Gua taip entry ni dalam keadaan tangan yang sakit sakit.. dulu gua adalah pemain bowling handalan, disebabkan dah lama tak training so performance gua agak down sedikit.. jap!! nak letak minyak yu yee cap limau dulu tangan gua ni.. errr... yu yee..
Nak dijadikan story entry.. semalam adalah pertandingan bowling antara kakitangan, anjuran suka suka hati.. acara bermula selepas habis waktu pejabat dan disertai oleh En. Abu bin Bagi, En. Faathir, En. Sharul, Cik Puan Sally, Cik Umi, Cik Puan Ita, Cik Kido dan adik dia Cik Nad.. wah! kemain lagi banyak encik dan cik, nak jugak sebut kan..
Korang percaya tak gua pemain bowling handalan, pecaya tak ni?!.. dah! tau da korang, gua cakap apa pun memang korang tak nak percaya kan.. tau dah perangai korang semua.. malas la...
Ini la perangai, mana mana pun nak makan.. diorang ni kalau boleh ayam kepsi tu bawak sekali main bowling .. main bukannya hebat sangat pun, kalau ada kategori 'Ratu Longkang' ni nak bagi ni ada salah sorang perempuan dalam gambar kat atas tu hehe..
Wah kemain lagi membahan orang dalam blog, maaf ya, maafkan gua ye.. kah kah kah.. padahal sendiri kalau boleh pecah longkang tu gua kerjakan..
Sedang asyik berhempas pulas gigih ingin menjuarai pertandingan.. kitaorang dikunjungi oleh En. Risham.. En Risham ni baik orangnya (kipas kipas fuh fuh!!), kena berbaik baik selalu dengan En. Risham ni, senang gua nanti kalau nak dapatkan duit peti cash kalau ada urusan hahahaha..
Jejaka pilihan.. bergaya tak pegi main bowling pakai baju opis!? haha.. tak de la nak bawak baju spare kan, main bowling je pun.. bukanya acara balapan.. paling kuat pun ketti je yang basah..
Oh ya, minggu lepas gua ada belajar satu perkataan, gua baru dengar sebab kat sabah macam tek de je orang sebut.. "telinga capang'.. ops!! hehehehe
Ini Kido dan adik dia.. teka mana satu Kido mana satu Kiki Lala?.. adik kido yang pakai spek tu.. kuat gelak orangnya, tobat gua jumpa orang macam ni hahahahaha.. dia study culinary art kat UiTM Puncak Alam tak silap gua..
Gaya balingan paling ohsem! hebat la kido.. hahaha gua tak reti sangat nak hayun kuat kuat macam ni.. sebab gua takut bola tu terhumban pegi belakang.. pernah tengok orang macam tu sekali, gua gelak guling guling tengok.. so gua hayun biasa biasa aje.. takut jadi bahan..
Cik Puan Sally yang tidak kurang hebatnya.. mau tak strike kalau macam ni.. tengok tu dia pun macam nak melunjcur laju sekali hahahaha.. gurau jeeerrr...
Ini la dia mata kutipan untuk pusingan kedua, pusingan pertama gua tak letak sebab markah gua buruk, letak gambar yang ok sikit hahahaha.. malu nak tunjuk sebenarnya, tengok la, cuma tiga orang je yang dapat seratus dan ke atas.. tahniah kita semua mendapat anugerah "The Worst Player Ever" tepuk tangan..
Pastu sambung tengok wayang John Carter.. eh tak de la!.. saja je nak bergambar depan raksasa yang hodoh.. movie tak kuar lagi la..
Itu je la dia sedikit cerita entry bergambar bowling tournament kitaorang.. tak de hadiah pun, saja seronok seronok nak buat.. sekali sekala best jugak kan.. tension kerja kat opis aktiviti macam ni la yang boleh meng oyeh oyeh kan kita..
Penat gua taip entry hampir lupa nak cakap, kitaorang main bowling ni kat IOI Mall Puchong yang cuma beberapa kangkang je daripada opis..
ps: nak mintak maaf awal awal kat member member gua yang kena bahan dalam entry ni hahahahaha..
punya lama sudah nda men boling.. :D
BalasPadamyu yee tu bkn utk kembung baby ke?ko jgn merepek lak...bestnya melepak lepuk dgn bdak2 opis kn..happening btol syiok! huhu
BalasPadamcite psal boling ni.. teringat cerita gila time kitorang men boing kt sni rmai2.. masa tu 2nd time nk baling.. pin tu sebijik kt sblh kanan sbjik kt sblah kiri. nk spare mmg mustahil la kan.. tp kitorang x give up !! kitorang baling dua bijik bola skaligus.. tp kan.. at last satu bola xsempat lepas menatang penyapu tu dh turun.. hhahaaha naseb baik org kt tmpat boling tu xmarah.. kih3
BalasPadamsiap ada yang menonggeng kt gambar last tu...bahan lagi ABU heheh
BalasPadamlama tak main bowlingg.
BalasPadamrinduuuuu
aku salu main bowling salu masuk longkang,haha
BalasPadamhahahaha .. ingatkan nak ckp apa, rupanya tmpt bowling tu bape kankang jee . bestnya boleh exercise bahu selalu , ye tak ? hahakaka .. saya ada kawan bahu longgar gara2 practice bowing tak kena kot ..
BalasPadammemang enjoy main boling,,kalau masuk longkak lagi syok!haha..
BalasPadamhandal ke abu ? aku tengok rangking kau bawah sekali tuu ?
BalasPadammusykil.musykil.
HAHAHAHAHAH
hahaha, alia xreti main terus :D
BalasPadamlg syok..
guwa juara longkang. haha!
BalasPadamdill.
hye abu.. enjoy men bowling nmpk..
BalasPadamhehe..tuh kipsa2 en risham tu beriya dia bace ke blog nih? heehee
nway, lama da x join tournament gini..
aq tak pernah sentuh bowling kot..haha..kalau main mahu ke longkang je..kah3~
BalasPadamakoo tak pnah main boling.huu
BalasPadamnice ") nice ") like :) like :)
BalasPadamhttp://shaberry92.blogspot.com/
http://sabryoppa.blogspot.com/
singgah blog sabry oppa okey..
aku langsung hampeh tak larat angkat bola boling tu hatta yang paling ringan skali. ceh betul!
BalasPadamtapi kalau aku larat angkatnye aku rasa aku lagi hebat pada kau lah..
kalau larat angkat la aku cakap ni..
Bengong!! Hahaha..
BalasPadambest kan main ramai-ramai macam ni. kalah ke longkang ke belakang kira. yg penting, happy.
BalasPadamguwa x penah men bowling seumor hidop..hahaha
BalasPadamluv,
cik ana
wee lamanya tak main. lepas ni kalau main, kompem masuk longkang je ni -_-
BalasPadamda dapat anugerah ...pas ni leh lawan ekin :DD
BalasPadamWah bestnya. Aku kalau pergi jadi tukang amik gamba je huhuhuhu
BalasPadamcmna ko tau aku ndak pecaya kata2 mu ni bu? haha ndak ku pecaya ko pandai main bowling niii..haha
BalasPadamaku lg la, paling hebat, xpenah sentuh tu bola kah3
loh..dekat2 situ je ke opis ko~
BalasPadamdah tak terlayan la ni...:)
BalasPadamwah.. style main bowling dengan baju keje ^^
BalasPadamretired aku dr arena bowl ni.. huhu masalah bahu, so problem main..
BalasPadamyupppp kalau aku mmg juara kelongkang beb.... aku punya tangan tak lurus tu yang menjunam masuk longkang... eeeehhhh tak pandai aku nak main boling ni
BalasPadam۞۞۞۞Salam Maulidur Rasul۞۞۞۞
diy pemasangan carpet dan insulflex lantai kereta
wahh bergaya habeh la pi main boling pom baju skema gitu :D
BalasPadam