Khamis, 30 Ogos 2012

Dapat Kad Raya Dan Coklat Daripada Jepun: Ucapan Hari Merdeka

Hi rakan rakan semua.. salam satu Malaysia, salam merdekaraya dan salam janji diketupati.. malam ni adalah malam merdeka, sepatutnya orang post entry entry merdeka ye dak, baru la patriotik orang cakap.. tapi lantak la, aku nak post pasal makanan peduli hape aku hahaha.. 

Korang sambut merdeka kat mana malam ni.. kat bilik jerrr.. ewwww online je kerr.. tak remaja langsung.. orang pegi la berjimba jimba, bergesel gesel kat tempat sesak sana baru la hebat.. baru la betul betul merdeka!!

Bulan ni memang bulan paling malas nak berblog setakat ni.. lapan entry je ok, kau mampu?!.. bulan bulan hadapan tak tahu lagi, ntah ntah tak de entry terus hahaha.. 

Apa pun aku nak ucapkan terima kasih kepada Cik Ten10 sebab bagi kad raya berserta coklat KitKat daripada jepun.. duit raya jepun pun ada sekali dia bagi.. terharu betul dapat present yang datang daripada Land of The Rising Sun.. 


Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 55 ni.. mari lah kita sama sama terus berdoa yerr.. agar Malaysia kita ini terus maju aman makmur serta senantiasa menjadi tempat yang selamat bagi kita dan anak cucu cicit generasi akan datang.. We Love Malaysia, I Love Malaysia.. Merdeka Merdeka Merdeka...ewah!!

Khamis, 23 Ogos 2012

Gambar Gambar Di Hari Raya

Hari ni baru dapat upload gambar Hari Raya dalam facebook.. alang alang upload kat sana baik aku tepek sekali terus dalam blog aku yang agak terbiar beberapa hari ni.. boleh la menjadi tatapan korang yang suka stalk stalk gambar kan hahaha..

Ya serius, time raya laju je orang upload gambar raya dalam facebook, meriah sungguh.. belom pegi solat hari raya lagi daaah.. upload baju raya hahaha.. biasala, senang je kan camwhoring guna telepon/ tab canggih.. yang pasti aku baru je upload Album Raya Aidilfitri 2012.. kalau tak malu without friend request pegi la stalk dalam facebook 'Abu Bagi' hahaha..


Susana keluara masa berkumpul ramai ramai






Ini adalah sebahagian gambar yang sama aku upload dalam facebook.. ada lagi beberapa gambar yang aku tak tepek kat sini, malas eh.. banyak gila..

Sekarang ni aku masih lagi bercuti raya kat kampung.. Isnin ni baru nak balik KL, huhuhu.. kejap je masa berlalu kan, tak sedar pun dah nak masuk hari Jumaat.. cuti pun masih tak puas lagi..

Babab.net