Sabtu, 1 Oktober 2011

Enjoy The Royal Treatment With Magnum Free

Tengok iklan Magnum nuffnang dalam blog ni pun aku seperti merasai kehidupan diraja, royal, golden mewah dan eksklusif berpanjangan.. sigh!! hahaha..

Semalam bos baru dipartment kitaorng dah masuk.. dan dia bagi kitaorang aiskrim Magnum Almond free.. dan seperti yang di khabarkan rasanya memang emmm.. dan aku suka.. dan aku nak lagi kalau ada.. dan.. dan..

Aiskrim Magnum daripada chocolate Belgian dilancarkan awal bulan sembilan hari tu.. tidak dinafikan even harga dia agak mahal sedikit, RM 3.90 sebijik tapi ia berbaloi bagi aku.. coklat retak yang lebih tebal didatangkan dengan tiga varian iaitu Magnum Classic, Magnum Almond dan Magnum Truffle membangkit selera untuk "merasai pengalaman diraja".. over tak ayat aku, pengalaman diraja!? hahaha.. Enjoy the Royal Treatment..

Boleh didapati di merata rata tempat kedai, mall/ KB mall yang ada peti ais Walls dalam malaysia ni.. pegi la beli.. sedap dowh haha, multipacks mini Magnum pun ada jugak, tak silap aku harga dia RM 9+, isi dia tak ingat berapa ..

Aku punyala terpesona dengan container lori Magnum yang lalu lalang kat atas jalan raya tu, tengok macam peti harta karun je bergerak.. tak tahan, hari tu aku ajak member pegi berMagnum.. tapi tak done sebab setengah jam kitaorng tunggu kaunter kat tesco puchong masa diorang tengah tukar shift.. malas kitaorng terus bla.. malang sebab peti ais dia tu berkunci.. takut kena curi la tu..

hanya tinggal batang kayu Magnum, ais dia aku dah kerjakan, esok esok nak pegi beli..

Untuk maklumat lanjut sila klik iklan Magnum jika korang nampak terbang terbang dalam blog ini..:P

Khamis, 29 September 2011

Majlis Sambutan Hari Raya - Puchong Selangor

Amaran, banyak gambar dalam entry ni, kalau korang rasa susah nak load tekan pangkah sekarang!! hehehe..

Semalam adalah syawal terakhir, tempat kerja aku iaitu MAFC telah mengadakan majlis jamuan hari raya.. semua staff telah dijemput hadir.. even ramai gak yang tidak menghadirkan diri tapi majlis tetap berjalan dengan lancar.. siap ada penari jemputan buat persembahan tarian zapin lagi uollzzzz... hahaha...

Kalau nak ikutkan cakap rakan sekerja aku ni, mahunya semua gambar diorang nak aku letak dalam blog.. susah jugak ada kawan yang gila glam ni kan hahaha.. aku cakap berat, dirorang soh pulak buat entry bersiri khas untuk gambar gambar ini sahaja..yaiii!!

Bawah ni adalah gambar yang aku pilih dan telah di edit sedikit dalam picnik.com, maklum la DSLR Nikon yang aku beli online haritu tak sampai lagi, ok! aku tipu ngee... 10 gambar di sekitar MAFC, layan kan sajoh...

majlis diadakan di area parking lot, sebelum turun posing dulu dalam opis.. sandarkan pada dinding bilik metting.. kacak tak aku? kacak tak? cakap la kacak.. aku bagi gelang mutiara nanti.. kot kot ada lagi tercicir dalam yang hari tu..hahaha..


all black, hitam itu keunggulan.. unggul kah?! ah! nampak good good jak aku ni pakai songkok, rupa macam pegawai istana pun ada jugak hahaha...
beginilah suasana masyarakat setempat sementara menunggu CEO turun, lupa sekejap pasal kerja, tapi ada je yang tekan tekan black berry aku tengok, mungkin reply email latu.. ka main facebook?! hahaha.. ada jugak buat muka tak sabar nak makan, tau tau je la staff MAFC ni hampir sembilan puluh peratus kuat makan hahaha..

rasa macam kurang je gambar ni, ada lagi dua orang yang tak datang.. walaubagaimanapun bergambar tetap bersemangat.. 

bersama dengan Dr. Fuziaton, ini je la yang tinggal dalam quality department, sorang lagi tak datang sebab ada hal.. umi yang bediri kat belakang hani buat muka syok sendiri tu pulak daripada department technical service.. 

acara main korek korek hidong.. "aku korek ko punya, ko korek aku punya".. eik!! jadah apa aku cakap ni hahahaha...

gambar ni macam best.. ciky!.. wah kelas kau yus.. habis ko bahan makcik hana tajima petang tu.. sib baik dia sporting kah kah kah...

sedang sebok bergambar.. tetiba ada orang kuarkan bunga api.. yaii lama gila tak main menatang ni, even ada yang dah masuk angin, sekali layan teringat zaman kanak kanak rebina..  

bergambar sampai kat kawasan receptionist ya.. harap maklum!!  

style jugak gambar ni.. freshness, quality and nutritious..yaaa itu dia product MAFC jenama Lushious sila lawati laman web www.mafc.com.my/lushious/... iklan iklan jap...

Apa apa pun terima kasih kepada organizer majlis dan jugak tahniah kepada MAFC kerana telah menunjukkan prestasi yang baik sejak beberpa bulan ni, seperti yang dikhabarkan oleh CEO..katanya.. semoga Khazanah Nasional terus memberi kepercayaan kepada kita.. fuhh fuhh kipas kipas..

Babab.net