Jumaat, 2 Mac 2012

Membeli Bunga Segar Di Kea Farm Cameron Highland

Nak buat intro pun aku rasa amat susah... emmm.. nak mula daripada mana pun tak tahu haha.. ok! kawan twitter atau yang baca entry ini mungkin dah tahu yang semalam semalam aku pagi Cameron kan..

Aku pegi pun sebab urusan kerja.. tapi sempat jugak la singgah mana mana tempat beli barang before turun.. ya la kan bukannya selalu.. alang alang dah naik menyelam sambil minum air tak de salahnya, yang penting kerja beresss...

Aku tak tahu nak cerita yang mana satu dulu, sebab aku pegi kat atas dua hari satu malam.. stay kat rumah member, boleh jimat, tak yah duduk hotel claim duit company heh keh.. bagus kan..

Untuk entry ni aku nak bagi tengok korang gambar gambar bunga jak, gambar lain next time la kalau aku rajin.. ok, even aku ni bukanlah mat bunga tapi setakat berlagak seperti mat bunga tu tidak susah bagi aku hahaha.. 

Kalau nak shopping shopping kat Cameron Highland memang banyak gila tempat.. sampai tak tahu mana nak pegi.. tapi bagi sesetengah orang yang dah biasa kat sana diorang tahu mana tempat yang best dan murah.. untung sebab officemate aku naik sekali hari tu memang dah biasa dan pena duduk kat CH.. tempat beli dan strawberry dan bunga bungaan cinta dia bawak kat Kea Farm..

Ada bermacam macam jenis dan warna.. sampai tak reti nak beli yang mana satu, motiff  la aku nak reti pilih kan hahaha. bunga ros sahaja ada banyak jenis warna.. biru, kuning oren merah sikit sikit, pink sikit sikit, ungu ungu, putih.. banyak la..

Bunga bunga semua nampak segar.. terbaik daripada ladang, baru petik mengkali.. bunga kat atas ni sangat wangi.. dan murah je banding kalau korang beli kat KL.. obviously, origin dia kottt haha..  oh ya, yang orang buat pepori, potpori kah pori pori apa kah? pun ada jual kat sini.. murah aje berpacket packet ..

Ada pelbagai jenis bunga.. selain yang segar, bunga yang dah kering pun banyak jugak, ada gak yang segar tapi dah di awet.. boleh tahan lama sampai dia kering tapi still tak tanggal daripada batang dia.. aku heran bila dia cakap bunga boleh tahan sampai satu tahun, tiga tahun, lima tahun.. tipu ka apa dia ni..

Bunga matahari yang tak kembang lagi... tiga jambak RM 10 ringgit, boleh campur lain lain jenis dan warna.. memang murah la.. ada banyak kedai boleh pilih mana yang offer bunga yang bagus dan lebih murah..

Bunga ros macam ni tak silap aku RM 10 dua jambak.. tak silap aku la.. tak ingat sebab aku tak beli pun saja tengok tengok jak, kawan aku beli tuk 'ayang' aka wife dia.. aku tak de 'ayang'  so aku pun tak beli la..

Bunga ros color merah.. macam sedap je di makan hohoho.. yang ni jenis yang segar, tahan dalam tiga empat minggu aje.. tapi terpulang cara penjagaan.. mungkin ramai kat sini yang tahu cara cara nak buat bunga segar supaya tahan lama dalam pasu air.. sila la kongsi.. kot kot ada yang butuhkan info itu hehehe..

Bunga ni boleh tahan satu tahun lebih dia cakap.. emmm.. ya la kot sampai dia kering.. sometimes bunga kering memang nampak awesome.. tapi kena pandai deko la.. kalau tak yang cantek pun nampak ugly jugak betul tak.. 

Ok fine!! aku memang beli hahaha.. tu pun sebab aku tak tahu nak bagi apa kat budak budak kat opis tu.. beli bunga mesti diorang suka, nampak murah macam ni so aku pun angkat la.. Aku beli ros segar yang telah diawet, RM10 dapat dua jambak, free satu jambak.. so semua satu set ada tiga.. see.. murah kan, rasa macam nak meniaga bunga pulak.. jadi florist jual kat KL..

Gadi si penjual bunga hehe.. Aku beli banyak sebenarnya kah kah kah.. ada kawan sorang tu mintak pesan cakap dia nak bawak tuk kawan dia yang nak kahwin Sabtu ni.. so, tolong kawan punya pasal kereta pun penuh dengan bunga, stoberi dan sayur sayurran bagai hahaha

ps: ingatkan dah cukup banyak.. sampai kat opis petang terus diorang serbu, sori yang tak dapat bunga dan strawberry..^^
   

Selasa, 28 Februari 2012

Meneroka Permata Laut dan Rimba Di Aquaria KLCC

Sejak beberapa tahun duduk Kuala Lumpur, ini la pestaim aku masuk Aquaria.. selepas dua tiga tahun, ini adalah kali ketiga aku pegi KLCC, perlu ke nak kira? tak perlu yerr.. apa ada pada KLCC? tak de apa kecuali barang barang dia yang mahal, ramai orang middle east dan I-Setan.. dan pada waktu perayaan akan dibanjiri lebih ramai masyarakat antarabangsa International Love.. kah kah kah..

Ok mari cerita pasal Aquaria.. untuk siapa yang nak tahu aje, aku percaya ramai dah yang masuk tengok haiwan darat dan haiwan laut yang tak pernah kita tengok in real life.. tibi banyakla..

Nak masuk kalau Malaysian dewasa kena bayar RM35 dan kalau bukan kena bayar RM45.. peraturan nak bawak kamera, tak boleh on flash, takut ikan ikan tu tekejut mengkali.. jom mulakan..

Pirana jenis red belly .. ugly gak rupa pirana ni, color pun kurang menarik.. cuma skin dia macam sparkling, color gold macam Edward Colin kena sinaran matahari.. itu je.. tak garang pun, tapi berbahaya la haha.. untuk pengetahuan korang pirana adalah spesies ikan air tawar yerr.. mendiami sungai sungai di Amerika Selatan terutamanya di perairan Amazon..

Dalam tu ada gak haiwan haiwan darat, contohnya ialah rama rama, labah labah, ular, cicak dan macam macam lagi.. Gambar kat atas ni ialah spesies kupu kupu terbesar di dunia Attacus Atlas, sebelah frame ni pulak ialah rama rama Rajah Brock, spesies rama rama yang dilindungi..

Selain buaya katak pun pun ada gak.. comel je dia sorang sorang duduk dalam aquarium kecik.. tah selesa ke tak duduk kat situ jauh daripada habitat sebenar.. kodok kodok kodok!!..

Yang ini tak tahu la pulak aku cicak ka biawak kah.. inesen sangat buat muka manja time aku nak tangkap gambar.. kau ingat kau cantek!! hahahaha.. comel kan, nama dia High Yellow Leopard Gecko, tak de 'suction cup' macam spesiesnya yang lain tuk membolehkan dia panjat dinding atau kaca..

Antara permata rimba yang lain, siapa tak kenal spider Tarantula.. uh!! meremang bulu roma aku tengok natang ni.. cukupla tengok dalam tibi huhu.. Mexican Redknee Tarantula ni adalah spesies Tarantula yang beloh hidup lama.. tarantula betina mampu hidup sehingga 30 tahun..

Arapaima atau ikan naga yang gedabak nak mampus.. uish!! tekejut aku tengok binatang ni, serius.. selalu gak dengar rakan sekerja kaki pancing sebut sebut arapaima.. ooo.. macam ni rupanya bentuk dia.. tapi ni arapaima amerika selatan, spesies ikan air tawar yang terbesar di dunia.. dikatakan boleh melompat dari dalam air untuk menangkap burung burung kecil dekat dengan permukaan air.. hebak kan..

Ini pulak makhluk tuhan spesies dari padang pashir kah kah kah.. minah arab la apa lagi, diorang la paling ramai dalam tu, seronok beno diorang aku tengok.. begini la antara suasana dalam aquaria yerr kawan kawan..

Menyusuri trowong sejauh emmmmm... brapa ya, tak ingat hehehe google la.. cantek kan, hanya perlu berdiri kat flat eskalator dan saksikanlah ikan jos, ikan pari, ikan uji rashid mata besar, ikan jaket, ikan kuning, ikan merah, ikan warna warni.. err aku tak tahu nama dia haha.. amazing race sangat pengalaman ni.. cantek cerius..

Bagaikan satu frame yang bapak besar dengan ikan yang real memang awesome.. lawa dowh, nak bergambar silakan, tapi gelap la sebab tak boleh on flash.. permandangan yang sangat lain daripada yang lain.. ni asyik tengok bangunan konkrit je kan.. sesekali meneroka di persiaran laut dalam pun ok jugak.. konon la.. haha..

Siapa yang tak kenal Nemo atau Clown Fish sila loncat bangunan KB Mall sekarang jugak haha.. nama saintifik Amphiprion ocella ikan yang sangat naaif dan comel.. nak goreng pun tak sampai hati ko tau.. ikan yang mempunyai hubungan simbiosis dengan rumpai laut anemone.. alaa, macam dalam katun Finding Nemo tu, sembunyi dalam rumpai laut yang color oren tu...nemo bersihkan anemone, anemone pulak tempat berlindung bagi nemo..

Kuar aku beli ikan siakap tiga kilo, ikan nemo satu kilo, arapaima berkilo kilo, kuda laut, obor obor, ketam, tembakul dan macam macam lagi.. nak goreng tepung, masak asam pedas dan masak tiga rasa haha.. tak de la, aku beli snowball yang comel aje..

Tu je la, penat aku merapu malam malam.. sori aku tak sempat nak balas kunjungan korang, busy yang amat.. sampai berak pun tak sempat.. yang penting aku great tiger!! haha..

Rasa bersalah pulak, entry ni auto publish.. time ni InsyaAllah aku tengah otw atau berada kat Cameron Highland.. seperi yang aku khabarkan dalam twitter, aku nak pegi melawat ladang teh Hariz dan Izzah kat sana, harap harap diorang ada, aku nak audit ladang diorang ni, GAP ke tak GAP?.. sekali terus mintak sign hahaha merapu lagi aku..

PS: GAP - Good Agricultural Practices.. 
Gambar raw, tak edit lagi la sayang, tak sempat.. turun nanti baru I buat ok.. ^^


Tag; Gambar ikan di Aquaria KLCC, gambar arapaima besar, arapaima di aquaria klcc, ikan ikan di aquaria klcc, jalan jalan di KL, melawat aquaria klcc, pemandangan dalam air aquaria klcc, bayaran masuk aquaria, gambar tarantula di aquaria klcc, melawat hidupan air di aquaria, cara nak pagi aquaria klcc, barang jualan di klcc

Babab.net