Sabtu, 10 September 2011

Karipap Karipap Cinta Tak Best Sebab Ada Gambit Saifullah

Bapak gila jahat tajuk entry hahahahaha...

Aku dengar filem Karipap Karipap Cinta ni adaptasi daripada novel.. dikhabarkan jugak novel dia best, ya latu kott.. kalau tak, takkan la sampai ke tahap jadikan movie kan..

 
wau karipap sangat uollzzz...hahahaha..

Tapi kasihan pulak dengar nasib movie dia.. ramai orang tak nak tengok movie Karipap Karipap Cinta sebab hero dalam cerita tu si Gambit hahaha.. Tengok Karipap sama maksud dengan tengok Anu Dalam Botol..keh keh.. sabar la kau Gambit, nampaknya masih ramai orang yang terasa hati dengan kau.. mesti korang ingat lagi kes beberapa bulan lalu kan, cuba tengok kat sini.. tu la terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata..emmm..jadi apalah?...

Kalau korang tanya aku pun sebenarnya aku memang dah lama tak suka tengok si Gambit ni.. sebelum ada issue pasal statement dia dalam twitter tu lagi memang aku dah tak suka dia.. ntah la, aku pun tak tahu, ini cuma pandangan peribadi aku.. pada aku dia ada aura yang buat aku menyampah.. jahat gila aku ni hahahaha..
Baru baru ni dia buat hal lagi dalam fb kan.. dia menggelar followers yang tidak menyokong dia sebagai anjing dan babi.. boleh pulak dia cakap macam tu kan.. nampak sangat dia ni tidak perlu disokong dalam industri hiburan tanah air kita yang tak besar mana ni..hahaha..

Siapa kau tanpa peminat?.. sapa yang beli tiket wayang, sapa yang tengok ko dalam drama drama tibi/astro yang tiap bulan bayar mahal tu.. no no no.. aku kalau tengok Gambit di tibi terus aku tukar channel lain.. korang macam mana pulak? aku tahu korang suka tengok si Gambit kan kan kan..lalalala...

Selasa, 6 September 2011

Pulang Beraya - Gambar Keluarga

Berat rasa hati nak tinggalkan negeriku Dibawah Bayu ini.. rasa tak puas bercuti raya huk huk.. apakan daya aku terpaksa pergi untuk mencari rezeki di negeri orang.. sigh!! hahaha.. macam pergi tak kembali jak intro..

Lamanya tak update blog, aku cuti blog pun cuti jugak.. kasihan kat Bunyi Kotak Kosong ni. btw, masa entry ni ni taip aku sedang berada di Airport Tawau, sempat lagi online dan post entry rasanya.. duduk tepi pasu lappy atas trolly dekat dengan power supply hahaha.. detail aku bagi..

Macam mana dengan cuti raya korang? puas tak?.. mesti seronok kan, aku rasa memang seronok.. tapi dompet  aku pun dah tipis ni..hahaha.. kalau dah balik kampung, memang macam ni la, tak pe la sekali skala kan bukannya selalu.. untuk family, tak de salahnya malahan aku makin suka..

Ramai yang dah start kerja esok, aku pun sama jugak, korang yang tak masuk kulia lagi untungla.. boleh teruskana berseronok seronok.. habiskan kue raya yang masih ada..

Apa apa pun balik ke bandar sila berhati hati di jalan raya, terutamanya yang drive sendiri.. aku doakan kita semua selamat sampai.. jangan jadikan diri kita penyumbang statistik kemalangan jalan raya. seram tengok berita angka kemalangan jalan raya yang tinggi tu..

Ok itu jak tuk petang ni.. harap harap laluan udara menuju ke Kuala Lumpur hari ni tak jem.. bosan gila dalam flight hahaha (boleh pulak laluan udara jem kan) sengal.. memang pun boleh..

#al-fatihah kepada wartawan bernama Norafaizul Bin Mohd Nor

 beloved family.. meriah dengan tema warna hijau hahaha (upload raw pic jak..tak sempat nak edit edit bagai)

Babab.net