benda tu
huhu
mebi PTPTN kene ade cuma kene kurangkan kos pentadniran tu kan :)
BalasPadamHutang tetap kena bayar..hehhehe.
BalasPadamTapi aku memang tak nampak macam kau kata tadi logiknya nak hapuskan PTPN..
betul gak!!
ape yg gua pasti kerajaan tersangat corrupt..tak caye cube carik info pasal perjalanan kewangan negara..gua sendiri pernah dengar dari salah seorang bekas menteri dalaman kerajaan yg membentangkang ttg how corrupt malaysia is..semua byk masuk poket..dan bagaimana mereka tiada perikemanusiaan menekan rakyat dgn memanipulasi harga brg..dan cuba compare dengan negara2 luar..
BalasPadamaku setuju dgn Liyana!
p/s: bukak laaa mata weyhhh..
ye, aku pun antara yg blaja guna ptptn tu. tapi bukan semua hidup aku sewaktu di u guna duit ptptn ok? makan pakai sume tanggung sdri, tu yg kadang cume makan megi atau nasik kosong dgn sambal bilis kering berhari hari. sebab duit ptptn tu mmg kire sepenuhnya buat beli buku.
BalasPadambuku stadi bkn mcm novel kt kedai range harga 19.90 ke atas ye! buku stadi nipis kulit bawang pun boleh cecah ratusan ringgit, lagi2 dulu aku ambik course yg bukunya banyak dari obesi. tu blm bebudak yg ambik medic atau art kn, aku tgk buku tu pun memahal tak boleh tahan gak regenye! projek lagi, final projek punya kajian lagi, macam-macam kegunaan duit ptptn tu..
ye, mmg ada yg bermewah mewah dgn duit itu, tapi tak semua. dari pemerhatian aku, time blajar dulu, mereka mereka yg memewahkan duit ptptn ni ialah mereka2 yg family (makayah/kakak/abang) boleh support klu time kering, so dorang slambe oren je beli enfon mahal tshirt fcuk dress mango beg guess ok, dgn ptptn tu!
jadi, serasa aku, ape kate kita bayar ptptn tu sebanyak mana yg kita pinjam. klu pinjaman 19000, bayar balik 19000, maknanya tak yah la ada bayaran kos perkhidmatan tu.. ni tak, sekarang ni kite kena bayar lebih dari apa yang kita pinjam kan? dah rasa macam pinjam dgn along plak, ada interest bagai..
mls nak amek tau isu ni sngt. aku x suka najib...dan x sokong ngan budak adam adli tuh. aku tengok dia ckp pun, aku da jadi menyampah. ustaz azhar pun ada kabo, pinjaman ptptn wajib bayar. itu wang rakyat...cuma x kena tang interest tu la. aku rasa, isu interest tu yg perlu lebih diperjuangkan. bukan cara islam mcm tu. nampak zalim sangat...apa salah buat macam pinjaman MARA. kalau dpt result ok, kena bayar berapa percent je. boleh gak motivate student. dan aku sokong isi ko dalam ni :)
BalasPadamDulu semua biasiswa... sekarang semua pinjaman ajerr... nak bayar tu mmg kena bayar.... kesian kat orang lain nak guna.. nak mansuh tu harap jangan pasal tak ramai orang mampu nak biaya duit pengajian
BalasPadam~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
sport rim rs watanabe
Suka entri ko. Aku setuju dgn komen NIZAM dan novelis Liyana Zahim.
BalasPadamPTPTN, pada siapa yang tak belajar kat IPT tu, tak payah nak cakap banyak2, sebab korang tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Duit PTPTN nak wat joli? Mewah2? Sikit2 boleh la kot. Tapi sebenarnya duit PTPTN mana cukup. Nak makan hari2 pun kena fikir bajet. Aku cakap pasal orang yang memang 100% harap pada PTPTN, tak de sumber FaMa, adik beradik, gf-bf, sugar gedik2 yang lain. Kalau tak jimat2, tak kan boleh simpan sikit. Serius.
Pasal Adam Adhli tu apa yang aku faham, diorang minta kurangkan caj perkhidmatan.. kemudian, cuba nasib, kalau2 boleh terima cadangan utk mansuhkan..
Kalau tak dapat nak mansuhkan, cukuplah kasi diskaun mcm Mara buat. Ini setakat kelas pertama je. Berapa kerat je nak dapat 4 flat tu..
Aku rasa tension sebab nak pinjam Mara tak boleh. Kata pegawai Mara, "IPTA, Mara tak kasi pinjam." PTPTN je ada. Tapi duit hutang PTPTN lagi tinggi dari student IPTS yang pinjam Mara. Jeles2..
Kebanyakan dari kita bayar PTPTN hanya RM50-100 je sebulan, bila nak habis tu? Paling cepat makan masa 30 tahun. Aku pula pinjam RM30K, bayar dalam masa 50 tahun. Masa umur 75 pun tak habis lagi bayar. WTH la kan.. Hidup penuh hutang. Tak suka2!
Rasanya cukupla luahan aku. Haha~
BTW, cantik dan sejuk mata memandang PM dan isteri berpakaian Islam.
blh buat bisnes sampingan utk student dan sesiapa yg berminat.jana keuntunga :)
BalasPadammeh tgok dlu.
http://www.rm20segera.com/?r=eenaarrina