Ahad, 4 Mac 2012

Ke Majlis Kahwin Di Sungai Petani Kedah

Hi kawan kawan.. apa khabar, sihat tak hari ni? oh sihaaat.. alhamdulillah.. weekend korang cam mana? mesti ada yang pegi menghadiri majlis kahwin kan.. tak tahu la tetiba hujung minggu ni ramai pulak orang kahwin.. rasanya la.. sebab kawan opis ada yang pegi johor ada yang pegi perak, ada yang terus gi utara sebab nak menghadiri majlis member kahwin.. tapi diri sendiri masih trang tang tang lagi kah kah..

Aku pulak join member ke majlis kahwin opismet Haz kat Sungai Petani Kedah.. perjalanan jauh menggunakan keta vios smart En Faathir bermalam rumah sedara En. Fadir dekat pekan Lunas.... pegi tiga orang tong tong jimat sikit ye dak.. padahal kemanala jimatnyerr tu kalau nak jugak pegi sana sini, makan itu ini menggular ke utara haha..

Aku tak larat nak cerita semua tempat yang kitaorang pegi.. mungkin next next entry la, sebab banyak sangat, nak pendekkan pun memang tak dapat la.. kitaorang pegi taman anggur kat Sik la, pegi pineng makan makan la, singgah Ipoh la, singgah Zoo Tipeng la.. banyak la.. fuhhh..

So, untuk kali ni aku just nak share sedikit je gambar kitaorang masa kat rumah pengantin Cik Puan Haz.. lokasi kat Taman Ria Jaya Sungai Petani Kedah... aku pestime sampai kat Sungai Petani dan pestime jugak aku  menghadiri majlis kahwin orang Kedah.. tak banyak beza pun.. cuma hang pa hang pa tu kedengaran di sana sini.. gambar, Cik Ita, En Abu, En Fadir dan En Faathir..

Ni antara girls yang hadir.. jauh nooh datang daripada KL mai sini sungai petani hehe.. alaa yang lain tu semua orang Kedah.. kecuali Cik Puan Selly dan Cik Ita.. semua semua empat orang kat belakang tu kemain lagi loghat utara dia, kat opis cakap keyhell sajoh..

Sebelum balik bergambar dulu dengan pasangan pengantin.. gigih tau, sebab ramai sangat orang ni pun nasib baik sempat curi masa diorang sikit.. kitaorang bermesra mesra alam pun kejap jak..

Apa apa pun selamat Pengantin Baru kepada pasangan pengantin Haz dan Faizal.. semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat dan diberkati oleh Allah swt sehingga ke anak cucu cicit.. aminn..

Arghhhhhhh..!! esok mula kerja.. ingat Mr John ingat report dan kerja kerja opis yang tak siap lagi haha.. mana dan nak gi opis kalau weekend full dengan activities yang lagi ohsem.. see you tomorrow Mr John, jangan mara mara tau hik hik..

34 ulasan:

  1. hee..bestnyaaa dpt jalan2 :)

    cantik pengantin n lain2..

    BalasPadam
  2. wadi.. Kalau da ada jodoh.. Lama dah hahaha..
    Onie.. Alaaa buknya selalu lab :P

    BalasPadam
  3. kenduri kawen sendiri bila lagi??hahaha

    BalasPadam
  4. waaaa syok ! eh? asl xdtg umah bolat ? lalalala~

    BalasPadam
  5. taman ria ? dah dekat dengan umah tokwan aku dah tuu

    BalasPadam
  6. Amboi2 sakan betul smpai ke utara haa.. Nt ko kawin leh aku g sabah plak ea.. Kih3

    P/s : ape yg peliknya aku nak hand mixer?..ok ape..banyak la gunanya berbanding rantai tu hanya boleh dipakai aja..tak gitu? Lgpn aku suka baking so berbaloi-baloi la..and lain dari yg lain kan..kih3 =p

    BalasPadam
  7. jauhnya dengan umah saye. hihi!

    semoga pasangan ini kekal bahagia.. :-)

    BalasPadam
  8. lama dah rasanya x p umah org kawen..pasnie nak kawen laa..wiyuhuhu >,<

    BalasPadam
  9. haihhh , sungai petani ja ? pendang mai , hehe

    BalasPadam
  10. on behalf of Mr. John,

    cepat berumah tangga Abu.

    hahahaha~

    BalasPadam
  11. sekarang musim ronda malaysia...kawan-kawan kahwin..


    esok2 aku kahwin dorang lak ronda datang melaka...ABU BILA???

    BalasPadam
  12. haaa.ni aku x jeles.sb dah penah
    pegi.hahaha.
    weh,cr kan keje.bosan la duk umah.haha

    BalasPadam
  13. jauh berjalan luas memandang.
    oh, pelamin ohseemmm!!

    BalasPadam
  14. bebalik tgk orang kawen.....arrghhhh tak suka!

    BalasPadam
  15. insyaallah semoga sampai ke syurga.

    BalasPadam
  16. Selamat pengantin baru
    Semoga kekal abadi bahgia
    Ke anak cucu sentosa murah rezeki
    Alhamdulillah bertemu jodohnya
    Berkat kesucian akhir terlaksana


    woooo jauhhh ko gi sampai sungai petani.... makan nasi kawen tuuu

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy hilangkan calar dashboard kereta

    BalasPadam
  17. uit..SP...dekat ngn umah dah tu...

    BalasPadam
  18. bila turn mu kawen? aku mau dtg ! haha

    BalasPadam
  19. hehehe makan nasi kenduri tu the best part

    BalasPadam
  20. bese la dah alang2 berjalan jauh mesti la sggh byk tempat kn..

    abu bila plak nk kawin..jgn lupe jmput hihi

    BalasPadam
  21. aishhhhh.. asal buat entry tang kahwin msti korang tanya aku bila nak kahwin.. ni yg malas nak buat entry kahwin ni.. hahahahahaha sensitip betol.. :D

    BalasPadam
  22. wah jauhnye pergi kenduri :) sambil jalan2 kan syok je!! :)

    BalasPadam
  23. Amboi jauhhhhhhhhhhhhhh (semakin panjang perkataan, semakin jauh tempat perlambangan jarak tu) tu. ;D

    Teringin jugak aku tengok kerja kat tempat orang, paling jauh aku pernah pergi kerja kahwin kat Perak..

    Aku suka design pelamin pink putih tu. Macam simple tapi cantik! Kau boleh jadikan contoh untuk majis kau nanti wahai Abu..

    BalasPadam
  24. Baikla wahai yousof, akan diusahakan..

    BalasPadam
  25. Baik la wahai yousof, akan di usahakan :P

    BalasPadam
  26. Sungai Petani, so near to my house!

    haha, amacam gulai batang pisang Kedah? ada makan x? hehehe

    BalasPadam
  27. best2 jln2.. =)

    p/s: cepat cari calon..

    BalasPadam