Rabu, 17 Oktober 2012

Resepi Ayam Boxing, Ayam Tinju: Sedapnya Ayam Boxing

Ayam Boxing, aku suka makan ayam boxing, kalau time kenduri atau raya kat rumah makcik aku yang ada ayam boxing aku akan cari yang ini dulu...emmm sedap, tak payah makan dengan nasi, kalah ayam kepsi.. cara nak buat ayam boxing.. klik kat blog akak ni dapur-mamasya.blogspot.com.. pssstt.. meh sini aku tinju korang satu satu..

Sabtu, 29 September 2012

Semua House Jalan TAR: Murah, Tempat Membeli Barang Majlis Kahwin, Kenduri Aqiqah dll.

Sekadar berkongsi kepada readers.. sesiapa yang ingin membeli barangan pengantin/ kenduri kahwin, kenduri aqiqah atau apa apa majlis mai sini aku nak bagi tahu (mulut becok).. terutamnya yang duduk kat Lembah Klang.. nama tempat dia ialah Semua House, Jalan TAR..

Kat sini ada dua buah kedai.. selama aku duduk semenanjung ni aku dah beberapa kali datang sini.. sebab kena suruh beli bunga telur dengan goodies bag bak balik Sabah time aku nak balik bercuti kat kampung.. so terpaksa la..tolong sedara mara.. tempat ni pun aku tau daripada kazen aku..

Pelbagai jenis doorgifted, cenderahati tuk majlis majlis kenduri 

Bunga telor banyak jenis, ikut bajet korang nak bali jenis yang mana satu

Bunga bunga pelastik pun ada

Satu sebab harga dia murah.. kedua ialah sebab kat sini ada banyak pilihan, disebabkan aku tak reti memilih so selalunya aku akan tangkap gambar dan send kat sedara suku sakat aku kat kampung sebelum decide nak bali.. aku cuma tukang beli je la dan tukang bak balik..

Tak tahu cam mana nak gi Semua House..  pegi je Jalan Masjid India, daripada pintu masuk Bazar Jalan Masjid India tu terus je.. kat hujung sana ada satu bangunan tulis Semua House..kat dalam ada banyak kedai kedai kain, baju semua.. tapi barangan majlis perkahwinan ada kat tingkat bawah.. turun satu aras.. nama kedai dia Yen Riben dan Sinmin..

Kedai Yen Riben, Semua House Jalan TAR  

Kedai Sinmin, Semua House Jalan TAR

 Daripada luar bangunan Semua House, sumber gambar

Peta Jalan Masjid India.. daripada bazar depan Masjid India jalan terus sampai jumpa bangunan macam dalam gambar kat atas, sumber gambar google map 

Aku pung pang pung pang ni macam je kedai aku kan hahaha..
Btw, yang duduk jauh nak aku tolong boleh gak aku uruskan, boleh kautim harga.. ewah!!

Babab.net