Isnin, 30 April 2012

Majlis Kahwin Kawan Kluang Johor

Sebelum tu aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat dan rakan sekerja Zuraimi Mohd Radzi atau nama gleam dia Amy atau nama mukabuku dia Abe Sayur.. semoga Abe Sayur berbahagia ke akhir hayat dan diberkati oleh Allah swt hingga ke anak cucu.. entry ni ditujukan khas kepada beliau sebagai tanda sahabat.. lagipun jauh kitaorang datang daripada KL pegi Kluang menghadiri majlis.. buat entry sekali tepek gambar sebagai kenang kenangan kan lagi bagus hehehe..

Sebenarnya aku tak seberapa nak suka buat entry pasal kahwin kahwin ni.. tahu tak sebab apa? nanti ada latu yang komen "Kau bila lagi Abu? bla bla bla... bikin panas siot hahaha.. jodoh tak sampai lagi wahai abang adek kakak makcik pakcik semua.. nanti kalau ada, akan diberitahu kemudian.. benda baik takkan disorokkan.. wah gitu, macam retis buat statement hahaha...

Tanpa membuang masa marilah kita melayan gambar ya kawan kawan.. malas la nak taip panjang panjang, tangan aku sakit..(alasan).. hahaha.. gambar biasa biasa aje, maklum la tukang gambar amatur... selama lamanya amatur..

peeewit pasangan pengantin.. tahniah kawan..

ada persembahan pencak silat lagi depan pasangan raja sehari.. sabah jarang ada macam ni orang main silat silat..

wanita melayu memang suka main laga laga pipi...hehehe.. 

wah seronok sangat Zuraimi.. ye la kan dah tak satu geng, dah masuk geng suami suami taaat la katakan... 

tengok tu gelak macam nak loncat daripada plamin hahaha...

heew heeew.. en padir bila pulak.. 

aku pun merenjis jugak ok.. pestime ni, tak pernah buat.. sebab kat sabah suku kaum bugis kitaorang tak de  pulak main renjis renjis..

kumpulan kompang masyarakat tempatan...tak tahu kumpulan apa, bagus budak budak ni... baikla ikut kumpulan macam ni banding buat aktiviti tak berfaedah..

staff MAFC yang hadir, En Abu, En. Fadir, En Syaril, En. Bob dan orang rumah dan En Armi dan orang rumah dengan anak anak 

Sekarang ni banyak betul jemputan kahwin.. weekend ni kat Cheras, pastu kat Kampung Kuala Jempol Bahau pulak, pastu Tanjong Karang, pastu Kampung Titingan Tawau, pastu Kampung Tanjung Kapur Kudat oh my oh my dan dan aku nak balik ke sabah jauh hahaha.. tak pe la, ini la peluang aku nak bejalan jalan kat semenanjung, nanti balik Sabah tak dapat dah nak round round satu malaysia..

Masa kat Kluang kitaorang duduk kat Ailan Hotel.. hotel murah kat Kluang, Rm 35 ringgit je, selesa pulak tu.. not bad la... sebenarnya kitaorang lambat sampai kat Johor, sebab singgah kat bandar Melaka lagi berjimba jimba hahaha... next time aku cerita ok.. hug and kiss xoxo.. bagi pelempang!!

27 ulasan:

  1. tak payah nk wiwit sgt. ko tu cepat kawen

    BalasPadam
  2. mcm tau2 je org nk tnye, bila turn abu plak haha

    BalasPadam
  3. haha...aq baru nak tanya ko bila pulak...da mention awal2 kat entri ni...haha....

    BalasPadam
  4. abu,bila nak kawen
    bila nak kawen
    bila nak kawen

    sabtu ni jom.majlis kt damansara
    hahaha

    BalasPadam
  5. happy newlywed to the both of them! hehe the bride looking beautiful in pink wedding dress...

    BalasPadam
  6. tuan belog bile pulak ? weheuuu :P

    BalasPadam
  7. semoga kita2 yg bujang ni akan kawen gak. haha...

    BalasPadam
  8. apan.. aminn...

    Xila.. mmg aku faham selalu je orng salah sebut nama aku.. Abu diorng sebut Ali hahahaha

    BalasPadam
  9. ko orag sbh ka??adehh sy pun sabah juga tau,sbah kat kota marudu,

    #skg duduk puchong ka??sy pun puchong juga,ada masa outing di ioi mall^^

    BalasPadam
  10. abu bila nak kahwin nya ne?
    hahaha

    BalasPadam
  11. aku mau tanya jgk...
    ABU BILA TURN KO KAWEN PULAK???haha

    pastikan ko jemput aku ya :P

    comel2 ba pengantinnya ni hehe..adat bugis xdaka? nahh nnti aku kawen xdala ni merenjis2 hua3

    BalasPadam
  12. tunggu entri koe lak yg nek pelamin. hee xp

    BalasPadam
  13. Kau bila lagi bro...
    ayat wajib ..hahahhaha.
    tak sabau nak tengok gambar kahwin kau...
    Tahniah buat kawan kau..suka dia dapat kahwin..syukur..
    Support Me By Daily Voting me for Blogger Of The Year

    BalasPadam
  14. pengantin pompuan tu siyess control ayu...hehe

    BalasPadam
  15. open new tab, type facebook, search 'Abe Sayur'! Ceit profile dia private ah, baru nk stalk gmbr khwn byk sikit. Haha

    BalasPadam
  16. Serius kalau aku pandai memang aku nak je berpencak silat depan pengantin.. Tapi sampai sekarang aku cuma pandai tengok orang berpencak silat je.. heheh


    Semoga brader Zuraimi dan pasangan berbahagia ke anak cucu, cicit..


    Aku doakan kau cepat berumah tangga.. ;D

    BalasPadam
  17. hai bang. saya duk single seat ni.

    haha

    BalasPadam
  18. wah, berseri2 pengantin baru..en.abu pulak bila lagi? =P hik3, btw, cantik lah pelamin diorang..sy pon byk jgk dpt jemputan kawen..thn 2012 nih meriah dgn majlis kawen aje..hehe

    BalasPadam
  19. wah, cantik pengantin..

    murahnya hotel.

    BalasPadam
  20. Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
    Wa jamaah baina kuma fee khair.
    Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
    Wa jamaah baina kuma fii khair..


    Selamat pengantin baru
    Semoga kekal abadi bahgia
    Ke anak cucu sentosa murah rezeki
    Alhamdulillah bertemu jodohnya
    Berkat kesucian akhir terlaksana


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy repair seat kereta berlubang

    BalasPadam
  21. seronoknya tengok gambar2 kawen kt blog cik abu ni. like3!

    BalasPadam