Jumaat, 5 Julai 2013

Jangan Takut Menderma Darah

Ramai orang yang takut nak menderma darah..salah satu faktornya ialah takut sebab jarum..sakit la kata kau kan haha..kena cucuk jarum yang besar.. lepastu takut tengok darah keluar dalam tube masuk kedalam beg..

 

Ada ramai jugak yang nak menderma darah tapi tak lepas..tak cukup berat la..talasimia la, tekanan darah tak cukup la..tapi besar hajat nak menderma..tak pe la..sekurang kurannya dah cuba try..tak lepas apa boleh buat kan..

 

Baru baru ni Kelab Rekriasi company tempat kerja aku mengadakan perogram menderma darah..ok la kali ni aku dapat menderma..program last time aku tak sempat..aku tak pasti aku pegi mana masa tu, tak ingat..tapi beberapa hari sebelum raya haji aku menderma darah kat Alor Setar Kedah, kat Tesco..haha.. kebetulan aku pegi jalan jalan dengan family kazen aku dengan anak anak dia..nampak orang tengah menderma darah..so aku apa lagi menderma lah..

 

Bagus menderma darah ni..sekurang kurangnya kita dapat membantu orang yang betul betul memerlukan darah..kat hospital tu mesti ada ramai pesakit yang memerlukan darah kan..kali ni diorang yang memerlukan, mungkin esok esok kita atau family kita pulak yang kena..masa tu baru nak teringat betapa berharganya nilai setitis darah yang kita dermakan..

Aku ingat lagi..ada satu ketika tu aku yang duduk kat Selangor ni hospital kat Kota Kinabalu call aku mintak tolong dermakan darah aku..see kat mana mana hospital mereka sangat memerlukan darah kita..


Sejak dari itu aku try untuk konsistant demah dara pada setiap tiga bulan, aku tau ini memerlukan komitman yang tinggi tapi aku rasa ini adalah tanggung jawab kita sebagai manusia. Hari ni kita tolong orang lain, mungkin masa akan dating orang lain pulak akan tolong kita, kita tak tahu ada anyak cara je tuhan boleh balas balik kebaikan yang kita telah buat..betul tak?


Kepada kawan kawan diluar sana, cuba la untuk beanika diri untuk mendrma darah, jagan takut, jarum tu Nampak je besar..tapi sebenarnya tak sakit pun..sebab dia dah bius..dia cucuk je kau tak rasa apapun, macam kena gigit semut je pun haha



Baru baru ni ada sorang sahabat, salah sorang ahli daripada persatuan NGO kitaorang telah ditahan di hospital..sebab penyakot Himophilia..ce google penyakit apakah itu.. tapi alhamdulillah, dia dah discharge..pm dalam group fb, dia mengucapkan terima kasih kepada orang yang mendoakan dia..dan ini pesanan beliau.."Saya menyarankan kepada semua pimpinan untuk menderma darah di Pusat Darah Negara bagi sama-sama membantu Pesakit Hemophilia di Malaysia kerana setiap darah yg didermakan akan diproses untuk menjadi Factor VIII (8) untuk digunakan oleh pesakit Hemophilia.."


So, korang korang di luar sana..marilah kita menderma darah..beranikan diri, jangan nak jadi penakut sangat dengan jarum tu hehe..jangan percaya dengan khabar angin mengatakan menderma darah tak elok la, jangkitan penyakit la, pingsan la, tak selamat lah..tu semua tipu..ingatlah, setitis darah yang kita dermakan mungkin akan menyelamatkan nyawa orang lain..

Ahad, 30 Jun 2013

Berniaga Di Stadium Bukit Jalil

First of all aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana menjadi juara perlawanan akhir bolah sepak malam tadi menentang Johor Darul Takzim (JDT)..perlawanan yang sangat menarik dengan berkesudahan 1- 0..ok tu je yang aku boleh cakap, sebab aku ni tak rati nak mengulas sukan..tambah tambah lagi nak mengkeritik, apa jenis sukan pun aku tak reti main.. sungguh aku tak layak nak cakap apa apa hahaha..


Ni first time aku pegi Stadium Bukit Jalil time ada game..aku pegi dengan kapasiti sebagai penyokong pasukan Johor dan yang paling utama sebab aku nak pegi meniaga hahaha..kelakar pulak aku nak sebut..
Tau tak korang kalau ada event yang besar macam ni especially game final Piala Malaysia kita boleh pegi mencari duit lebih dengan meniaga secara eligal..haha..tu yang kita orang buat gamble je pegi kat tepi stadium jual air mineral dan jajan..


Tolak tolak trolley "air air air masuk air masuk air"... "koci koci koci kropok kropok kropok"..haha.. sebenarnya pegi beseronok seronk je, modal pun bukannyaa banyak, jual yang simpel simpel je..suka suka first experience konon konon macam mana nak beniaga gamble kat tempat crowded macam tu haha.. penat jangan cakap la, sesuai untuk orang orang yang malas nak bersenam...


Siapa yang datang stadium malam tadi atau pena pegi stadium time crowd macam tu ha korang tahu la keadaan dia kan..ramai peniaga peniaga illegal kat tepi tepi jalan..apa ingat diorang tu sewa tapak ke? Semua tu gamble macam kita orang malam tadi..haha..kitaorang siab borak borak bersenda gurau bersama peniaga peniaga lain..


Sebenarnya susah nak dapat tapak beniaga kat stadium..kebanyakannya kroni kroni..member member diorang je yang dapat, ada contect..sebab tu balik balik muka muka diorang je yang beniaga kat situ..harapan lah nak dapat tapak..

Kebanyakan peniaga gamble kat situ adalah orang orang yang memang biasa beniaga dan student student university...kes nak cari duit lebih, biasalah lah bang..ni diorang jenis otak business punya..perasan tak korang, kat university ada je geng geng budak yang otak business kan..


Kitaorang beniaga kat area penyokong Johor...kat area penyokong Kelantan susah sikit nak push sebab korang tahu je la kan orang Kelantan, diorang bab bab business ni memang terer..ni yang aku salut dengan diorang..

Apa apa pun ini adalah pengalaman yang seronok..buat aku rasa macam nak pegi lagi next time..hahaha.. Chelsea nak datang Malaysia kan, dengar dalam radio tadi tiket dah start kena jual hehehe..
Gambar kat bawah ni adalah gambar kitaorang selapas berniaga dan beberapa gambar lain sebelum dan semasa perlawanan berlangsung..semua gambar kat luar stadium.. tak de captions sebab update guna Note 2.. ceh! perlu ke nak sebut jenis hp hahaha..

Sekarang aku kat uptown shah alam..mari la sini kita lepak lepak.. k bye..


Tag: game final FA Malaysia 2013, suasana stadium BUkit Jalil ketika perlawanan akhir bola, ramai orang di stadium bukit jalil, bilangan penonton di bukit jalil, gambar stadium bukit jalil, peniaga di bukit jalil, membeli belah di bulit jalil, ada show di bukit jalil, jalan ke bukit jalil, parking kereta dan motor di stadium bukit jalil, keadaan di bukit jalil, penonton, skrin tv di bukit jalil

Babab.net