Manusia Bugis
Manusia Bugis dilahirkan begitu
Roh perwira tinggalan moyang
Tidak mungkin digalang ganti
Biar beribu tahun berganti
Manusia ini dijadikan begitu
Agama dijunjung,adat dikendong
Bersatu sebati menjadi darah
Menjadi nadi hingga ke tanah
Manusia Bugis begitu sifatnya
Kental juang rajin usaha
Mawatang makkareso tak kira di mana
Keras hati bersemangat waja
Tinggi peribadi baik pekertinya
Besar ego mulia hatinya
Panjang akal luas langkahnya
Manusia Bugis istimewanya begitu
Dicabar jangan
Dihinapun jangan
Ulu pedang jadi taruhan
Rela mati pertahan maruah
Siri' dijaga pesse dipelihara
Derita saudara ditanggung sama
Pada idi pada elo
Sippatottong sippatuo
Menjadi pegangan setiap perjalanan
Keringat yang mengalir dari tubuhnya
Umpama air sakti tinggalan pendeta
Penerus kehidupan zaman berzaman
Tenaga yang dikerah dari jernih perihnya
Umpama titisan embun suci
Menjadi azimat penerus warisan
Hasil Karya: Asmiaty Amat
Dr. Asmiaty Amat | |
Senior Lecturer Universiti Malaysia Sabah | |
PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA | |
BA.,MA. (UKM), Ph.D (UM) Kepakaran : Persuratan Melayu Jawatan : 1) Pengerusi JK Penerbitan 2) Ketua Editor MANU |
Ok serius lari tajuk.. sebenarnya aku nak berkongsi dengan korang, gambar gambar pasangan pengantin memakai baju tradisional daripada suku kaum bugis.. korang memang dah tahu kan, kat Sabah terdapat banyak jenis suku kaum.. kebanyakan mereka menjadikan pakaian tradisional adalah antara salah satu persalinan yang perlu dipakai semasa hari persandingan, macam kat semenanjung gak la pakaian Melayu, siap degan tengkolok samping bagai..
baju suku kaum bugis pasangan pengantin lelaki dan pengantin perempuan.. sumber
baju pengantin perempuan, baju bodo.. sumber
baju pengantin dan pengapit lelaki dan perempuan daripada suku kaum bugis.. sumber
Tag: baju pengantin bugis, baju bodo, persalinan tradisional suku kaum bugis, baju pengantin bugis
first time tgok.hehe
BalasPadamterbaikk la kak As..:) :) :)
BalasPadam