Ahad, 3 Jun 2012

Jalan Jalan Ke Kampong Kuala Jempol Bahau Negeri Sembilan

Entry ke Negeri Sembilan pulak kali ni.. jalan jalan daripada Melaka ke Johor.. pastu ke Perak pulak, pastu ke Cameron Highland Pahang,, fuh!! ok aku admit lately aku memang asyik bejalan je kerja.. tapi semuanya ada tujuan ok.. banyak banyak negeri, tinggal Sarawak dan Perlis je lagi aku tak sampai, Kelantan kira dah sampai la ya, kat Lojing keh keh keh.. emmm oh Labuan lagi.. soon I will..

Entry pun aku tak boleh post sekali harung, ada banyak tempat makan, tempat tempat menarik yang aku nak story.. aku post satu satu, ikut tahap kerajinan aku..

Sebelum tu aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada rakan sekerja Wafa dan pasangannya Sufian.. semoga berbahagia hingga ke anak cucu..aminnn... aku pegi Negeri Sembilan ni pun sebab majlis kawin Wafa la, kat Kampung Kuala Jempol, Bahau..

Singgah kat Masjid Kariah Kampong Kuala Jempol solat Zohor.. lewat sampai kat majlis sebab jem gila dekat nak masuk Pusat Rekreasi Air Terjun Ulu Bendul.. sepenjang panjang daripada jembatan kedua tertinggi di Malaysia tu jem..

Orang nogori memang suka makan itik eh.. banyak itik panggang jual kat tepi jalan aku tengok.. mengiurkan sungguh begantung gantung.. aku baru sekali dua makan daging itik.. sedap tak sedap bergantung cara masak la kan, ye dak..

Aku suka tengok rumah rumah kampung kat Negeri Sembilan.. rumah minang, yang atap melengkung tu, rumah comel comel color merun boleh nampak sepanjang jalan.. asyik perati rumah rumah tetiba ternampak keta inovasi kat tepi jalan..snep!!

Wafa dan Sufian, color ungu you all... cantek.. pengantin kena paksa naik pelamin, nak bergambar.. majlis dah dekat dekat nak habis.. tengok tu kasut pengantin dah tak de, bunga besepah dah hahahaha..

Ada dua pasang pengantin sebenarnya, satu tu adik Wafa pengantin lelaki dia.. pelamin besar panjang dan luas.. 

Wafa, Umi dan Kak Busrah..

Si Abu dan Wafa.. Wafa ni sebenarnya reti dan fasih bercakap Sabah, dia lama duduk Sabah.. jumpa kat tempat kerja kitaorang memang bantai cakap Sabah..  tapi kadang kadang tersasul gak la cakap semenanjung, tapi aku suka cakap Sabah lagi.. "aku anak kampung tiada pelajaran".. ewah ewah!! Jummy Palikat jap hehehe..

Sebelum balik, macam biasa la ada goodies bag.. Wafa bagi sorang dua kat kitaorang, penghargaan datang daripada jauh dan sanggup menempuh jem katanya hahaha.. thanks Kak Wafa..

Tag: Jalan jalan cari makan di negeri sembilan, unik rumah kampung di negeri sembilan, gambar di negeri sembilan.

Jumaat, 1 Jun 2012

Tutorial Cara Nak Buat Strawberry Chocolate

Hari ni aku nak tunjukkan satu tutorial yang sangat mudah dan comel.. iaitu cara cara nak buat strawberry chocolate.. gigih tau aku beli periuk periuk ni semua, sendok besar, coklat, estoberi dan butter.. sebab nak ajar korang.. ye la, aku kan dah ada ilmu ketok ketok kuali, so aku nak kongsi la ni..

Mari kita mulakan tutorial.. baca betul betul tau, ingat dan fahamkan.. sebab susah gak nak buat estoberi coklat ni.. silap silap tak sempat buat, estoberi dah habis kena makan..

Nak cairkan coklat.. mula mula panaskan air dalam satu periuk yang besar sedikit.. tunggu sampai mendidih, masukan chocolate bar kedalam satu periuk yang lain bersaiz kecil dan letak di dalam air yang mendidih tadi.. nak sedap lagi chocolate dia, tarok la sedikit butter.. kacau kacau kacau kacau kacau kacau sampai sebati dan coklat dia betul betul cair.. pastu matikan la api..

Sejuk sejuk sedikit, pastu boleh la celup strawberry yang dah dicucuk guna lidi tu kedalam coklat, kalau tak boleh tenggelam, guna sudu pun boleh gak.. siram siram strawberry tu dengan chocolate pada semua permukaan, kecuali pada daun daun kat pangkal buah dia tu.. malu je aku nak sebut daun, bukan daun sebenarnya.. aku dah lupa nama sebenar dia hehehehe..

Nak cepatkan chocolate dia beku, rendam dia kedalam air ais dengan kadar yang sekejap.. ada sesetengah chocolate tu tak payah pun nak rendam.. kejap je dia beku, sempat lagi nak deko deko, letak chocolate rice atau buat jalur jalur dengan white chocolate..

Taraaaaaa... siap dah.. macam ni je la, strawberry chocolate yang simple.. rasa kesedapan dia bergantung kepada freshness strawberry dan jenis chocolate yang korang gunakan.. lagi segar strawberry dia lagi sedap.. lagi mahal chocolate yang korang gunakan lagi sedap la kot rasa strawberry chocolate korang..

Step yang paling last sekali ialah makan.. hahahahaha..

Ok la aku tipu tipu je sebenarnya.. kat atas tu bukan aku yang buat.. aku cuma tangkap gambar je daripada night market kat cameron highland pastu tengok macam mana diorang buat.. yang lain lain tu aku tanya officemate aku dan lagi yang lain aku fikir secara logik hahahahaha.. kat CH jual RM 2 secucuk ok...

Senang je kan tutorial ni, boleh buat kat rumah.. kalau korang tak de strawberry aku rasa korang boleh gantikan dengan buah lain kot.. cuba tray petai ka, langsat ka, buah nona ka.. bagi la nama chocolate nona manis hahahaha..

Babab.net