Ahad, 30 Disember 2012

Jalan Jalan Cari Makan: Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Bulan ni je aku dah dua kali makan Mee Udang Mak Jah.. gigih betul aku datang daripada KL pegi ke Kuala Sepetang Taiping Perak sebab nak makan Mee Udang Mak Jah..ko mampu hahaha..

Tak de la, sebenarnya singgah sebab kebetulan je.. alang alang sampai dan lalu kat Taipeng, so singgah je la makan..boleh tahan sedap, ye la dah famous masuk tv news majalah bagai.. blogger pun tidak kurang ramainya yang dah buat review pasal Warung Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang ni..

So sudih lah kiranya ambo pun nak buat entry pasal Mee Udang Mak Jah jugak.. stock tak nak ketinggalan haha..

Pelbagai jenis masakan berasaskan udang boleh menjadi pilihan korang..air bandung dia sedap..

Aku macam biasa la.. mee udang menjadi pilihan.. ada dua jenis mee udang rebus dia, ada mee udang biasa (RM7) dan satu lagi mee udang special (RM12)..

Makan Tak hengat dunia..BB pun nak makan sekali, kena percikan kuah mee udang mak jah..kemain..

Licin.. kulit udang je yang tinggal..

Macam ni lah suasana kat warung Mak Jah.. always ramai orang.. tengok gaya most of them datang daripada jauh.. yang singgah jalan jalan cari makan kat Perak

Bayar jagan tak bayar..haha

Tanya kat pelayan dia "Mak Jah ada tak?".. dia cakap "Mak Jah ada lagi..usia dia dalam 70 tahun macam tu, tak kuat sangat dah" woooo.. saja tanya haha..

So kalau korang pegi jalan jalan cari makan kat Kuala Sepetang, Warung Mak Jah mungkin boleh menjadi pulihan korang.. kalau guna GPS or google map susah sikit nak cari directions.. so paling senang korang cari direction ke Kuala Sepetang daripada exit Cangkat Jering, tepi jalan je.. ada signboard tunjuk arah Warung Mak Jah

Mee Udang Mak Jah
Kampung Menteri Kuala Sepetang Taiping
Tel No.: 05-8981400/ 012-2931101/ 017-4695026

Sebenarnya kat KL pun ada gak Warung Mak Jah, kalau nak pegi sana ni alamt dia, mungkin boleh membantu tuk cari direction:

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Cawangan Kuala Lumpur
Blok 3A, No.22 Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Link
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Tel. No. 03-41314430

PS..baca jugak: Warung Mak Teh Mee Udang Kuala Sepetang Taiping Perak


Tag: jalan jalan cari makan di tepeng perak, tempat makan yang best di kuala sepetang, mee udang kuala sepetang, sedapnya mee udang mak jah, gambar mee udang kuala sepetang mak jah, peta ke warung mak jah, jalan menuju ke warung mak jah kuala sepetang, resepi mee udang mak jah, cara buat mee udang mak jah, warung mee udang mak jah, harga mee udang mak jah kuala sepetang, harga mee udang mak jah wangsa walk, harga mee udang mak jah wangsa maju,alamat mee udang mak jah kuala sepetang, alamat mee udang mak jah wangsa maju, nombor telephone mee udang mak jah..

Ahad, 23 Disember 2012

Taman Anggur Perlis: Jalan Jalan Ke Taman Anggur Perlis

Siapa tahu selain kat Tasik Beris Sik Kedah di Perlis juga rupanya terdapat sebuah taman anggur.. taman anggur ini terletak di Jalan Lapang Sasar, Bukit Ayer, batu Pahat Perlis, berhambiran dengan Taman Ular dan kebun mangga harum manis.. kalau nak masuk ke taman anggur kena bayar RM 3 bagi orang dewas..Rm 2 bagi kanak kanak..dibuka setaip hari 9am-6pm kecuali Isnin untuk penyelenggaraan..

Menurut sumber penceritaan oleh En. Amad, Taman Anggur Perlis ini wujud dahulu sebelum Landang Anggur Sik Kedah.. ia diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis sebagai pusat kajian.. maksudnya bukan hak persendirian la dan bukan bertujuan unuk komersial macam kat Tasik Beris tuh..ok sekarang baru aku faham...

Ini adalah laluan pejalan kaki.. tepi green house taman anggur daripada pintu gate hadapan.. cantik kan, masih ramai lagi orang yang tak pernah sampai taman anggur ni..untuk pengetahuan korang luas kawasan yang telah ditanam dengan anggur adalah lebih kurang 5 hektar..

Bergambar di hadapan pintu masuk Taman Anggur.. time kitaorang datang dah tak de orang dah, kecuali orang yang berkerja di dalam taman tuh.. sebab dah petang.. sejam sebelum dia tutup.. waktu beroprasi ialah pukul 9am-6pm..

Taman ini terletak berhampiran dengan Banjaran Nakawan iaitu sempadan diantara Malaysia dan Thailand.. nampak tak bukit kat dalam gambar tu..ha yang tu la dia..aku suka kawasan ni sebab tenang.. cuma bagi aku spoil sikit sebab dekat dekat dengan kawasan ni ada kilang batu..

Buah anggur yang berjuntai di atas pokok..comel je, buah tak masak lagi.. anggur jenis color hijau.. tanya kat En. Amad dia cakap anggur yang tak masak ni sangat sangat tak sedap.. masam macam belimbing buluh, kita orang tak petik dan tak cuba rasa sebab dalam taman tu ada tanda "dilarang memetik"..

Ada beberapa jenis variety anggur yang ditanam kat taman ni antaranya ialah anggur jenis IAC, White Malaga, Black Opal, Loose Perlitte dan beberapa jenis lagi..

Beginilah suasana dalam taman anggur tuh.. kawasan yang dibuka untuk lawatan ni tak luas mana..cukup untuk pusing pusing kat dalam dan tengok macam mana la agaknya pokok anggur ditanam..

Pokok anggur yang ditanam untuk jualan ada kat belah belah sana.. jauh sikit, diorang pun tak buka tuk lawatan.. untuk menjaga kualiti buah dan mengelakkan serangan penyakit bawaan daripada luar oleh pengunjung..

Banyak peneragan yang diberikan oleh En. Amad.. semua kitaorang tanya daripada tanam sampailah memetik buah dan jualan.. kalau korang datang sini boleh lah berjumpa dengan En. Amad ni, jangan datang bodo bodo je tapi tak de imput hahahaha..

Ramai yang ingat anggur suka hidup di tempat sejuk kan.. dulu aku pun macam tu.. tapi tak, anggur sebenarnya hidup subur di tempat cuaca panas.. lebih kurang macam belah belah utara dekat dengan cuaca tropika..dan jangan tak tahu anggur banyak di tanam di Timur Tengah..

Bersalaman dengan En. Amad sebagai tanda terima kasih sebab entertained kitaorang.. gigih brother ni berkongsi info.. dia cakap kalau ramai orang tak denyerr dia nak layan kitaorang je.. dia mesti sebok kesana kemari menjawab soalan soalan pengunjung yang bertanya..

Ada pondok untuk berehat rehat dan main pondok pondok.. yang datang dengan family boleh la duduk kat situ susukan anak hahaha.. ke nak baring baring pun boleh..

Soon kawasan ini akan dimajukan lagi.. akan disediakan kafetaria, surau, tandas awam,  pusat jualan dan kedai cenderahati.. yang signboard kat atas tu tak de apa, cuma signboard je naik dulu tapi tempat tempat yang ditunjukkan tak de lagi hahaha.. kata brother tu dulu signboard ni kena tutup, tapi dah terbuka.. orang pun balik balik tanya mana kedai cenderahati pusat jualan bagai..

So siapa nak melihat bagaimana anggur ditanam boleh lah korang berkunjung ke Taman Anggur Perlis.. susah jugak nak cari tempat ni sebab tak de signboard Taman Anggur disediakan.. cuma daripada Kangar korang follow je signboard Taman Ular.. daripada simpang masuk Taman Ular korang terus lagi lebih kurang dalam 4km boleh jumpa dan kat tepi jalan je.. jumpa taman anggur dulu sebelum kebun mangga harum manis..ok itu je, thanks singga baca..

PS entry lain: Ladang Anggur Tasik Beris Sik Kedah


Tag: Taman anggur perlis, jalan jalan ke taman anggur perlis, apa ada dalam taman anggur perlis, pokok anggur di malaysia, tanam anggur di malaysia, cara tanam anggur, buah anggur dari perlis, melantak buah anggur di perlis, pokok anggur untuk di jual, info tenteng anggur, pusat penyilidikan anggur, jualan anggur tempatan, tanam anggur tempatan, alamat ladang anggur perlis

Babab.net