Selasa, 6 September 2011

Pulang Beraya - Gambar Keluarga

Berat rasa hati nak tinggalkan negeriku Dibawah Bayu ini.. rasa tak puas bercuti raya huk huk.. apakan daya aku terpaksa pergi untuk mencari rezeki di negeri orang.. sigh!! hahaha.. macam pergi tak kembali jak intro..

Lamanya tak update blog, aku cuti blog pun cuti jugak.. kasihan kat Bunyi Kotak Kosong ni. btw, masa entry ni ni taip aku sedang berada di Airport Tawau, sempat lagi online dan post entry rasanya.. duduk tepi pasu lappy atas trolly dekat dengan power supply hahaha.. detail aku bagi..

Macam mana dengan cuti raya korang? puas tak?.. mesti seronok kan, aku rasa memang seronok.. tapi dompet  aku pun dah tipis ni..hahaha.. kalau dah balik kampung, memang macam ni la, tak pe la sekali skala kan bukannya selalu.. untuk family, tak de salahnya malahan aku makin suka..

Ramai yang dah start kerja esok, aku pun sama jugak, korang yang tak masuk kulia lagi untungla.. boleh teruskana berseronok seronok.. habiskan kue raya yang masih ada..

Apa apa pun balik ke bandar sila berhati hati di jalan raya, terutamanya yang drive sendiri.. aku doakan kita semua selamat sampai.. jangan jadikan diri kita penyumbang statistik kemalangan jalan raya. seram tengok berita angka kemalangan jalan raya yang tinggi tu..

Ok itu jak tuk petang ni.. harap harap laluan udara menuju ke Kuala Lumpur hari ni tak jem.. bosan gila dalam flight hahaha (boleh pulak laluan udara jem kan) sengal.. memang pun boleh..

#al-fatihah kepada wartawan bernama Norafaizul Bin Mohd Nor

 beloved family.. meriah dengan tema warna hijau hahaha (upload raw pic jak..tak sempat nak edit edit bagai)

Sabtu, 27 Ogos 2011

Official Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Daripadaku


Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan rakan blogger dan facebook semua.. Maaf Zahir dan Batin.. batin? adakah? hahaha..

Rakan rakan blogger yang sudi bersahabat dengan aku yang tak seberapa ni.. dah la tak best, tak fofular pulak tu..hahaha.. dulu mula mula berblog ingatkan tak de orang nak kawan atau nak baca entry aku, ya la dah la entry ntah apape kan.. walaupun follower tak ramai mana, tapi aku ada ramai sahabat sahabat blogger yang baik.. makin lama aku kenal korang makin aku sedar traffic yang tinggi taraf retis bukanlah menjadi keutamaan bagi aku.. korang semua memang awesome.. sepenjang aku menysuan kata kata di ruangan komen, shoutbox, entry atau di fb, mungkin ada diantaranya yang telah menguris hati korang, ya la aku ni kadang kadang main lepas jak kan.. so di kejahuan ini dipisahkan oleh laut cina selatan ataupun tidak, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada korang..

Rakan rakan facebook yang hampir 80% daripadanya adalah orang yang pernah aku temui face to face dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah hidup aku, juga aku ingin memohon maaf zahir dan batin.. korang mesti dah tahu perangai aku macam mana kan.. so, maafkan la ya, raya kita kosong kosong ok hehehe.. dan korang semua memang superb superb belaka..

ps: internet kat LD ni tak kuat, payah gile nak terjah blog korang.. connect putus, connect putus, connect putus, putus con**.. sigh!!

Babab.net