Isnin, 13 Jun 2011

Tips mengatasi perasaan takut di tempat gelap

Dulu masa aku sekolah menengah aku adalah seorang yang berani, aku tak takut pada hantu.. aku percaya adanya makhluk lain seperti jin dan syaitan, tapi aku tak percaya ada hantu seperti yang selalu digambarkan oleh kebanyakan orang.. berambut panjang, terbang, darah, muka buruk, busuk dan berkain putih.. semua itu aku tak percaya.. 

Sehinggah aku masuk ke universiti aku terjebak dengan beberapa kes yang berkaitan dengn makhluk halus yang berlaku di depan mata.. di dorong lagi dengan rakan sebilik yang suka tengok filem seram, entity dan segala macam pembuktian hantu yang di download dariapada internet.. semenjak daripada itu aku kini menjadi seorang yang takut hantu...hehehehehe.. 

Sebut pasal hantu, sudah tentu ia berkaitan dengn ruangan gelap.. ye dak.. ada tak hantu menjelma di bawah sinaran matahari atau lampu yang terang benerang? tak de kan.. ia mesti di kawasan gelap.. dan disebabkan betapa penakutnya diriku ini, aku telah menggoogle tips untuk menghilangkan rasa takut di tempat gelap.. aku nak kongsi dengan korang... 

Dahulukan pemikiran logik.
Sebenarnya kebanyakan rasa takut muncul disebabkan pemikiran yang tidak logik, lahir daripada emosional kita.. contoh anda berada di dalam bilik dan ingin ke dapur untuk mengambil makanan, tiba tiba korang ternampak bayang bayang.. sebagai seorang yang penakut first yang korang akan fikir ialah 'ada hantu'.. tak! jangan terus buat tanggapan, hidupkan lampu dahulu dan tengok betul betul, berfikiran resional dengan fakta fakta yang logik.. kot kot bayang bayang tadia sebenarnya adalah kain yang di gantung di tepi tingkap..ya la kot..hehehehe.. 

Melatih penglihatan di tempat gelap
Ketika kita masuk ke kawasan gelap daripada kawasan terang, dalam beberapa saat tentu kita tidak melihat apa apa kan.. tapi secara perlahan mata kita akan mula dapat melihat objek objek yang berada di kawasan itu.. memang la tak dapat nak nampak semua dengan terang, tapi cubalah menyebut benda benda yang anda lihat seperti meja, kerusi, katil.. dengan itu penglihatan gelap anda akan meningkat dan rasa takut itu akan berkurangan 

Baca artikel yang berinspirasi
Dah la penakut yang suka sangat pegi tengok filem filem seram tu buat apa.. pegi lagi might night punya show, ataupun sebelom tidur tengok lagi cerita kliwon, atau baca novel hantu.. konon konon korang boleh membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya mengalami situasi seperti itu.. daripada korang tengok atau baca benda macam tu baik korang tengok benda lain yang berfaedah seperi rancangan/ buku agama atau motivasi yang akan membuat anda berasa rileks dan tenang..


Meditasi, visualisasi, dan berdoa.
Ramai orang berpendapat melakukan meditasi sebelum tidur boleh membuatkan diri anda menjadi rileks, mengurangkan stress dan mangatasi rasa takut.. berdoa dan membaca ayat ayat al-quran pulak dapat membantu diri kita merasa dilindungi olah Allah swt.. ketika korang duduk atau berbaring di tempat tidur, bayangkan korang berada di suatu tempat yang korang inginkan dan nikmatilah tempat tersebut.. ketika di kawasan lapang atau hutan pulak, pandanglah langit yang cerah, dan rasakan hangatnya sinaran matahari.. kalau tak hangat pun buat buat hangat jak.. kemudian, bayangkan juga indahnya langit yang dihiasi bintang dan bulan pada malam hari.. dengan itu rasa takut akan beransur hilang..

Amacam adakah tips ini dapat membantu korang? tak kan? sebab korang tak baca semua pun.. aku dah mula amalkan tips ini.. dan sekarang aku dah tak penakut sangat dah.. kalau korang nak berani seperti aku cubalalah amalkan.. tapi kalau aku tengok hantu betul betul di depan mata aku rasanya aku yang cabut dulu..keh keh keh..



36 ulasan:

  1. haha..setkt nie ayie 50-50 lol kalau berkata mengenai benda nie..tpy adik ayie yang no.2 and no.3 dh pernah jumpa lah nie tkot nk blik umah lewat malam..paling lewat kol 12am ..huhu

    BalasPadam
  2. salamualaik..

    nasib la orang baca entri ni siang2 buta cmni. kalao malam, alamat x leh tido tgk gmbar last tu ;'E

    p/s:tips no2 tu x leh la.. kalau dh takut, mesti tutup mata punya~~

    BalasPadam
  3. err..xtau nk cakap ap. nk cakap xtakut kanggg malam ni dia datang. nak cakap takut kan nanti dikatanya lemah semangat. ades.

    BalasPadam
  4. hahaha... terkejut ala cipanzi bila scrol kt bawah.. igtkn ada lagi tips, rupa2 nye, gmba mak senah menyorok belakang pak mail....
    huhuhu... sy ni spesis penakut gak, tp alhamdulillah la sy x penah jumpa lagi benda2 pelik... n bila dok sorang2 malam2, sy kurang takut.. lau takut sgt, sy pejam mata, berzikir bnyak2, n bayangkn kalimah Allah..

    lepas tu sy akan ckap, "aku makhluk Allah, engkau pun makhluk Allah, engkau datang sebab Allah uji keimanan ku"

    cuba amal kan bnda ni... lepas tu... secara automatik rasa takut tu akan hilang sebab yakin hantu pun ciptaan Allah untuk menguji keimanan kita... n Allah s.w.t sntiasa ada brsama...
    ^_^

    BalasPadam
  5. serius saye ni sorang penakut. jgn mimpi la nak tgk cite hantu. uhu

    dill.

    BalasPadam
  6. err... nice info... ada terkejut skit line last 2... hikhik.. biasalah dok sorang2...

    pnah dgr berita hantu cekik manusia? tak pnah kan... manusia sendiri yg wat semua 2.. sbb dengki dan sebgainya..cntoh saka dan sebgainya.. (bapa aku ckp)

    aku ni kdang2 pnakut kdang2 berani... tapi lipas terbang mmng aku lari...hahaha ( sory komen pnjang) hikhik.. :)

    BalasPadam
  7. gambar tu tak sesuai untuk org bawah umur macam aku neh tahu tak ?

    erkk..pemikiran yg tak logik tu memang betul (-_-")

    BalasPadam
  8. emm aku tak suka gelap2 neh..:)

    Otak aku selalu dilatih kalau gelap mesti ada "benda"..heheh

    nanti aku amalkan tip ko neh nanti..

    BalasPadam
  9. tengkoraak laa ada gambau pocong pulak dahh
    gugur semua bulu roma aku
    huhh! >.<

    BalasPadam
  10. lalala scary nya gambar . huhu

    BalasPadam
  11. Saya akan terbayang liang lahad apabila berada di tempat gelap...

    Basikal elektrik boleh lipat

    BalasPadam
  12. kdg2 tu mmg rase nk beranikan diri..tapi pikir blk kalo muncul dpn mata maun pengsan kat situ gak..hehe

    BalasPadam
  13. dibawa berani je, actually memangpun takot ! Kadang susah juga' apelagi kak tengah hantu duriannya ipin upin.., wuh bikin sejuk2 tak lapak, Wehehehe.....

    BalasPadam
  14. sebenarnya zureen tak takut pun.. tp bila kawan2 dah hasut.. jadi meremang bulu roma tiba2 tu yang takleh tahan tuuu~

    BalasPadam
  15. okay... aku skip apa yang ko tulis lepas aku nampak gambar pertama sehingga aku jumpa ruang utk komen..

    apasal aku baca entri ini mlm2.. kawan tahu kah aku tido keseorang dalam keadaan yang gelap.. kalau aku takut malam nie, sapa aku nak peluk oit..

    BalasPadam
  16. jenuh kenyit2 mata nk komen nie
    takuttt!!!

    BalasPadam
  17. hi i have followed your blog and i hope you can follow me back

    BalasPadam
  18. hantu dan kegelapan tak boleh dipisahkan, ibarat irama dan lagu.....tp tips kat atas ni bagus, yg penting think positif...haishhhh think positif pun dah kul 1 pg dah ni...cawwwww,,,hahahah

    BalasPadam
  19. ohh patut laa..

    kmi pun brfikirn mcm tu jugak..

    patut la smpai skrng tk prnk nmpk hantu..

    BalasPadam
  20. okey ! aku rasa macam mau lempang kau jak abu . punya sandi gambar last ... laju aku p skrol ke bawah .. hahaa *pengsan*

    BalasPadam
  21. chemay tak takut hantu.
    chemay takut gelap.
    tapi rasanya tips nie berguna jugak kot time2 blackout kan?
    tak ada lah duduk menangis je sambil pejam2 mata.
    hehe

    BalasPadam
  22. 4.20 pagi aku dtg blog ni
    kau taruk pulak pic tu
    memang seronok sgtt la aku bace kan huhu..

    BalasPadam
  23. Penah kene kaco sekali.fobia sampai skrg!! org pesan kene ckp mcm ni,"aku x kaco ko, ko pun jgn kaco aku"..rasa lebih relax..

    x semua org dibuka hijab utk nampak mende tu..Wallahua'lam..~

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  25. abg aku pun takut hantu..
    aku tak penah jumpa lagi, jadi tak takut kot. kalau da jumpa baru takut.
    buatlah tips2 apa perlu dibuat jika jumpa hantu. boleh aku prepare.

    BalasPadam
  26. sememangnya hantu takut pada pencahayaan, see...hantu pon TAKUT :D

    BalasPadam
  27. aku takde la takot pon,,,
    xde pe la, yg pnting bykkan bce ayat2 pelindung,,

    tp kan, lau nk tdo tu aku layan tv, time iklan hantu2 msti aku ccepat amik remote, tuko tnpa melihat tv..

    pelik. ;-D

    BalasPadam
  28. Ayat ape je tu ? Paling manjur itu kenalan aja ama hantunya ! That's good job ! ;)

    BalasPadam
  29. hihihihi...comel betul hantu2 ni..kan..kan?

    BalasPadam