Ahad, 18 Mac 2012

Jalan Jalan Dan Melantak Di Tawau Sabah

Hari Khamis dan Jumaat baru baru ni aku dan cousins dan nak buah aku pegi jenjalan kat Semporna dan Tawau.. bukannya tak biasa ataupun first time pegi, cuma selalunya pagi atas urusan lain dan bukan untuk berjalan jalan.. kali ni memang bercuti cuti la, cari tempat makan yang besat dan duduk hotel bagai.. kah kah kah kalau difikir takyah duduk hotel pun boleh sebab rumah keluarga pakcik makcik ramai kat Tawau..

Masa otw sempat la berBBM dengan kawan tanya tempat makan yang best kat Tawau..  kawan aku yang bernama Ija tu bagi info tang pisang goreng cheese, sanggar peppek tawau, cendol sus, sup tulang tawau, nasi lalap, bakso dan gado gado yang paling syok di dunia katanya haha..

Banyak sangat, sah sah la aku tak dapat nak pegi semua.. dengar cousin cerita lagi pasal ikan bakar dan makanan laut dia yang ohsem kat sana.. emmm.. kahwin orang tawau gak la baru sempat nak merasa semuanya..

Petang baru sampai kat Bandar Tawau selepas daripada Semporna.. pastu check-in kat Kingston Hotel then dapat la minum minum petang di restoran Mengo Sago Indocafe kat Bandar Fajar.. dekat aje daripada hotel tempat kitaorang menginap.. restoran ni famous dengan pisang goreng cheese atau orang sabah bilang (orang sabah cakap) sanggar cheese dan mango sago dia.. tak jumpa kat mana mana kot, hanya di tawau...

Rasa dia memang awesome, patutla ramai gila orang kat sini.. pisang goreng yang ditabur dengan cheese dan  serbuk manis ntah ape nama dia.. mango sago dia sedap, ice blended perisa mango dan dicampur dengan mango dipotong dadu dan pearl sago.. nak rasa datang la sini bercuti cuti tawau..

Cuma satu je problem dia.. restoran dia kecik sangat la, sempit pulak tu.. rasanya dia kena besarkan lagi.. barula orang boleh lepak lama lama sikit.. tapi tang rasa dan kesedapan.. bagus bah..

Malam pulak kitaorang merayau rayau sekitar bandar.. tapi petang tu sempat lagi pegi Pasar Gantung Tawau depan Survey dan Prakwell.. pegi cari ole ole untuk di bawa pulang..

Antara suasana Bandar Tawau pada waktu malam.. ronda ronda dulu bah, datang bukannya nak lepak kat hotel.. kan nak melancong, so buat la cara melocong.. no point kalau pegi jenjalan tapi habiskan masa kat hotel hehe.. 

Pusing pusing kat tepi laut sambil mencari tempat makan yang best kat situ.. orang cakap kat tepi Highway Tawau tu terdapat satu kawasan makan yang famous..

Oh ya, utuk pengetahun korang kebanyakan makanan di tawau ni banyak di pengaruhi oleh makanan dari pada negara jiran iaitu Indonesia.. terutamanya makanan daripada masyarakat suku kaum bugis..

Ini la dia nasi lalap yang selalu disebut sebut tu, agak pelik gambar dia disebabkan lighting.. size postion dia agak besar, satu hidangan dengan dua ketul ayam goreng atau ikan dan sayuran seperti kobis dan kacang.. sambal dia sedap sebab dicampur sedikit dengan daun basil..

Sebenarnya kalau korang pernah makan ayam penyet lebih kurang macam tu la.. cuma beza pada ayam yang di penyet dan sambal dia.. kazen aku cakap kat Sarawak pun ada gak  macam ni tapi nama dia lain, lebih kurang macam sebutan lalap jugak la.. lupa dah aku, gagap mengkali haha..

Ini adalah Pasar Besar Tawau syurga membeli belah pelbagai jenis keropok/ kerepek, ikan kering, udang kering, bilis kering, sotong kering dan macam macam yang kering.. spenda kering pun ada ya hehe.. ada jual baju kat tingkat atas..

Kebanyakan orang yang melancong ke pantai timur sebelum balik ke KL diorang akan pegi ke pasar besar tawau ni dulu, beli ole ole, keropok amplang, kue cincin atau segala macam jenis kering kering yang aku sebut kat atas tu..  so, korang yang datang tawau jangan lupa singgah sini ok, serius rugi tak pegi..

Permandangan daripada tepi highway tawau pada waktu siang.. banyak kapal kapal nelayan..

Otw balik singgah kejap kat Giant Tawau.. LD takde Giant ok, tengah dalam pembinaan, ntah bila nak siap.. singgah sini shopping shopping kejap, beli makanan sebab nak singgah lagi berkela kat Air Terjun Madai.. wah kemain lagi hahaha..  


41 ulasan:

  1. Hai.ni org tawau dtg melawat. Rindu nya nak balk..kirim kopok amplang.hehehe

    BalasPadam
  2. aku sangat terliur makanan tu bro.
    pisang goreng cheese..pastu mangga tu.perhhh..

    aku tak pernah makan lagi ayam penyek..
    heheh

    BalasPadam
  3. pisang goreng cheese tuh betul2 buat chemay nak pergi tawau sekarnag jugakkk.
    sedapnyaaaa~
    T_____T

    BalasPadam
  4. sy rindu sanggar yg kena jual masa skolah dulu, tdk boleh lupa smpai skrg. bila la dpt pegi tawau ni...

    BalasPadam
  5. sedapnyaaa !!!

    comelnya adek lelaki tu /!!

    BalasPadam
  6. nak try lah jugak sanggar cheese and mango sago tu ! huhu

    BalasPadam
  7. meh la sini datng tawau.. tak rugi wok.. blh shopping2 sekali hehehe

    BalasPadam
  8. bulan depan nak p kk...yehaa...pestime ni..jangan jakun dahlah..haha.

    BalasPadam
  9. wah tahniah.. pastikan awk pgi semua tempat2 yng best.. ada bnyak, jgn mis tau.. nti rugi.. :D

    BalasPadam
  10. ha3! smlm pown p indo cafe~~~~

    siap tapau ag. pisang cheeze 2bungkus. hee

    BalasPadam
  11. negeri yang aku nak sangat lawat..

    BalasPadam
  12. terliur tgk pisang goreng cheese, menarik ni.

    BalasPadam
  13. 1st time dengar pisang goreng cheese. bunyi menarik je =D

    belum ade peluang ngan kesempatan nak berjalan pi sana =="

    BalasPadam
  14. INDO CAFE....
    semalam pegi dengan eyqa amin kat situ.
    pekena mango sago, avocado sago, papaya sago dan pisang cheese...

    BalasPadam
  15. see... famous kan tempat makan tu..hehe...

    BalasPadam
  16. kau kan..kau kan..
    eii.. aku makin geram ni nak ke sabah!!!

    BalasPadam
  17. waaa,


    cuti panjang g jalan jalan cari makan edisi sabah pulak yea ?

    BalasPadam
  18. mmg tringin gi sabah.sana lobster murah. tol ke? hehe

    BalasPadam
  19. wah wah wah, memang syok. teringin nak jalan sana juga. :)

    BalasPadam
  20. 1st time dgr pisang goreng cheese haha

    BalasPadam
  21. nampak sedappppppp sgt.
    apasal dekat sini tak ada.haha

    BalasPadam
  22. Huh!!! ni melancong ke me makan..semuanya sodap2...

    BalasPadam
  23. Hanif.... Jalan2. Harus mencari makanan yg sedap sedap haha..

    BalasPadam
  24. pisang goreng tabur cheese dgn mango sago tu seriusly nmpak mcm sedap gila !!

    aku paling suka gmbar pemandangan drpd tepi highway tawau tu !! awesome !! seriusly cantik dan sgt mendamaikan mata memandang !!

    suatu hari nanti pasti akan kujejakkan kaki ke sabah sarawak.. boleh la kau belanja makan goreng pisang tabur cheese plus mango sago tu kan ? hehehh =p

    BalasPadam
  25. makanan mmg rare...ada satu je yg aku penah makan kot...kopok amplang tu.mmg sedap.mkn masa form bapa tah.nasib ada membe dok sabah...

    BalasPadam
  26. ten ten.. aku tahu ko mmg rindukan tanah air.. bosan doh ko duduk kat jepun tu kan kan kan..wek!! :P

    apan.. sngt rare.. kat LD pun tak de.. tawau je yg ade hehe..

    BalasPadam
  27. wehh sdapnyaa makanan2 y dihidangkan..heee

    mmg plan nak g sabah..tp nak g semporna..haha...tp kena g tawau la nampak gayanya..wuuuuu

    :)..

    lain2 tipsss plss..haha

    BalasPadam
  28. singgah ag cnie...cari makan. yaii! ahaha

    BalasPadam
  29. eh, time aku pi tawau, xpenah aku jumpa bnda2 nih. mcm sedap gilak. oh man! aku pi time 2005. kah3. even aku org sabah, baru sekali pi tawau. haha. kesian.

    BalasPadam
  30. pisang goreng cheese...mango sago tu...adehh...terliur da ni...boleh pos laju ke semenanjung tak...haha...

    > da lama aq teringin nak dtg sabah ni...tapi smpai skrg belum dpt berpeluang lagi :D

    BalasPadam
  31. ohh kau sgt memahami isi hat aku weh.. ohh terharu ! terharu !! kah3..

    aku tggu ko belanja la..lg excited nak balik mesia !! hahahh =p

    **tp aku tau dia ikhlas and jujur syg aku kan.. sbb dia sggup smpan perasaan dia smata2 nk tgk aku happy.. seriusly aku terharu.. and sgt terkejut okeh ! huhu

    ye la ko mmg ketinggalan entry aku.. dh asyik carik mknn sedap2 je kejanya.. smpai xsmpat nk bw.. hahahh makan lah weh slagi boleh makan..

    nah limaposen !! pangggg !!! kah33 =p

    BalasPadam
  32. wooooo banyak benda yang menarik wehhhh banyak benda pelik makanan pelik...

    yang best nasi lalap... pisang goreng pon dahsatttt

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    foder hay silaj silawrap haylaj

    BalasPadam
  33. akak jeles tau kalau masuk sini, selalu g jalan2 dan makan yang sedap2 lagi...

    BalasPadam
  34. makanan yg ko sebut dan tunjuk tu menggamit sungguh..dahla akak pose harini..rasa nk terbang ke tawau sekarang juga utk melantak HEHE

    BalasPadam
  35. arghh, homesick aku nampak benda2 nih. T.T

    BalasPadam
  36. terus aku x sabar mau kawin..hero ku org tawau hahahaha xda kaitan btl sm entry mu kan bu

    BalasPadam
  37. abu tolong la post kan goreng pisang cheese dgn mango sago tu..terliur sgt ni haha..bila la nk smpi sana

    BalasPadam
  38. hoi... entri ko kejam wei..!! Tawau tempat aku membesar.. semua tpt tu aku dah pegi kecuali tpt pisang cheese tu.. rasanya tu kedai bau mengkali.. rindu nasi lalap wei..! kenapa ko tak try "sayap lelek" dekat survey,parkwell tu.. sedap wa cakap lu.. gerenti nak lagi...!

    serius aku rindu tawau.. sori beb.. komen aku gila sikit.. tawau tpt aku merempit.. wakakaka

    BalasPadam
  39. biler laa dapat peluang g sabah sarawak ek ..huhu

    BalasPadam
  40. ada lg mknn baru..nasi ayam gondrong nama dia..sana tepi highway tmpt mknny..fuh..sapa y tahan pedas nasi ayam gondrong 2 mmg meletop telinga..berasap..nasi ayam penyet y sdp kat bwh panggung empire..

    BalasPadam